Rakan Twitter Paling Mesra

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pernah menulis entri “budaya retweet kurang mendapat sambutan” dengan tujuan mengalakkan Rakan Twitter membudayakan aktiviti retweet tetapi tidak mendapat sambutan. Budaya retweet di kalangan Blogger Luar Negara memang sangat ngetop kerana kuasa viral trafik daripada retweet sangat berkesan. Kehadiran Triberr pada awalnya sedikit sebanyak dapat membantu tetapi setelah ada perubahan polisi tidak semua ahli maksimumkan kegunaan Triberr.

Mungkin juga tidak ada penghargaan kepada Rakan Twitter yang rajin retweet menyebabkan budaya ini tidak mendapat sambutan tidak seperti Top Commentator yang ada plugin top commentator yang dipasang hampir di semua blog. Blog Denaihati dengan Eizil Network sedang membina plugin top retweet untuk memberi kemudahan kepada Rakan Blogger. Plugin retweet sedang di uji dengan nama Rakan Twitter Paling Mesra. Bila dah ok bolehlah buat insentif top 5 Rakan Paling Twitter Mesra.

Rakan Twitter Paling Mesra

Kami akan memilih beberapa blog Malaysia dan luar Malaysia tertentu untuk menguji plugin retweet. Pemilihan mungkin dibuat melalui tugasan khas atau top 5 rakan twitter paling mesra. Semuga projek ini memberi manafaat kepada semua Rakan Blogger. Jadi kenalah rajin-rajin retweet entri blog Denaihati.


Spread the love

285 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!