#YouCanDuit Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Perlis
Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
sudah tiba masanya #YouCanDuit berada di utara tanahair. Kini program yang memberikan impak kepada janaan duit secara digital melebarkan sayap ke Negeri Perlis. #YOUCANDUIT berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis pada 24 hingga 27 Ogos 2017 bersempena dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2017.
Program ini akan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Hari Peladang Penternak dan Nelayan Negeri Perlis akan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Menteri Besar Perlis pada 24 Ogos 2017.
Datuk Rosyam Noor, Fizo Omar dan Mak Cun tidak ketinggalan seperti biasa akan memberi perkongsian yang hebat tentang jatuh bangun mereka dan bagaimana untuk menjana pendapatan melalui eRezeki dan eUsahawan.
Lokasi : Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis
Tarikh : 24 hingga 27 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang
Bawa ahli keluarga, rakan, sahabat handai dan juga usahawan-usahawan yang memerlukan khidmat nasihat kerana rakan kerjasama seperti KWSP, MARA, SME Corp, MARDI dan banyak lagi juga ada di #YouCanDuit Perlis.
Jumpa di sana!


