Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah siapa sangka blog Denaihati yang pada mulanya hanya luahan Yang Terbuku Di Hati boleh kekal selama ini kerana entah berapa ratus mungkin ribu blog sezaman yang telah terkubur tanpa nisan. Blog Denaihati bermula dengan maksud untuk menjadi platform mencurahkan apa yang terbuku di hati ketika itu keadaan politik Malaysia mula berubah.
Tarikh 13/7/2008 adalah tarikh keramat bermulanya blog Denaihati dengan entri pertama bertajuk “Politk Yang Bingung” dengan menggunakan platform blogspot dan sehingga hari ini Denaihati.blogspot.com masih berdiri megah menjadi monumen yang indah. Dengan tagline “Yang Terbuku Di Hati” pasti jelas maksudnya dan gaya penulisan memang jauh berbeza dari sekarang.
“Yang ditunggu sudah tiba > Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu”
Bertahun aku merangkak sendirian belajar apa itu blog melalui carian google dengan mencuba berbagai code html dan entah berapa kali gagal tak pernah terkira. Setiap kejayaan setelah mencuba berkali-kali merupakan suatu kepuasan yang hanya mereka telah melalui pengalaman yang sama sahaja tahu. Tidak pernah di hati mengharap Blogger lain menghormati aku ketika itu tetapi aku sendiri menjelajah dari satu blog ke satu blog tak kira blog Malaysia, Indonesia, Australia, India, US dan sebagainya untuk belajar dari Blogger yang sudah berjaya. Aku melihat bagaimana blog Amanz.my, Paultan.org dan Beautifulnara.com berubah dari blog biasa menjadi blog profesional yang menjadi sumber inspirasi.
Ketika itu aku sering membebel dengan teman-teman rapat bahawa suatu hari nanti blog Denaihati akan jadi begini jadi begitu. Kawan-kawan aku bukanlah Blogger jadi pasti mereka mengerutkan dahi bila aku bercerita bahasa yang mereka kurang faham. Aku selalu memikirkan bagaimana untuk menjadikan blog Denaihati boleh menjadi platform yang memberi manafaat kepada ramai orang.
Alhamdulillah bermula 1/1/2010 blog Denaihati berpindah dari platform blogspot ke platform wordpress. Terima kasih kepada Kak Jie dan Serverfreak yang banyak membantu ketika aku ada zero ilmu tentang wordpress. Aku pun tak ingat macam mana boleh jadi baik dengan sifu blog Kak Jie yang pasti adik perempuan Kak Jie (kalau tak silap lah) yang selalu tinggalkan komen di blog Denaihati (nasib baik tak jadi adik ipar Kak Jie … heeee).
Berpindah ke wordpress dengan transformasi dan tagline baru. Tagline berubah dari “Yang Terbuku Di Hati” berubah menjadi “Hidupkan Untuk Memberi”. Tagline baru terhasil kerana terkesan dengan mutiara kata “Kita Membina HIDUP Dengan Apa Yang Kita Dapat Tetapi Kita Membina KEHIDUPAN Dengan Apa Yang Kita BERIKAN”.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”650″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/denaihati-2011.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”650″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/denaihati-2012.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”650″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/denaihati-2013.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Alhamdulillah blog Denaihati terus melangkah tanpa menoleh ke belakang melalui berbagai kesukaran yang menjadi motivasi untuk terus berdiri bersama beratus ribu blog baru yang tumbuh bagai cedawan selepas hujan. Bermula Januari 2012 blog Denaihati mula menjadi lebih komersial apabila menerima iklan pertama daripada Toshiba Singapore. Iklan Toshiba adalah sejarah untuk blog Denaihati.
Sebelum ini blog Denaihati tak pernah pun menyambut ulang tahun tapi sempena tahun ke lima rasanya perlu untuk memaklumkan kepada Rakan Blogger mungkin boleh menjadi sumber inspirasi kepada Blogger baru dan lama. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat di SINI dan juga kepada Aiman Deki dan Kak Sumijelly yang sudi buat special entri.
Terima kasih juga kepada team Denaihati yang banyak membantu iaitu Anarm, Eizil, Abang Ensem, Shakiddo, Sharil dan Sweetkurma. Kami tak pernah merancang untuk bersama tapi semua ketentuan ALLAH SWT. Tak mustahil team ini akan bertambah di masa akan datang. Terima kasih juga kepada semua pembaca setia yang terus bersama memberi sokongan dan menegur untuk kebaikan. Terima kasih juga kepada semua wakil pengiklan dan pengiklan yang telah memberi nafas panjang kepada blog Denaihati untuk pergi lebih jauh dalam industri.
