Bagaimana blockchain membantu dalam kehidupan dunia digital

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, blockchain atau teknologi rantaian blok ini bukanlah perkara yang baru. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1991 untuk merekod data dengan timestamp atau rekod masa yang tetap. Teknologi ini wujud dan selepas itu tidak digunakan secara meluas.

Hanya apabila entiti yang ingin memperkenalkan matawang digital yang dikenali sebagai bitcoin, teknologi blockchain ini kembali mendapat perhatian.

Dunia Digital

Apakah teknologi rantaian blok ini?

Teknologi Rantaian Blok ini melibatkan blok-blok data yang akan disambung antara satu sama lain dengan kod pengenalan unik yang dipanggil hash. Setiap blok akan mempunyai hash yang tersendiri dan apabila blok itu diubah, hash ini akan turut sama berubah.

Ini elemen penting yang menyebabkan teknologi rantaian blok ini memberikan kelebihan dalam banyak sudut. Apabila kita membina sebuah blok baru dalam rantaian ini, blok tersebut akan mempunyai 3 elemen utama, iaitu data blok, hash blok dan hash blok terdahulu.

Bagaimana teknologi blockchain berfungsi

Blok pertama dalam rantaian tidak akan mempunyai rujukan terdahulu, blok ini dipanggil blok genesis dan ianya merupakan blok pertama dan satu-satunya blok tanpa sebarang hash rujukan.

Apabila perhubungan antara satu blok dan blok yang lain berlaku, ianya akan membentuk rantaian yang saling berkait antara satu dan lain. Yang paling penting, dalam rantaian blok ini, ianya adalah terbuka dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang memberikan kelebihan seterusnya.

Konsep rangkaian peer to peer yang menguntungkan

Rantaian blok ini tercipta dalam konsep rangkaian peer to peer, atau P2P network. Andai anda pernah menggunakan Torrent, ianya adalah salah satu contoh rangkaian peer to peer. Sesiapa sahaja boleh menyertai rangkaian blockchain yang tersedia.

Apa yang penting, apabila mereka menyertai rangkaian tersebut, mereka perlu membuat salinan rantaian blok yang telah tersedia. Ini akan membolehkan mereka mencipta blok baru dengan mematuhi protokol yang ditetapkan dalam rangkaian tersebut.

Peer to peer network

Rantaian yang telus dan sukar untuk diubah

Apabila rantaian blok ini telah terbina, ianya adalah sukar untuk diubah kerana akan melibatkan blok yang banyak dan rangkaian yang besar. Kita perlu akses semua rangkaian jika ingin mengubah mana-mana blok terdahulu atas apa juga tujuan.

Ini menyebabkan teknologi rantaian blok ini adalah teknologi yang digemari untuk sesiapa yang gemarkan ketelusan. Tiada manipulasi yang boleh dilakukan dan ianya pelru mematuhi protokol-protokol yang telah ditetapkan dalam blockchain tersebut.

Perubahan masa hadapan

Teknologi ini sebenarnya boleh diaplikasikan dalam pelbagai industri dalam kehidupan. Contohnya dalam fungsi kewangan dan percukaian, rekod kesihatan, insurans dan takaful, pendidikan dan banyak lagi.

Rekod-rekod atau data yang tersimpan dalam blok-blok yang telah tercipta adalah sangat sukar untuk diubah kerana melibatkan rangkaian peer to peer yang besar.

Teknologi masa hadapan

Jika kita lihat, teknologi blockchain ini telahpun mula mendapat perhatian terutama apabila wujudnya matawang digital seperti Bitcoin dan lain-lain. Ianya akan digunakan dengan lebih banyak bukan sahaja dalam konsep matawang digital tetapi dalam konsep pengurusan data dan aktiviti seharian juga.

Andai kita tidak mahu belajar mengenai teknologi ini, kita hanya akan ketinggalan. Ada banyak perubahan yang berlaku dari konsep asas blockchain ini.

Kita akan bincang lebih mendalam dalam artikel yang berbeza.


Spread the love

32 Comments

  1. Mudah mudahan negara kita tidak skeptik dengan teknologi blockchain. Kena betul betul educate utk mereka yang berminat

  2. teknologi blockchain ini telahpun mula mendapat perhatian terutama apabila wujudnya matawang digital seperti Bitcoin dan lain-lain

      1. Malaysia senang belajar memahami dgn lebih mendalam lagi pasal BC ni. Dah ada 2,3 ofis yang offer traning dan kelas utk BC ni

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!