#YOUCANDUIT Kuala Lumpur 2018 & Karnival CEO DESA

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kempen #YOUCANDUIT anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menjelajah ke enam (6) buah negeri pada tahun 2017 dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan melalui platform digital. Melalui dua program utamanya iaitu eUsahawan dan eRezeki, #YOUCANDUIT telah berjaya melatih lebih 200,000 peserta dan sebanyak lebih RM222 juta hasil jualan dan pendapatan tambahan telah dicatatkan.

Bagi menutup tirai 2017, #YOUCANDUIT Kuala Lumpur akan dianjurkan selaras dengan Karnival CEO Desa di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Ahad, 21 Januari 2018.

Untuk julung kalinya, perkongsian serta majlis #YOUCANDUIT ini akan dijalankan dalam bentuk Persembahan Musikal, dengan kerjasama Erma Fatimah. Antara bintang popular yang menjayakannya adalah AR Badul, Enot, Dynas Mokhtar, Datin Umi Aida dan Nabila Huda.

Bagi yang berkelapangan, dijemput hadir ke Karnival #YOUCANDUIT 2017 Kuala Lumpur

Tarikh : Ahad, 21 Januari 2018
Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, Kuala Lumpur 

Selain daripada itu, acara yang akan berlangsung selama tiga hari ini, bermula 19 sehingga 21 Januari 2018 (Jumaat sehingga Ahad) akan turut menyajikan aktiviti lain seperti sesi pengendalian perniagaan digital dan perkongsian rakan selebriti oleh Fattah Amin, Nabil, Datuk Rosyam Noor, Erma Fatimah, Fizo Omar dan Sifu Jamal (SifuFBads).

Masuk adalah percuma. Daftar sekarang di muzikalyoucanduit.eventbrite.com


Spread the love

41 Comments

  1. Suka tengok cEO Desa semasa siarannya. Sebiji macam The Apprentice yang dihoskan oleh Donald Trump suatu masa dahulu.

      1. insyaAllah dengan tunjuk ajar otai otai dalm bidang keusahawan, yang baru nak meningkat naik pasti akn berjaya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!