Anugerah Pilihan Online 2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, tak ada rezeki blog Denaihati yang terpilih untuk pencalonan awal APO2016 tetapi tidak terpilih antara lima blog yang masuk final. Tidak kecewa kerana terpilih untuk pencalonan awal juga penjenamaan dan back link yang sangat baik utk mengukuhkan blog Denaihati.

Malam anugerah APO 2016 pada 30.04.2016 bertempat Auditorium Perdana Angkasapuri RTM aku mendapat dua jemputan melalui Master Chef Papa Jo dan calon aktor pilihan dan calon lelaki tampan, Adi Putra. Pertama kali menjejaki kaki di RTM dan pertama kali berjalan di Purple Carpet dalam acara yang sangat meriah.


Tahniah kepada semua pemenang termasuk Siakap Keli yang menang untuk katogeri Blog Pilihan Online. Tapi sedih juga bila pemenang hanya hantar wakil sahaja. Tahniah kepada Akim @ The Majistret yang terpilih untuk menang Anugerah Pilihan Online terunggul.
Kami pulang awal kerana perlu menghantar Adi Putra balik ke Prince Medical Center untuk sambungan rawatan.


