Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sempena Israk Mikraj 1437 H kami dipilih ALLAH untuk menziarahi kota Cirebon yang terkenal sebagai kota para wali. Kembara ke Jawa Barat, Indonesia mengantikan kembara ke Jepun yang sepatutnya pergi dengan rakan-rakan kembara pada setiap bulan Mei setiap tahun bermula 2012.
Kembara kali ini bersama pelakon Adi Putra, Tuan Masrukhin dan Tuan Jefri Mejan terbang awal pagi dari KLIA2 dengan Air Asia. Sampai di Bandara Husain Sastranegara, pesawat terpaksa berputar-putar di angkasaraya Bandung selama 30 minit kerana tak dapat kebenaran untuk mendarat. Di bandara team Cardoba International atas arahan Datuk Husamuddin menyambut kami dengan menyediakan kenderaan dan pemandu. Kami terpaksa menolak dengan baik kerana sudah ada kenderaan dan pemandu yang telah diuruskan oleh adik, Hj Amin.
Sebelum bergerak ke Cirebon kami singgah sarapan pagi di rumah adik di Sukajadi, Bandung. Selepas sarapan pagi makan soto betawi yang enak banget, kami mula perjalanan ke Cirebon dengan dibantu oleh Angga. Sekarang dari Bandung ke Cirebon mudah kerana sudah ada jalan tol yang mengambil masa lebih kurang tiga jam. Kalau ikut jalan lama perjalanan memakan masa lebih lima jam. Alhamdulilah jalan tak macet, selepas lebih kurang tiga jam di atas jalan buat pertama kali aku menjejaki kaki di Kota Cirebon melalui jalan keluar Paliaman. Kami dijemput seorang rakan sekeluar sahaja dari jalan tol, almaklum kami tak mahir jalan di Cirebon.
Sesampai kami di Cirebon terus menziarahi keluarga angkat Adi Putra yang juga sangat terkenal di Cirebon iaitu Pak Habib Toha. Kami dihidangkan dengan makan tengahari yang sedap. Sempat juga Pak Habib menunjukkan barangan antik koleksi beliau antaranya mangkuk tingkat berusia ratusan tahun. Ada anak murid yang offer kereta MPV baru Vellfire ganti kepada mangkuk tingkat tetapi ditolak oleh Habib Toha. Sebelah malamnya kami juga hadir majlis doa selamat di rumah Habib Toha. Ratusan anak murid beliau yang datang meraikan majlis tersebut.
Di hari kedua sebelah siang kami singgah di Pondok Pesantren Jagastru dan Pondok Pesantren Al-Khairiyyah. Kami dibawa melawat sekitar pasantren dan dihidangkan dengan makanan dengan menu yang istimewa. Begitulah cara orang-orang alim menraikan tetamu dari jauh. Sebelah malamnya kami menziarahi Makam Sunan Gunung Jati yang merupakan salah seorang wali yang diiktiraf sebagai wali songo. Makam Sunan Gunung Jati tidak pernah tiada pelawat setiap hari setiap jam. Khabarnya setiap hati beratus bas daripada seluruh Indonesia datang menziarahi makam beliau.
Setelah melawat makam Syeikh Syarief Hidayatullah atau dikenali sebagai Sunan Gunung Jati teringin rasa hati nak melawat lapan lagi wali Allah yg merupaka wali songo yang sangat terkenal di Nusantara. Wali Songo sembilan ini telah membawa Islam berkembang ke Nusantara.
Selepas menziarahi Makam Sunan Gunung Jati kami melawat Makam Mbah Kuwu Sangkan, kisah mitos perjuang prabu siliwangi yang sangat terkenal di kalangan warga Indonesia. Kami juga singgah di tempat pemandian Mbah Kuwu Sangkan yang khabarnya tidak pernah kering dan menjadi tumpuan warga yang ingin menyembuhkan berbagai penyakit badan.
Banyak sangat lagi tempat sejarah dan makam para wali yang tidak sempat kami ziarahi kerana kesuntukan masa. Hari ketiga kami bergerak balik ke Bandung untuk melawat Pusat Pencentaka Al Quran Cardoba International yang merupakan salah satu anak syarikat Karangkraf. Terima kasih kepada Datuk Husamuddin yg telah menguruskan lawatan kami walaupun berada jauh di Balkan. Sempat kami singgah di Rumah Mode, factory outlet di tengah-tengah Kota Raya Bandung.
Alhamdulillah Israk Mikraj tahun ini kami diberi peluang untuk menziarahi tempat baru yang pasti memberi suntikan baru dalam kehidupan kami. Ada rezeki insyaa Allah akan datang lagi menjejaki sejarah para wali untuk mendekatkan kita pada ALLAH.
54 Comments
Wah seronok sekali dapat pergi ke makam para wali..
Rasa nak juga cari kesempatan untuk pergi menziarahi tempat – tempat seperti ini
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen ketujuh Lazada biar lambat asal dapat
Fuyoo.. bestla dapat melancong dengan Adi Putra.. jeles giler tengok korang.. ahaha
Saya dah lama teringin nak melawat para wali kat indon ni. (wali songo). Tapi masih belum berkesempatan.
Kalau tak silap ada seorang ustaz buat pakej lawatan ke sana selama 2 minggu kalau tak silap.
