Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
Assalamualaikum dan selamat pagi,
harini team Denaihati Network akan berada di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, untuk bersama-sama menemuramah dan menyertai program yang dianjurkan oleh MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation).
Majlis yang dinamakan Inovasi Digital Johor ini diadakan untuk memberikan penerangan dan maklumat kepada orang ramai bagaimana untuk menambah pendapatan dengan Ekonomi Digital.
Ini merupakan acara ketiga diadalam oleh MDEC dalam siri jelajah ke seluruh Malaysia.
Program #YouCanDuit untuk membantu rakyat setempat
Sebelum ini, dua acara seperti ini telah diadakan di Kuching, Sarawak dan juga di Kuala Terengganu, Terengganu. Kali ini lokasi Johor Bahru sebagai lokasi ketiga dalam siri jelajah Malaysia ini.
Kami diberitahu, seterusnya MDEC akan mengadakan acara seperti ini di Perak, Pahang dan Sabah.
Program #YouCanDuit ini diwujudkan untuk membantu seluruh warganegara Malaysia untuk menambah pendapatan harian. Masyarakat berbilang bangsa di Malaysia akan mendapat manfaat secara langsung apabila menyertai program ini.
Ekonomi Digital merupakan trend yang sedang berkembang dan akan menjadi satu ekosistem yang diterima oleh seluruh masyarakat di Malaysia.
Anda tidak perlu lagi mengeluarkan modal yang besar untuk menjana pendapatan melalui Ekonomi Digital yang sedang berkembang pesat ini.
#YouCanDuit Pemangkin Ekonomi Digital
Sekiranya anda berminat untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak MDEC, boleh terus ke halaman #YouCanDuit di pautan berikut : http://youcanduit.mdec.my
Jangan lupa untuk follow Facebook Fanpage Denaihati Network untuk lintas langsung terus dari Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru. Kami akan membawakan berita-berita terkini untuk memberi lebih kefahaman kepada semua mengenai program #YouCanDuit yang dianjurkan oleh MDEC ini.


