#YouCanDuit Negeri Sembilan kini di USIM

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

sudah hampir kesemua negeri di Malaysia telah dipromosikan  tentang program #YouCanDuit ini.

#YOUCANDUIT, yang merangkumi program eRezeki dan eUsahawan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada rakyat dengan keusahawanan digital dan menyediakan cara untuk sumber pendapatan alternatif serta mendidik rakyat Nilai tentang kepentingan ekonomi digital.

Dibangunkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), #YOUCANDUIT sedang berada di Negeri Sembilan pada minggu ini untuk meningkatkan kehidupan kumpulan B40 dan memupuk usahawan muda melalui platform ekonomi digital.

Y.B. Dato’ Haji Abu Ubaidah Bin Dato’ Redza, “Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan, Negeri Sembilan” akan melancarkan #YouCanDuit di Negeri Sembilan pada hari Ahad, 26 November 2017.

Ramai yang telah menjana duit secara digital dengan program yang mendapat perhatian pelbagai peringkat umur, kaum dan tidak mengira fahaman politik. Bagi semua yang berkelapangan, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke #YouCanDuit Negeri Sembilan seperti berikut :

Tarikh : 25 dan 26 November 2017
Masa : 9.30 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi :  Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan

Program #YouCanDuit Negeri Sembilan ini akan menjadi penutup bagi tahun 2017.


Spread the love

44 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!