Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur dengan izin Allah kali ini aku telah terpilih buat pertama kali untuk menjejaki kaki ke bumi Turki. 2012 aku bersama tiga sahabat menjejaki bumi Europe, 2013 aku bersama tiga keluarga menjejaki bumi New Zealand serta kembara Palestine dan kali ini 2014 kembara aku bersama rombongan Karangkraf yang diketuai oleh Datuk Husammuddin dan Jemaah Maahad Tahfiz Suleymaniyyah (MTS) Malaysia yang diketuai oleh Abe Mustafa asal Turki. Misi kami kali ini adalah menjejaki legasi islam di Turki yang dibina oleh Yayasan Suleymaniyyah sejak 1936. Kami akan menziarahi asrama Yayasan Suleymaniyyah dan jejak Para Nabi serta keagungan Islam di lebih 10 buah bandar selama 13 hari di Turki. Antara yang bakal kami lawati adalah tempat lahir Nabi Ibrahim a.s, makam Nabi Ayyub a.s dan makam Nabi Ilyasa a.s serta banyak lagi tapak sejarah Islam.
Rombongan kami bertolak dari KLIA pada 11.15 pm, 1/5/2014. Terima kasih kepada keluarga, Kak Sweetkurma dan Eizil serta isteri kerana sudi menghantar kami. Kami menaiki pesawat Turkey Airlines yang telah ditempah lebih awal jadi taklah mahal sangat harga tiket lebih kurang RM2500 pergi balik. Alhamdulillah pesawat bertolak mengikut jadual dan tiba di Istanbul Atartuk Airport di Istanbul pada jam 5.45 am. Waktu di Turki lewat 5 jam berbanding waktu Malaysia.
Aku melangkah kanan jejaki bumi Istanbul dengan rasa penuh syukur kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk berjalan di muka bumi-NYA. Kami disambut dengan hujan renyai-renyai dan cuaca yang sederhana sejuk. Proses imigerasi berjalan lancar dengan bantuan Abe Mustafa dan semuanya selesai lebih kurang satu jam. Dua buah kenderaan telah siap menunggu kami di luar dengan bantuan Ustaz Abdullah asal Indonesia. Destinasi pertama kami adalah menziarahi makam pengasas Yayasan Suleymaniyyah iaitu Almarhum Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan yang juga merupakan seorang Ulama Turki yang sangat terkenal.
Setelah selesai berdoa kami di bawa ke pejabat Yayasan Suleymaniyyah Asia pasifik untuk sarapan pagi yang disediakan oleh pelajar-pelajar. Seronok juga dapat naik feri selama 15 minit menyeberangi Selat Boshporus untuk ke Istanbul bahagian Asia dari Istanbul bahagian Europah. Selepas sarapan pagi kami dibawa menziarahi Ibu Pejabat Yayasan Suleymaniyyah. Alhamdulillah syukur ALLAH beri peluang kami bertemu dengan Ketua Umum Dunia Abe Miz, Ahmad Ariff Denison. Abe Miz ada cucu kepada Sheikh Suleyman yang pernah menjadi Menteri Pengankutan Turki tetapi kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Khabarnya rombongan kami bernasib baik kerana bukan semua dapat bertemu Abe Miz.
Yayasan Suleymaniyyah sudah mempunyai lebih 5000 madrasah di Turki dan berpuluh ribu di lebih 145 negara seluruh dunia termasuk lima buah di Malaysia. Kehebatan Yayasan ialah membawa sistem dan disiplin yang sama yang dibina berpuluh tahun ke seluruh dunia. Kami bersolat jumaat bersama warga MTS Umraniye. Selesai solat kami dibawa makan di bazar anjuran Yayasan. Setiap tahun seluruh MTS di Turki akan menganjurkan bazar untuk mengutib dana dan sambutan yang diterima sangat hebat.
Tepat jam petang kami bergerak ke Sabiha Gokcen International Airport untuk ke Gaziantep menaiki Pegasus Airlines. Harga tiket dari Istanbul ke Gaizantep lebih kurang RM400 tapi biasalah pesawat tambang murah boleh dibeli secara online dan lebih awal beli lebih murah. Sabiha Gokce International Airport adalah airport ke dua di Istanbul yang menampung penerbangan tempatan dan negara-negara jiran seperti Sepanyol. Kami sampai agak lewat di airport tetapi masih lagi sempat check in. Sempatlah aku lelap selelapnya dalam pesawat yang terbang lebih kurang 1 jam 10 minit. Kami sampai di Gaziantep International Airport pada jam 8.10 pm dengan disambut oleh wakil Yayasan. Kami dibawa ke bazar di Gaziantep untuk makan malam. Selesai makan kami dibawa ke tempat penginapan di sebuah asrama Yayasan.
Macam mana ensem tak kami? Di sini budaya berpakaian memang sentiasa kemas jadikalau nak pakai t-shirt pun rasa malu. Hari pertama rasa kekok juga setelah bertahun-tahun berpakaian santai, semuga hari seterusnya akan jadi lebih selesa. Semuga ALLAH permudahkan perjalan kami dan jadi asbab turunnya hidayah di seluruh alam sebagaimana usaha Yayasan Suleymaniyyah memperkasakan Islam diseluruh dunia tanpa disedari ramai.
