Merancang masa tua dari sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,  dua hari lepas ketika Abang Denaihati singgah di toilet RnR Senawang dalam perjalanan pulang dari Simpang Renggam, terlihat seorang pak cik jangkaan umurnya melebihi 55 tahun. Bekerja sebagai pencuci toilet, memang tidak hina malahan rezeki yang lebih halal daripada kebanyakan insan lain.

Cuma terfikir adakah Abang Denaihai juga terpaksa bekerja kuat ketika berusia begitu. Semuanya kita sendiri yang menentukan kerana apa yang berlaku kepada kita di masa hadapan bukan kebetulan. ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya yang merancang dengan baik masa hadapan.

denaihati MSMW2016

Kalau sekarang kita merancang dengan baik insyaa Allah pada usia tua kita boleh fokus pada aktiviti ibadah yang sesuai dengan usia bukan lagi membanting tulang untuk meneruskan kehidupan. Kepada rakan-rakan yang muda biar susah semasa muda asalkan senang di masa tua nanti. Memang benar pepatah orang tua, “susah-susah dahulu, senang-senang kemudian”.

abang ensem di havoc hartanah 2
Lelaki paling Ensem di Malaysia di pentas Havoc Hartanah 2

Pantun daripada blogger dan pakar Hartanah Malaysia saudara AbangEnsem.com di bawah ini boleh dijadikan panduan.

RUMAH ITU SIMPANAN

Semalam aku bertemu dengan rakan lama.
Tegap orangnya walaupun berusia.
Mengadu akan keluh kesahnya.
Tiada simpanan walaupun sesen cuma.

Aku yakin beliau tidak keseorangan.
Ramai lagi berkongsi angan-angan.
Berangankan hajat memiliki simpanan.
Hakikatnya perbelanjaan melebihi pendapatan.

Usia mudaku turut tidak terkecuali.
Nasibku baik bertemu Azizi Ali.
Belilah rumah nasihat diberi.
Sebagai ganti simpanan sendiri.

Asalnya berpinar cuba memahami.
Akan nasihat yang telah diberi.
Akhirnya faham setelah diselidiki.
Rumah dibeli berkali-kali.

Awalnya dibeli dengan duit sendiri.
Pantas dan tuntas penyewa dicari.
Kerana merekalah sebagai pengganti.
Menukarkannya ke aset dari liabiliti.

Apabila hutang berlalu pergi.
Barulah tenang rasa di hati.
Simpanan yang besar semakin dinikmati.
Ditambah dengan nilai hartanah yang tinggi.

Orang muda jangan sekadar memandang sepi.
Nasihat sebegini jarang anda dengari.
Mulakan tindakan sedari saat ini.
Agar tidak menyesal di kemudian hari.

– AE –

Bertindaklah sekarang sebelum menyesal kemudian hari. Jangan lupa baca juga artikel yg tersenarai di bawah banyak faedahnya dan share kalau bagus.

41 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!