Assalamualaikum dan salam hujung minggu,
beberapa hari yang lepas, tim Denaihati Network telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Inovasi Digital Johor yang sedang berlangsung sejak 12 Ogos hingga harini 14 Ogos. Ini merupakan program anjuran bersama MDEC dalam siri jelajah ke seluruh Malaysia untuk kempen #YouCanDuit.
Program eRezeki merakyatkan ekonomi digital
Semasa di Johor Bahru, kami berkesempatan untuk bertemu dengan beberapa orang peserta program eRezeki yang telah berjaya menjana pendapatan tambahan melalui platform tersebut.
Salah seorang daripada peserta tersebut adalah Encik Zulkifli yang merupakan seorang Interior Architecture Designer. Encik Zulkifli telah lama berkecimpung dalam bidang ini, namun begitu, disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau menghadapi sedikit masalah dengan kerjaya yang sedang dijalankan.
Mendapat Maklumat Daripada Media Elektronik
Encik Zul mendapat maklumat mengenai program eRezeki ini daripada media elektronik, apabila mendengar hebahan mengenai program eRezeki ini, Encik Zul telah bertindak untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan akhirnya beliau telah menyertai program eRezeki ini.
Encik Zul mengambil masa tiga bulan untuk belajar selok belok bagaimana menggunakan platform eRezeki dan teknik serta kaedah yang terbaik menyediakan proposal untuk membida kerja atau tugasan yang ditawarkan melalui platform eRezeki ini.
Projek Dari Luar Negara
Setelah belajar dengan lengkap, Encik Zul berjaya mendapat projek pertama beliau daripada sebuah syarikat yang terletak di Amerika Syarikat. Projek yang bernilai RM3000 lebih itu telah memberikan harapan baru kepada Encik Zul bahawa kerjaya dan kemahiran beliau masih boleh digunakan untuk menjana pendapatan.
Bahkan melalui platform eRezeki, beliau telah berjaya membida projek daripada syarikat luar negara. Terbaru, beliau sedang dalam proses membida satu lagi projek dan menunggu keputusan daripada pihak syarikat yang terbabit.
Sama-sama kita doakan Encik Zul akan berjaya memenangi bidaan untuk projek terbaru beliau.
Semua ini berlaku hanya daripada rumah atau sekiranya kita ingin menguruskan platform eRezeki di pusat-pusat latihan eRezeki yang terlibat.
Jika anda masih tercari-cari bagaimana menjana pendapatan tambahan melalui Ekonomi Digital ini, jemput untuk turut serta dalam program eRezeki yang telah disediakan oleh pihak MDEC.
41 Comments
Dengan usia 57 tahun pun boleh buat, yang mudah harus rasa tercabar dan buktikan mereka juga mampu buat perkara yang sama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Ya Allah, bestnya program yang dianjurkan oleh pihak Medec ini. Dalam proses untuk mendaftar and explore…
terimakasih denai hati untuk maklumat keusahawanan internet. saya dah daftar tetapi belum dapat nak attend sebab masalah masa. Moga Allah mudahkan saya untuk belajar lagi.
WWalaupun usia sudah tua… Jika mempunyai skill dalam menggunakan teknologi online ..tidak tertutup kemungkinan untuk bisa sukses
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
Uasaha tangga kejayaan. Umur bukan penghalang untuk berjaya dalam kehidupan
Curahan rasa MySemakan @ ..Jobdirumah Kerja Part Time Di Rumah
Usia bukanlah penghalang untuk berkarya …. Walaupun usia sdh senja ..tapu tetaplah berkarya …
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
usia bukan penghalang pun. yg penting rasa nak buat lagi dan usaha. malu orang muda sekarang banyak yg malas
Curahan rasa kad kahwin cantik @ ..KAD KAHWIN CANTIK
Dalam usia macam ni pun boleh buat lagi. Orang muda kena belajar dan ikut semangat pakcik ni juga untuk berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Bila ada usaha dan kesungguhan insyallah buat kerja apa pun jadi. Kena berusaha tambah pendapatan dengan peluang program yang mdec buat ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Lepas ni harapnya ramai yang daftar dan buat benda ni. Boleh tambah income dari rumah macam ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Ibadah Korban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
Bila dah berusia macam ni tak pasti lagi boleh buat tak kerja macam ni. Bagus pakcik ni. Boleh manfaatkan peluang yang ada untuk buat income.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Ibadah Korban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
Bagus pakcik ni. Manfaatkan pengunaan teknologi yang ada untuk jana income. Boleh cuba juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Ibadah Korban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
Walau tua atau muda harus tetap nerkarya .. Wah mantap tu….
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Daftar Blog Dofollow Indonesia
Comments are closed.