Assalamualaikum dan salam hujung minggu,
beberapa hari yang lepas, tim Denaihati Network telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Inovasi Digital Johor yang sedang berlangsung sejak 12 Ogos hingga harini 14 Ogos. Ini merupakan program anjuran bersama MDEC dalam siri jelajah ke seluruh Malaysia untuk kempen #YouCanDuit.
Program eRezeki merakyatkan ekonomi digital
Semasa di Johor Bahru, kami berkesempatan untuk bertemu dengan beberapa orang peserta program eRezeki yang telah berjaya menjana pendapatan tambahan melalui platform tersebut.
Salah seorang daripada peserta tersebut adalah Encik Zulkifli yang merupakan seorang Interior Architecture Designer. Encik Zulkifli telah lama berkecimpung dalam bidang ini, namun begitu, disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau menghadapi sedikit masalah dengan kerjaya yang sedang dijalankan.
Mendapat Maklumat Daripada Media Elektronik
Encik Zul mendapat maklumat mengenai program eRezeki ini daripada media elektronik, apabila mendengar hebahan mengenai program eRezeki ini, Encik Zul telah bertindak untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan akhirnya beliau telah menyertai program eRezeki ini.
Encik Zul mengambil masa tiga bulan untuk belajar selok belok bagaimana menggunakan platform eRezeki dan teknik serta kaedah yang terbaik menyediakan proposal untuk membida kerja atau tugasan yang ditawarkan melalui platform eRezeki ini.
Projek Dari Luar Negara
Setelah belajar dengan lengkap, Encik Zul berjaya mendapat projek pertama beliau daripada sebuah syarikat yang terletak di Amerika Syarikat. Projek yang bernilai RM3000 lebih itu telah memberikan harapan baru kepada Encik Zul bahawa kerjaya dan kemahiran beliau masih boleh digunakan untuk menjana pendapatan.
Bahkan melalui platform eRezeki, beliau telah berjaya membida projek daripada syarikat luar negara. Terbaru, beliau sedang dalam proses membida satu lagi projek dan menunggu keputusan daripada pihak syarikat yang terbabit.
Sama-sama kita doakan Encik Zul akan berjaya memenangi bidaan untuk projek terbaru beliau.
Semua ini berlaku hanya daripada rumah atau sekiranya kita ingin menguruskan platform eRezeki di pusat-pusat latihan eRezeki yang terlibat.
Jika anda masih tercari-cari bagaimana menjana pendapatan tambahan melalui Ekonomi Digital ini, jemput untuk turut serta dalam program eRezeki yang telah disediakan oleh pihak MDEC.
41 Comments
peluang tu memang sentiasa ada.cuma yang dah berumur ni kebanyakannya skeptikal sikit kalau bab-bab online ni.nak belajar tu bukan keutamaan. apa yang penting malas nak pening, so still stick kepada tradisional method
Curahan rasa reezluv @ ..Sengkuang Calit Rare Ada Di Ipoh
Kena teruskan belajar dan belajar, zaman semakin maju nih, teknologi semakin cepat jer bekembangnya.
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
jangan kalah muda mujdi, malu ah, ayo bangkiiit muda mudi…:D
Curahan rasa jejen nai @ ..Pengganti Saus Bulldog Untuk Takoyaki Lebih Mantap
usia tidak menghalang seseorang untuk mendapatkan duit dari online….yang penting ada peluang dan ada ilmu untyk diaplikasikan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Main Pokemon Go Atau Aplikasi Buat Duit
Kena rajin berusaha, kena rajin mentelaah, kena rajin cedok segala jenis ilmu yang ada.
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
bagus ada program macam ini..orang yang mahu belajar je yang akan masok kursus macam ini..
Curahan rasa ahmad hasif @ ..3 Sebab Kenapa Pekerja Kerajaan Perlu Medical Card
Semoga kejayaan beliau menjadi panduan buat semua orang, bukan sahaja yang seusia dengannya tetapi juga buat orang muda.
Curahan rasa yangbaik @ ..Bingkisan buat Bos yang bernama usahawan
Tahniah!. Bukan sahaja rezeki malahan teknologi juga tidak mengenal usia. Segalanya bermula dengan kemahuan dan tindakan. 😀
hebat! rezeki tu datang dalam pelbagai cara kan? jika ada usaha, usia bukan penghalang. alhamdulilah! semoga en zul akan terus berjaya! amin.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Akhirnya aku di tipu dengan peniaga online.
betul tu, usia bukan penghalang untuk lebih berjaya. kemahuan itu yang penting
Curahan rasa Raihanah @ ..Atlit Olimpik 2016 Dikuasakan Oleh Shaklee
Tua ke muda ke bukan alasan untuk berjaya. Hanya mereka yang rajin berusaha je yang akan merasai kemanisannya.
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
Hmm saya pun dah tua ni .. baru nak merangkak-rangkak buat duit secara online …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Nak Tahu Buat Duit Youtube? Tonton Video Percuma Ini
Usia memang bukan penghalang. Antara nak dengan tidak je. Kalau tak nak seribu dalih.
Curahan rasa rahimah @ ..Ketahui 7 Negara Luar Yang Tidak Selamat Untuk Percutian
Otai pun berbisa. setiap usaha akan dapat balasan yang sepatutnya..
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Ganjaran Dan Hukuman Untuk Anak Cara Malaysia 1st Parenting Coach
Pastinya ini merupakan berita baik untuk usahawan muda.. jangan lepaskan peluang keemasan ini..
Curahan rasa anuar @ ..3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan
Alhamdulillah… dgn bantuan internet, dpt memudahkan kita memasarkan peniagaan sehingga ke luar negara..
Curahan rasa anuar @ ..3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan
Pada zaman sekarang ni dak tak ada perkara yg mustahil.. asalkan kita nak belajar..
Curahan rasa anuar @ ..3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan
Atau menghadiri kursus-kursus seumpama ini yg dapat nilai tambah dalam kehidupan kita..
Curahan rasa anuar @ ..3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan
rezeki tak kira usia. kerja keras, semangat dan tak mudah putus asa menjadi kunci.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Apa yang Menarik pada Oppo F1S
ya betul.. bukan usia jadi penghalang untuk berjaya.. asalkan sanggup belajar dan berusaha.. In Shaa Allah, boleh berjaya…
Curahan rasa anuar @ ..3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan
Rezeki tak kita umur. man jadda wa jada. Siapa kerjakan dia akan dapat.
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Kasih Sayang Allah Melalui Suplemen Anti-Penuaan Terbaik Dunia
Alhamdulillah.. kalau orang yg dah berumur 57 pun boleh.. takkanlah orang muda muda tak boleh.. betul tak?
Curahan rasa anuar @ ..3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan
Pokok pangkalnya sekarang ni.. asalkan kita mahu mempelajari sesuatu ilmu baru, In Shaa Allah, kita boleh berjaya..
Curahan rasa anuar @ ..3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan
Comments are closed.