Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, buat pertama kalinya AE Consultancy Services yang bernaung di bawah Denaihati Network Sdn. Bhd. bakal berkolaborasi di dalam menganjurkan satu siri seminar hartanah dengan judul Seminar Sembang Hartanah 2013.
Seminar Sembang Hartanah ini bakal mempertemukan 3 orang penulis buku hartanah melayu yang akan berkongsi pentas untuk mengutarakan strategi pelaburan yang menjadi tunjang di dalam buku-buku mereka. Ketiga-tiga mereka yang dimaksudkan adalah :
- Tuan Shamsuddin Kadir (SK) – penulis buku laku keras terawal di dalam bidang hartanah dengan tajuk ‘Buat Duit Dengan Rumah’ dan ‘Kaya Dengan Rumah’, merupakan penulis terawal yang saya kagumi kerana gaya bahasa mudah yang menjadi nadi di dalam setiap penulisan beliau. Beliau juga turut menulis sebuah lagi buku laku keras perancangan kewangan di bawah tajuk ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ sebelum diakhiri dengan penerbitan terkini beliau, ‘Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta’ yang baru sahaja berada di pasaran beberapa bulan lalu.
- Tuan Saufi Karim – penulis ebuku best seller yang kemudiannya diangkat menjadi sebuah buku cetakan keras dengan tajuk yang sama iaitu Pelaburan Hartanah Tanpa Modal. Walaupun dianggap masih baru di dalam pasaran hartanah tetapi kemampuan beliau mengeksploitasi setiap peluang yang hadir telah mula membuka mata ramai sehingga berjaya memasyhurkan diri di persada antarabangsa. Alhamdulillah, baru-baru ini beliau juga telah diangkat sebagai ‘Asia’s Real Estate Expert’ dan diberi peluang untuk berucap di satu simposium antarabangsa, Inspiration2020 yang turut membariskan ‘America’s Business Expert’, Mr Bill Walsh.
- Tuan Faizul Ridzuan – satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Buku ‘WTF? 23 Properties by 30’ telah mengangkat nama beliau sebaris dengan ikon pelaburan hartanah tanahair seperti Azizi Ali, Milan Doshi dan Renesial Leong. Dianggap pakar di kalangan khalayak pelabur hartanah, beliau sering menjadi buruan lensa kamera tv dan majalah. Dek penangan status laku keras yang diperolehi oleh buku Bahasa Inggeris beliau, ianya kemudian telah diterjemah ke Bahasa Kebangsaan dan difahamkan yang jualannya juga berkemungkinan mampu menyamai status laku keras buku Bahasa Inggeris beliau sebelumnya.
Nah, 3 nama besar beserta seorang lagi penceramah misteri bakal mengambil tarikh 20 Julai 2013 (Sabtu) untuk ditampilkan dan dengan hanya RM99.00 sebagai tanda harga fi pendaftarannya, anda sudah mampu untuk mempersiapkan diri anda dengan strategi pelaburan yang terkini. Namun, agak menyedihkan kerana peluang untuk menghadirinya hanya terhad kepada 100 pendaftar terawal sahaja dek kerna kekangan kapasiti dewan seminar yang hanya mampu memuatkan sejumlah angka tersebut.
Jadi sebelum tempat tersebut dipenuhi, maka adalah lebih baik anda mendaftarkan diri untuk seminar yang bakal diadakan di PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam (Belakang Gedung Kain Jakel). Ingat!! Hanya untuk 100 pendaftar terawal sahaja. Untuk mendaftar, KLIK DI SINI.
Malah bukan setakat itu sahaja, anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan mendaftar sebagai agen affiliate kami kerana setiap peserta yang mendaftar melalui link anda, RM10 pasti akan menjadi habuan anda. Oleh itu, marilah bersama-sama mendaftar sebagai rakan niaga affiliate kami dengan meng’klik’ link INI.
No related posts.
36 Comments
Harap ramai yang buka mata untuk belajar tentang hartanah ni sebab mmg mengahasilkan sesuatu yang lumayan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
Alhamdulillah dah ada satu aset yang disewakan.
In shaa Allah next time boleh join..nak beli buku dulu Jangan Baca tu dulu..hihi
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bonus Raya 2013 Dah Dapat
Seronok kalau dapat sertai , harap lain kali leh join
Curahan rasa Nazir @ ..Jom Buat Perbandingan Pinjaman Perumahan Antara Bank
Teringin betul nak ke seminar hartanah nie tapi masih tak berpeluang..
Curahan rasa Zainol Rashid @ ..Health Care Reform – Why Are People So Worked Up?
Seminar yang sarat akan ilmu dan pengetahuan ini
Curahan rasa Ferry @ ..Tes CPNS Tahun 2013
teringin nak join seminar sebegini…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Tuntutan Himpunan Jutaan Rakyat Mesir
Seminar yg amat menarik..
Curahan rasa weschairs @ ..Kisah Pahlawan Neraka
Bagus buat yg ada duit simpanan tetapi tidak pasti kat mana nak dilaburkan.
Curahan rasa Ismail N @ ..Denaihati – A Short Review
sekarang ilmu pasal hartanah memang ramai yang mencari ye. saudara saya pun banyak dah rumah yang disewakan. untung-untung sebulan 1k dalam tangan. 🙂
Curahan rasa khairul asrol @ ..MyKad Smart Shopper (MSSP)
Perghhh kalau mcm ni, dah logik dah pun kalau saudara tu ada simpan sikap malas untuk bekerja..hehe..
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #61 – Rezeki Beli Broadband Baru
tak payah kerja dah duit masuk gak bulan2..tapi orang rajin memang susah nak duduk goyang kaki..kan bro?hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #61 – Rezeki Beli Broadband Baru
dah start praktikal kurang aktif ke mane2 event lah pasni huhu
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Intern Bermula
Hehe..blog saya jangan lupa yer..kalau boleh singgah la sebulan sekali tak apa dohh..hahahaha..selamat ber praktikal bro..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #61 – Rezeki Beli Broadband Baru
penceramah misteri tu dah tau dah siapa. memang terbaik beliau 🙂
Curahan rasa boni ultra kacak @ ..Nestle Drumstick Terbaru Perisa EKSTREM CHOC Memang Nikmat
Menarik tetapi seperti tiada public transport nak kesana. Saya dari penang. 8.30 pagi terlalu awal. Penerangan aturcara majlis ?
Curahan rasa profhariz @ ..Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang Ramadhan
Tempat tue memang kecik. Shoplot kan… Nape tak buat kat SACC bro? Hehe
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-XX Dari Jobdirumah
boleh muat lebih 100 orang ok lah tu next boleh cari tempat lebih besar
Comments are closed.