Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dapat juga jejak kaki ke Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2016 yang bermula pada 29/4/2016. Kalau dulu Pesta Buku dianjurkan di PWTC atau MIECC tapi kali ini bertukar lokasi di MAEPS Serdang taklah jauh sangat daripada rumah kami. Cuma kesibukan jadual kerja membuatkan agak terlewat membawa keluarga untuk meraikan pesta berjuta buku dari berbagai penerbit antaranya Karangkraf, MPH dan Popular.
Kepada yang tidak ada pengangkutan jangan risau naik je ETS atau Komuter berhenti di hentian Sedang dan sambung menaiki bas yang disediakan khas untuk ke PBAKL 2016. Kepada yang bawa kenderaan ada beribu parkir daripada yang percuma, berbayar RM3 dan parkir valet. Sudah tentu parkir yang percuma itu jauh tapi jangan risau pihak penganjur menyediakan bas khas terus ke pintu dewan pameran A. Kalau bawa warga tua boleh guna parkir valet memang lansung ke dalam kawasan pameran cuma kena bayar lebih, RM10.
Memang meriah PBAKL 2016 dengan mempamerkan berjuta-juta buku berbahasa Melayu dan Inggeris. Bangga melihat sudah banyak buku-buku berbahasa Melayu berbanding sepuluh tahun dahulu nak cari buku ilmiah memanglah susah. Lebih seronok apabila melihat buku-buku rakan blogger, sifu hartanah dan usahawan online dipamerkan untuk jualan ramai. Apa lagi sambarlah buku kekawan sebagai tanda sokongan mana tahu di tahun-tahun akan datang boleh letak buku Denaihati bersama dengan buku-buku hebat ini. Memang ada niat nak membukukan pengalaman sebagai usahawa online dan juga pengalaman kembara Denaihati ke seluruh dunia.
Jangan risau hal makan dan minum memang banyak gerai dan food truck dengan berbagai juadah dan minuman yang sedap. Ada rezeki boleh dapatkan tanda tangan penulis buku yang membuat penampilan khas serta berselfie dengan mereka. Berbagai aktiviti disediakan oleh penganjur selain pameran buku untuk semua generasi yang datang berpusu-pusu terutama di hujung minggu. Surau juga disediakan jadi tak ada alasan untuk meninggalkan solat yang fardu.
Jadi jangan lepaskan peluang sebelum PBAKL tamat pada 9/5/2016. Mana tahu ada rezeki macam aku dapat beli buku istimewa tentang sosial media dan pemasaran viral dengan harga hanya RM5. Kepada kaki Novel ini adalah syurga anda entah berapa ribu jodol yang ada. Ini pun masa untuk reunion sebab ramai kekawan yang kita akan jumpa di sini.
Membacakan jambatan ilmu dan ilmu yang diajarkan adalah bekalan pahala yang tidak pernah berhenti walaupun nanti kita sudah tiada berpindah ke dunia akhirat.
145 Comments
Buku adalah gudang ilmu …disanalah kita bisa mendapatkan berbagai ilmu pengetahuan
……….
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Daftar Blog Dofollow Indonesia
Asyik juga ni bisa pergi kepesta buku …bayak pelajaran bisa didapatkan disana ..semoga persta buku ini terus berlanjut…
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
Harap jgak suatu hari nanti berkesemptn pergi pesta buku. InsyaAllah.
Curahan rasa T Shirt Printing Cetak Baju Murah @ ..Kedai Cetak Tshirt | Kilang Print Baju | Tempah T Shirt Printing Murah
Harap tahun dpn ada rezeki nak ke pesta buku…😘best giler😋byk novel tuuuu😍😍
dah ubah tempat ke maeps..puas hati sikit jalannya kalau banding pwtc dulu
Curahan rasa amirwaffi @ ..bina rumah di lembah kelang
memang best tempat baru tapi x sempat nak pergi sebab xde masa..insha allah tahundepan
Memang meriah dan banyak buku-buku yang dapat membantu kita dalam kehidupan seharian kita.
Curahan rasa Bintang Sukan @ ..Cara Solat Tarawih Panduan Lengkap
Comments are closed.