Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kempen #YOUCANDUIT anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menjelajah ke enam (6) buah negeri pada tahun 2017 dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan melalui platform digital. Melalui dua program utamanya iaitu eUsahawan dan eRezeki, #YOUCANDUIT telah berjaya melatih lebih 200,000 peserta dan sebanyak lebih RM222 juta hasil jualan dan pendapatan tambahan telah dicatatkan.
Bagi menutup tirai 2017, #YOUCANDUIT Kuala Lumpur akan dianjurkan selaras dengan Karnival CEO Desa di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Ahad, 21 Januari 2018.
Untuk julung kalinya, perkongsian serta majlis #YOUCANDUIT ini akan dijalankan dalam bentuk Persembahan Musikal, dengan kerjasama Erma Fatimah. Antara bintang popular yang menjayakannya adalah AR Badul, Enot, Dynas Mokhtar, Datin Umi Aida dan Nabila Huda.
Bagi yang berkelapangan, dijemput hadir ke Karnival #YOUCANDUIT 2017 Kuala Lumpur
Tarikh : Ahad, 21 Januari 2018
Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, Kuala Lumpur
Selain daripada itu, acara yang akan berlangsung selama tiga hari ini, bermula 19 sehingga 21 Januari 2018 (Jumaat sehingga Ahad) akan turut menyajikan aktiviti lain seperti sesi pengendalian perniagaan digital dan perkongsian rakan selebriti oleh Fattah Amin, Nabil, Datuk Rosyam Noor, Erma Fatimah, Fizo Omar dan Sifu Jamal (SifuFBads).
Masuk adalah percuma. Daftar sekarang di muzikalyoucanduit.eventbrite.com
41 Comments
Nak jadi ceo syarikat sendiri bukan susah, buka saja syarikat dan letaklah title apa pun.
Yang susah tu nak kembangkan perniagaan dan jadikannya relevan dalam setiap ekosistem bisnes. Model bisnes yang mapan dalam keadaan ekonomi mencabar.
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Cara tempah hotel online di Melaka! Harga murah & dapat diskaun tambahan.
Buka syarikat perlu tahu undang undang, bina tim dan pimpin staf, bukan sekadar daftar syarikat sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Program yg bagus utk menjana ekonomi. Rebutlah peluang yg ada
Kuota bukan selalu ada, kena cepat rebut peluang yang belum tentu datang selalu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Gaji RM5000 Tapi Ada 12 Syarikat
wow fatah amin pun ada juga.. semenjak kawin ni rezeki dia meletup-letup.. sapa yang sangka
Sebelum kahwin pun rezeki Fatah Amin pun dah meletup, jadi duta produk, pelakon, penyanyi dan dah ada buku sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Homestay Shah Alam Seksyen 25 Di Pangsapuri Damai
Pengendalian perniagaan digital, kayaknya cukup menarik untuk diikuti. kerana akan ada banyak ilmu yang kita dapat
Curahan rasa Juni @ ..Kelebihan Dan Kekurangan Rumah Menghadap Utara
Mama memang suka program bermanfaat seperti ini. Berbanding program hiburan yang melalaikan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Cara memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka kita!
memang sekarang ni banyak program yg tak memiliki banyak manfaat. so kita harus pintar2 memilah program yang mempunyai manfaat.
Curahan rasa Bisesa @ ..Kelebihan Membeli Rumah KPR
sangat2 setuju. tapi program melalaikan tu la yg palng banyak dpt sambutan
Curahan rasa nikkhazami @ ..HyppTv Tukar Kepada Unifi Tv
Penampilan artis dalam bisnes boleh menggalakkan lagi kerjasama di antara usahawan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan B41
Macam2cara nak jana incom..antara nak dengan taknak je.
Curahan rasa zara @ ..Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Kering Secara Semulajadi
Kalau muda muda dah malas nak tambah income, masa tua nanti automatik jadi rajin.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Pembantu Penguatkuasa
Pandai pandai lah rebut peluang yang ada sebelum terlepas kan. Masa yang ada jangan disiakan
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Susu Kambing Wildan Untuk ibu Mengandung!
kawan ada bagitau hari tu..banyak sebenarnya kelebihan eusahawan dan erezeki ni.
tak sempat lagi nak explore satu-satu..
Curahan rasa Amir Mazlan @ ..Doa murah rezeki, penawar mustajab di kala sales suam-suam kuku
Setiap program usahawan ada kelebihan dan pengkhususan yang tersendiri, tinggal nak pilih dan datang sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerugian Bisnes Di Facebook
Dah lama tak tengok rancangan realiti TV CEO Desa.. dah banyak yang ketinggalan… huhuhu…
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Pemenang Cabaran Wang Tunai RM500
Dalam program CEO Desa, saya cuma kenal Sifu Jamal, dulu belajar buat ebook dengan beliau.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
Patutlah tuan Ikhwan Fahmi hebat dalam penulisan ebook.. rupanya belajar daripada Sifu Jamal…
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Pemenang Cabaran Wang Tunai RM500
Wah ada event lah. Boleh singgah nanti. Okay set 21 January 2018 ni ..
Curahan rasa Asyraf Asri @ ..5 Jenis Kerjaya Airlines Ground Handling Di Airport
Terbaiklah anak muda… semoga dapat inspirasi untuk lebih berjaya pada tahun 2018…
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Pemenang Cabaran Wang Tunai RM500
Tahniah diucapkan kepada para peserta #YouCabDuit…
Dengan jumlah peserta seramai 200,000 orang dan hasil jualan sebanyak lebih RM222 juta menunjukkan penganjuran program ini berjaya mencapai objektifnya..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Cabaran Wang Tunai RM500
Wah bestnya…
Tentu meriah program ni dengan kehadiran para usahawan dalam kalangan selebriti…
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Cabaran Wang Tunai RM500
Semoga rakyat Malaysia akan merebut peluang yang terbuka. Negara maju semuanya menghala ke ekonomi digital.
Ya… semoga semakin ramai rakyat Malaysia berjaya menghasilkal pendapatan lumayan secara online..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Cabaran Wang Tunai RM500
Kebetulan ada di KL boleh la singgah nanti. Banyak manfaat program ni.
Bagus tu… kalau berkesempatan eloklah sertai program ni… semoga dapat memberi manfaat dan suntikan motivasi dipermulaan tahun 2018..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Cabaran Wang Tunai RM500
Comments are closed.