Selepas makeover blog Denaihati, fokus terkini adalah berkongsi ilmu blog, hartanah dan lain-lain melalui Akademi Denaihati Network supaya lebih ramai Blogger yang berjaya lebih hebat dari Denaihati.com, Paultan.org, Amanz.my dan Beautifulnara.com. Ilmu ada cahaya yang menyuluh kejayaan, tanpa ilmu jangan mimpi untuk menjadi Blogger yang berjaya.
Sebagai menghargai Rakan Blogger dan keluarga tak kira apa bangsa dijemput ke MAJLIS IFTAR RAMADAN bersama Denaihati Network pada 20/7/2013 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Sila DM konformasi kahadiran beserta jumlah kehadiran (berapa dewasa dan kanak-kanak ke FB Anarm. Pengesahan kehadiran mesti dibuat sebelum 11.59 pm, 18/7/2013. Kehadiran semua sangat dialu-alukan.
142 Comments
Tertang pelawaan majlis berbuka puasa tu sangat baik sekali. Ini dapat mengenali rakan2 yg sentiasa bersama di alam maya dan sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Bila sama2 berbuka puasa ia akan dpt mengeratkan lagi salatulrahim antara kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..4 Kes Hina Islam Yang Perlu DiKetahui
Apa yang penting sama-sama berkongsi pengalaman agar rakan2 lain terus jua berjaya seperti blog DH juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..4 Kes Hina Islam Yang Perlu DiKetahui
Happy 5th Anniversary untuk blog Denaihati. Semoga terus maju dan berjaya dengan apa saja kerjaya yang dilakukan. Bila melihat rakan berjaya sedikit sebanyak akan memberi perangsang untuk orang lain untuk ikut jejak Tuan DH. Insya Allah…blog DH akan boleh pergi lebih jauh lagi. Jauh pergi ke puncak penuh kejayaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..4 Kes Hina Islam Yang Perlu DiKetahui
memang terbaik… 5 tahun dapat jadi macam sekarang ni.. semoga terus maju lagi..
Curahan rasa zuls @ ..Buat Duit Dengan Murahnya.MY
Semoga dengan bertambah umur Blog Denaihati.com akan semakin berjaya dan senantiasa memberikan informasi, pengetahuan dan juga ilmu-ilmu yang bermanfaat bagi banyak manusia.
Dan semoga pula semakin erat persahabatan antara sesama blogger.
Sukses selalu untuk denaihati network juga….
Curahan rasa Ferry @ ..Tes CPNS Tahun 2013
wah… alangkah menariknya ada sambutan berbuka puasa bersama Denaihati ni, pasti ramai blogger2 yang hebat akan turun.. hurm, sayang seribu kali sayang.. tarikh tu dah berlaga dengan tarikh saya berbuka puasa dengan team Penyamun Inc. sedihnya..
harap2 raya nanti tuan akan buat rumah terbuka.. pasti lagi meriah tu.
Curahan rasa boni ultra kacak @ ..Petua Menahan Lapar Ketika Berpuasa – Untuk Gadis Sahaja
Apa lagi bawalah team penyamun inc ke iftar ramadan Denaihati
Selamat ulang tahun dan sukses selalu untuk Denaihati dan Team, Terimakasih untuk semuanya
Curahan rasa munir ardi @ ..Denaihati.com inspirasi dan Spirit saya dalam Dunia Blog
selamat ulangtahun blog…wah seronoknya siapa yang duk dekat bolehlah g…yang duk jauh tengok dari jauh je lah…
Curahan rasa ummiarissa @ ..Kempen Satu Lauk Satu Kuih
thniah DH n team..smoga makin bertmbah maju..
Curahan rasa syu90 @ ..Running Man Episode 154
selamat ulang tahun ke-5…sy pun bermula dalam tahun 2010…tapi kejap timbul, kejap tenggelam…cam chipsmore…hik3
Selamat menyambut ulang tahun yang ke-5 denaihati …. 🙂
tahniah DH … selamat ulangtahun ke-5
Curahan rasa razif @ ..Binnabil Huda
Perjuangan denaihati memang sangat pahit,,tapi beliau sangat tabah..selamat denaihati
Curahan rasa Aiman deki @ ..Selamat Ulang Tahun Denaihati.com
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan dan halangan. Perjalanan yang memberi inspirasi buat kami yang baru merangkak. Terima kasih dan Semoga DH akan terus kukuh, berjaya dan memberi.
Selamat ulang tahun ke 5. Tahniah!
Curahan rasa Bin Muhammad @ ..Mentari Terbit Mentari Terbenam…
Comments are closed.