Semuga ada ilmu yang pelajari dari kisah kembara Turki kami bermula dengan entri “Turki aku datang“.Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati
141 Comments
berpakaian segak macam official jer… memang seronok tengok gambar di instagram yang telah dikongsi…tertarik dengan pelajar yang melakukan tugas seperti mencuci, vakum dsb.
Curahan rasa ema @ ..Laksa Ikan Sekor & Cendol Airport
turki dia pakai mata wang dalam bentuk apa ya?
Curahan rasa suri @ ..Cara Menjahit Dan Mengecilkan Saiz Baju Muslimah
Lira, lebih kurang 1Lira = RM1.55.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan perlawanan Arsenal BPL 2013/14
Hehe..memang semart lah..Emm cuaca kat sana tak sama ke dengan Malaysia?nampak rilek aje pakaikan kot tu..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Lagi Enam Minggu
bila lagi nak pakai kot lama-lama kat luar macam ni…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Jan – April 2014
Moga dapat berkongsi pengalaman dan ilmu yang berguna nanti..
Curahan rasa shahfir @ ..GAMBAR SAMBUTAN GAY DI BRAZIL
InsyaAllah sentias kongsikan, boleh follow http://instagram.com/denaihati dan fb juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barack Hussein Obama agamanya dipertikaikan
Bestnya melawat Turki. Negara yang cantik tu dan banyak tempat2 bersejarah. Lihat foto di instagram bro pun sudah teruja. Teruskan posting dan share sama kami ya. Semoga selamat di sana dan diberkati Allah s.w.t.
Curahan rasa Ismail N @ ..SANDAKAN, The Nature City of Malaysia: Land of Diversity and Conservation Part III
InsyaAllah, mesti share dengan kawan-kawan semua. Terima kasih doanya tu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia
Bertuahnya…selamat berangkat tuan
Curahan rasa weschairs @ ..100 peluangtercipta – inspirasi blog
Alhamdulillah. terima kasih. dah beberapa hari sampai Turki dah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Hati Seorang Madu
semoga selamat sampai kembali tuan!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Iktibar Dari Jutawan Kantau Luar
turki..teringat kisah ammar dalam kenangan …peristiwa turki…:)
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Cara Mudah Pembelian Vimax Malaysia Original
Kisah Amar sentiasa tak lupa, Al-Fatihah, semoga rohnya ditermpatkan bersama-sama orang yang beriman.
Curahan rasa Denaihati @ ..Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?
Seronok tengok tuan ke Turki,saya pun teringin juga berjalan-jalan di Turki tu
Curahan rasa Noor @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41
sedikit sebanyak mengenali budaya Turki memang mengujakan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia
subhanaALLAH… kagum dengan tuan denaihati… kemas-kemas pakaiannya… banyak pengalaman…
Curahan rasa aku penghibur @ ..Di Halau Di Majlis Perkahwinan Kerana Miskin
Benar2 sumber motivasi dan inspirasi
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming JDT vs Pahang 5 Mei Separuh Akhir Piala FA 2014
Di negara orang kena ikut kemas macam budaya diaorang juga….
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay
itu lah.. tengok gambar tuan dan rakan-rakan semua pakai kemas di sana.. hebat!!
Curahan rasa KiD @ ..Cuti Hari Pekerja
balik nanti nak pakai macam ni lah…kacak bergaya…ha ha
Curahan rasa Denaihati @ ..Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia
boleh tuan…tp dalam opis beraircond..kalau tak…masaklah…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming JDT vs Pahang 5 Mei Separuh Akhir Piala FA 2014
masukkan TUrki dalam wishlist, semoga sampai suatu hari nanti.
Curahan rasa zul @ ..Pakar SEO Malaysia vs Pendekar (5 Tip belajar SEO)
boleh ambik cuti panjang bawak famili bro kesana, mesti lebih menarik juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hati Seorang Pengantin
Nanti bro buatlah senarai tempat yang patut dilawati di turki. Boleh jadi rujukan.
Curahan rasa zuls @ ..Pakar SEO Malaysia vs Pendekar (5 Tip belajar SEO)
Tajuk dah macam filem Instabul aku datang.
Curahan rasa Bahrain @ ..Lawak Antara Lontong Dan Telur
hampir sama tapi tak serupa, ini realiti…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Barack Hussein Obama agamanya dipertikaikan
indahnya bumi Turki. Subahanalllah
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Memang indah dan nyaman terutamanya dengan cuaca sekarang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hati Seorang Madu
belum ada rzeki untuk ke sana.jauh perjalanan begitu panjang ukwah dan ikatan sesama muslim
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Apam Ice Cream Cornetto
mudahan berkesempatan dan ada peluang akan datang…
Curahan rasa Denaihati @ ..Video koleksi SBB2014
sudahnya pakai kod mana tak datangnya aura kacak begitu.kalau di bumi kita pakai kod 24 jam ornag akan rasa pelik.malaysia muka bumi panas sahaja.
Curahan rasa suri @ ..Kasih Tercampak Pada Sepasang Baju Melayu Dan Baju Kurung Moden Kain Kipas Belakang
negara kita dalam office berhawa dingin pun, orang buka letak belakang kerusi…
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay
hehe…tp betullah tuan…org turki pun hensem2..tuan pun nampaknya semakin hensem kacak bergaya =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming JDT vs Pahang 5 Mei Separuh Akhir Piala FA 2014
wah hencik hafizm semakin angkat bakulnya tinggi-tinggi deeii 🙂
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 8/2014 Volkswagen Jetta CKD Launched
Comments are closed.