7 Bidang Tuntutan di Konvensyen Kebangkitan Ummah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah berlangsung Konvensyen Kebangkitan Ummah pada 13 Januari 2018 yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), YADIM bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Konvensyen ini adalah medan untuk menyatakan pendirian terhadap isu politik sekarang yang dilihat semakin terbabas daripada garis Perlembagaan negara. Konvensyen akan mengumpulkan ahli panel berpengalaman dari kalangan wakil badan bukan kerajaan (NGO), tokoh agama dan ilmuan untuk membuat pembentangan.

Bidang Ekonomi – Saudara Ahmad Yazid
Bidang Pendidikan – Dato’ Raof Husin
Bidang Sosial – Dato’ Nadzim Johan
Bidang Belia – Saudara Faizuddin Zai
Bidang Undang-Undang – Datuk Wan Ahmad Fauzi
Bidang Dakwah – Dato’ Wan Mohamed
Bidang Tanah Rizab 7 Hak Melayu – Pn Zaharah Sulaiman

“Apa yang kami lakukan ini bukan berbentuk retorik atau desakan, sebaliknya cadangan hasil pembentangan nanti diharap dapat menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat di negara ini,” Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya.

Ummah ditubuhkan pada Mei 2017 dan gerakan ini menggabungkan lebih dari 300 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di seluruh Malaysia dengan utama untuk memperkasakan kedaulatan Islam di negara Malaysia, sesuai dengan peruntukan dan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.

Barisan panel pada sesi pagi di Konvensyen Kebangkitan Ummah

Di antara tuntutan Konvensyen Kebangkitan Ummah yang mempunyai 7 kluster adalah seperti :

Undang-Undang dan Syariah

  • Menubuhkan Suruhanjaya Kedaulatan Negara (SUKEN) bagi memastikan keutuhan perlembagaan dari digugat oleh mana-mana pihak.
  • Untuk menyebarkan kefahaman dan tafsiran yang betul tentang kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
  • Untuk memastikan prinsip pengharmonian undang-undang Malaysia digubal dan dikuatkuasakan di atas premis kedaulatan watan Raja-raja Melayu bersumberkan ajaran Islam.
  • Untuk mengukuhkan gagasan dan aktiviti pembinaan jati diri bangsa Malaysia berdasarkan watan Tanah air.
  • Pendedahan undang-undang Islam kepada semua hakim Mahkamah Sivil.
  • Pemerkasaan Mahkamah Syariah dan latihan kehakiman.
  • Sekatan penyebaran doktrin dan agama lain dalam kalangan orang Islam.

Pendidikan

  • Memperkukuhkan pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara dengan memperkasakan J-Qaf di sekolah rendah dan meneruskannya di peringkat sekolah menengah.
  • Memperkasakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dab Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
  • Mengkaji beban tugas guru meliputi tugas hakiki mengajar, pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum, pengurusan murid dan pentadbiran sekolah.
  • Meneliti program Dual Language Program (DLP) untuk subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM).
  • Mengembalikan semula sistem kuota untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada penduduk Melayu Islam yang majoriti adalah golongan luar bandar yang mempunyai capaian pendidikan lebih rendah berbanding penduduk bandar.

Dakwah

  • Mendorong usaha-usaha untuk mempertahankan dan melestarikan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Menghormati norma-norma, budaya golongan watan dan majoriti sedia ada serta tidak mempertikaikannya.
  • Memperkasakan usaha dakwah (amar makruf nahi mungkar) kepada semua lapisan dan pihak.
  • Mengambil sikap yang tegas terhadap pihak yang ingin melanggar kerangka Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan.
  • Institusi Raja-raja Melayu menerajui usaha-usaha melindungi dan membentengi maruah dan kesucian Islam di negara ini.

Ekonomi

  • Wujudkan Indeks Perpaduan dan Insentif perpaduan.
  • Wujudkan undang-undang anti “Ali Baba” (pindahmilik atau menjual permit berniaga).
  • Perkasakan Artikel 153 dan kuatkuasakan Undang-undang anti Melayu.
  • Lancarkan Dasar Ekonomi Baru 2.0
  • Hentukan diskriminasi di tempat kerja khususnya swasta.
  • Ketatkan dasar pengambilan pekerja asing.
  • Wujudkan Indeks Bumiputra yang memberi perlepasan cukai dan insentif cukai.
Isu Tanah Rizab Melayu dan Masalah Sosial yang mendapat perhatian ramai.