Dalam dua minggu tu dia bawak lawat kesemua makam wali songo. Lepas tu akhir sekali dia bawak pergi bandung untuk shopping. 🙂
wah memang terbaik dan sangat beruntung kerana mampu melawat tempat yang begitu indah ini..selain itu mempunyai nilai agama yang tinggi..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Internet Burung Hantu Hilang Istimewa
Hehe..bilakah agaknya saya boleh bertandang ke sini..terbaiklah DH..
Curahan rasa Hafizul @ ..Kiter Sayang Mak!!!
seronok jugak jalankan bisnes sambil mengebara dengan team yang best dan sentiasa beri kerjasama
Curahan rasa nikkhazami @ ..Buat Debit Card CIMB
Semangat bisnes secara berjemaah dan menjalin ikatan ukhuwah ini yang harus kita jadikan contoh..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Jual Air Balang di Bazar Ramadhan dapat untung RM7 RIBU sebulan
Tak kiralah jenis perniagaan apa pun yang kita buat.. kita perlu ada jemaah..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Jual Air Balang di Bazar Ramadhan dapat untung RM7 RIBU sebulan
Dan perlu sentiasa ada aktiviti dalam berjemaah supaya setiap ahli jemaah dapat berjalan secara beriringan..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Jual Air Balang di Bazar Ramadhan dapat untung RM7 RIBU sebulan
berwisata sekaligus ziarah. tambah ilmu pengetahuan hilang juga kepenatan karena kerja. Mantap.. wisata yang bernilai berkali-kali lipat
Mantap… Ziarah ke kota Cirebon yang terkenal sebagai kota para wali. Menarik tempatnya. Boleh menambahkan banyak ilmu.
Curahan rasa temancantik @ ..Cara Membuat Masker Bengkoang Untuk Kulit Putih Alami
Tentu banyak ilmu yang dapat kita pelajari daripada para wali, sekiranya dapat menetap lama di sana..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Jual Air Balang di Bazar Ramadhan dapat untung RM7 RIBU sebulan
Kalau siapa rajin baca buku-buku Chefli (Dato’ Dr. Rusly Abdullah), dia juga rajin pergi ke Indonesia menuntut ilmu bisnes dan agama di sana…
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Jual Air Balang di Bazar Ramadhan dapat untung RM7 RIBU sebulan
Banyak cerita-cerita tentang Kiyai dan ahli perniagaan berjaya di Indonesia di kongsikan dalam buku-buku beliau.
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia Jual Air Balang di Bazar Ramadhan dapat untung RM7 RIBU sebulan
fuhhh..
teringin juga nak pegi kota para wali nih.
dulu pernah gak teringin nak belajar kat sana..
tapi terpaksa tak pegi sebab ada benda yang lebih utama kena diutamakan..
Curahan rasa titan @ ..Mission Accomplish – RM10000 in 1 Year.
Tumpang kagum dengan Cikgu Titan.. tentu ramai yang mengimpikan peluang seperti ini, tapi tak kesampaian..
Curahan rasa anuar @ ..Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
Seronok melihat Tuan berjemaah dalam bersahabat. Diharap dapat mengikuti jemaah bisnes Tuan di masa akan datang. Salam Maju Jaya dan dimurahkan rezeki.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Canopy Walkway,Air Terjun FRIM & Ephyra
Seronokkan… dapat berjemaah dalam persahabatan juga dalam perniagaan.. boleh harungi susah senang bersama…
Curahan rasa anuar @ ..Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
Pertama kali dengar nama Cirebon ni kat Indonesia. Menarik tempatnya kerana terdepat sejarah yang tersendiri. Ada rezeki nanti boleh nak kesana juga insyallah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Mudah Suri Rumah Menjana Pendapatan
Alhamdulillah, Tuan Haji Amir Denaihati dan rakan-rakan telah bisa ziarah ke Cirebon terutama ke makam Sunan Gunung Jati. Sayangnya, saya tidak bisa berjumpa dan menemani tuan saat berada di Cirebon dan Bandung
Curahan rasa Dawaihati @ ..Solusi Mudah Menghilangkan Noda pada Dress Kesayangan
Dah dekat yea dengan dawai hati. Jika tidak boleh berjumpa sama dengan pemilik nama blog yang berakhir dengan ‘hati’.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Mudah Suri Rumah Menjana Pendapatan
Seronoknya dapat pergi ke tempat seperti itu. Dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
Curahan rasa Fyna @ ..Tazkirah Jumaat | 7 Mata Yang Dicintai Oleh Allah SWT
Betul tu. Pergi tempat macam ni boleh menambahkan ilmu dan pengalaman yang sukar di perolehi walaupun dari pembacaan kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Mudah Suri Rumah Menjana Pendapatan
Alhamdulillah, dapat juga team menziarahi makam sunan gunung jati yang terdapat makam seorang wali songgo. Rupanya Adi Putra ada juga keluarga angkat di Cirebon.
Curahan rasa Nurolhuda @ ..Air Asam Kak Jah : Pencicah Istimewa Ikan Bakar
Seronok membaca pengalaman kembara Denaihati pada kali ini… Betul kata orang jauh berjalan luas pemandanga….
Curahan rasa Anuar @ ..Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
Betul tu. Jauh berjalan boleh menambahkan ilmu dan pengalaman kita tentang erti kehidupan ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Mudah Suri Rumah Menjana Pendapatan
Fuyoo.. bestla dapat melancong dengan Adi Putra.. jeles giler tengok korang.. ahaha
Curahan rasa Media Sensasi @ ..Live Streaming Johor Darul Ta’zim JDT vs Penang FA Liga Super 6 Mei 2016
Comments are closed.