Sosial

  • Mendesak kerajaak supaya mengubah segera Dasar Sosial Negara agar berpaksi kepada tuntutan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan dalam Perlembagaan Negara ini.
  • Mendesak kerajaan supaya mengubah segera akta dan undang-undang sedia ada yang lemah seperti Akta Pusat Judi, Akta Pusat Hiburan, Akta Jualan Arak, Undang-undang PBT dan lain-lain yang didapati gagal menyekat atau menghapuskan kebanjiran premis-premis maksiat.
  • Mendesak kerajaan membanteras dan menghapuskan segera sebarang salahguna kuasa, rasuah dan kegiatan bersubahat di kalangan pemimpin, penjawat awam dan penguatkuasa kerajaan, NGO serta para pemimpin dalam masyarakat.
  • Memberikan peranan kepada para alim ulamak dan pendakwah agama agar dapat membina sahsiah, jatidiri dan intergriti yang benar-benar berkesan kepada pemimpin dan skuad penguatkuasaan kerajaan dalam menghapuskan aktiviti haram dan mungkar.
  • Mengubah segera modaliti yang sedia ada di Institusi penjara, pusat serenti, Henry Gurney, Seri Puteri dan sebagainya kepada modaliti yang berteraskan kepada agama.

Tanah Rizab dan Hak Islam-Melayu

  • Menggantikan tanah rizab Melayu yang diambil atau dijual oleh kerajaan dengan tanah lain sama sifat nilai dan luasnya dalam masa dua tahun ini. Jumlah yang kerajaan wajib ganti ialah sebanyak 9,000,000 hektar (9 juta hektar).
  • Enakmen Tanah Rizab Melayu diberi peruntukan dana membenarkan kerajaan negeri ‘memelayukan’ tanah pajakan atau membeli syarikan hartanah bangsa asing.
  • Kerajaan negeri yang membangunkan Tanah Rizab Melayu hendaklah mengagih kembali kepada Pribumi Melayu sepenuhnya supaya pegangan tanah Melayu berkekalan sampai bila-bila.
  • Kerajaan wajib berhenti dari terus mengambil Tanah Rizab Melayu untuk dibangunkan bagi apa jua pembangunan untuk semua bangsa.
  • Menghalang dengan tegas dalam apa jua keadaan, Tanah Rizab Melayu dijual kepada bukan Pribumi Melayu atau beralih tangan akhirnya di dalam kes urusan perniagaan.
Ratusan Mahasiswa yang hadir di Konvensyen Kebangkitan Ummah

Belia dan Mahasiswa

  • Menuntut agar kerajaan memberdaya taraf pendidikan belia Melayu Islam dengan memberikan pendidikan percuma kepada golongan belia Melayu Islam bermula daripada peringkat pra-universiti sehingga ke tahap ijazah sarjana muda di semua universiti awam dalam negara Malaysia.
  • Menuntut agar kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama dalam sistem pendidikan tinggi pelajaran negara.
  • Menuntut agar kerajaan mengiktiraf LGBT sebagai jenayah dalam undang-undang sivil negara dan wajib diambil tindakan.
  • Menuntut agar kerajaan mengaplikasi sistem pendaftaran automatik sebagai pengundi yang sah kepada seluruh rakyat Malaysia apabila mencapai umur 21 tahun.
  • Memandang serius akan masalah ancaman gerakan evangelis dan melancarkan pelan tindakan khas untuk membasmi gerakan yang bakal merosakkan akidah umat Islam.

Semoga idea dan maklumat yang telah dikongsikan dalam konvensyen ini menjadi titik tolak kepada kesedaran umat Islam. Pada ketika dan saat ini, seharusnya kita wajib untuk bangkit daripada dibuai mimpi khayalan bagi meneruskan sisa-sisa akhir zaman.

Ummah, Bangkitlah!


Spread the love

35 Comments

    1. grosir gamis murah bekasi: sangat menarik kan. Bolehlah kira disebarkan kepada kawan-kawan di negara sana pula ye

      1. Antar kluster pertama yang dituntut adalh dr segi Undang-Undang dan Syariah.. byk lagi sub sub yg terkandung di bawah tuntutan ini

    1. Kesemuanya ada 7 tuntutan dan dipecahakan kepada beberap bahgian kecil Tak pernah saya tahu ttg hal ini sblm ini

      1. Betul tu tuan, cara program sebegini, lebih banyak peluang untuk menyebarkan tuntutan dengan lebih terang dan jelas tentang hal ehwal islam

    1. Banyak perkara baru dan yang dah tidak berap baru boleh dipelajari drp konvensyen sebegini. Semoga diteruskan pada masa mendatang

  1. Allahhu Akbar!
    Semoga konvensyen ini mampu menjadi titik tolak untuk membanteras gejala yang tidak sihat didalam dunia muamalat juga…

  2. Semoga perpaduan umat islam semakin kukuh dan umat islam sentiasa maju.maklumat2 yang padat yang bermanfaat.

    1. Semoga idea dan maklumat yang telah dikongsikan dalam konvensyen ini menjadi titik tolak kepada kesedaran umat Islam.

    1. kita juga kena educate org bukan LGBT supaya tidak mengeluarkan kata2 kesat pada golongan ni. sebaliknya memberi sokongan spy berubah.

      Mereka juga stuggle utk jadi normal tapi bila sering dikutuk dan dicaci, mereka memberontak.
      Curahan rasa nikkhazami @ ..HyppTv Tukar Kepada Unifi TvMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!