Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur dengan izin Allah kali ini aku telah terpilih buat pertama kali untuk menjejaki kaki ke bumi Turki. 2012 aku bersama tiga sahabat menjejaki bumi Europe, 2013 aku bersama tiga keluarga menjejaki bumi New Zealand serta kembara Palestine dan kali ini 2014 kembara aku bersama rombongan Karangkraf yang diketuai oleh Datuk Husammuddin dan Jemaah Maahad Tahfiz Suleymaniyyah (MTS) Malaysia yang diketuai oleh Abe Mustafa asal Turki. Misi kami kali ini adalah menjejaki legasi islam di Turki yang dibina oleh Yayasan Suleymaniyyah sejak 1936. Kami akan menziarahi asrama Yayasan Suleymaniyyah dan jejak Para Nabi serta keagungan Islam di lebih 10 buah bandar selama 13 hari di Turki. Antara yang bakal kami lawati adalah tempat lahir Nabi Ibrahim a.s, makam Nabi Ayyub a.s dan makam Nabi Ilyasa a.s serta banyak lagi tapak sejarah Islam.
Rombongan kami bertolak dari KLIA pada 11.15 pm, 1/5/2014. Terima kasih kepada keluarga, Kak Sweetkurma dan Eizil serta isteri kerana sudi menghantar kami. Kami menaiki pesawat Turkey Airlines yang telah ditempah lebih awal jadi taklah mahal sangat harga tiket lebih kurang RM2500 pergi balik. Alhamdulillah pesawat bertolak mengikut jadual dan tiba di Istanbul Atartuk Airport di Istanbul pada jam 5.45 am. Waktu di Turki lewat 5 jam berbanding waktu Malaysia.
Aku melangkah kanan jejaki bumi Istanbul dengan rasa penuh syukur kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk berjalan di muka bumi-NYA. Kami disambut dengan hujan renyai-renyai dan cuaca yang sederhana sejuk. Proses imigerasi berjalan lancar dengan bantuan Abe Mustafa dan semuanya selesai lebih kurang satu jam. Dua buah kenderaan telah siap menunggu kami di luar dengan bantuan Ustaz Abdullah asal Indonesia. Destinasi pertama kami adalah menziarahi makam pengasas Yayasan Suleymaniyyah iaitu Almarhum Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan yang juga merupakan seorang Ulama Turki yang sangat terkenal.
Setelah selesai berdoa kami di bawa ke pejabat Yayasan Suleymaniyyah Asia pasifik untuk sarapan pagi yang disediakan oleh pelajar-pelajar. Seronok juga dapat naik feri selama 15 minit menyeberangi Selat Boshporus untuk ke Istanbul bahagian Asia dari Istanbul bahagian Europah. Selepas sarapan pagi kami dibawa menziarahi Ibu Pejabat Yayasan Suleymaniyyah. Alhamdulillah syukur ALLAH beri peluang kami bertemu dengan Ketua Umum Dunia Abe Miz, Ahmad Ariff Denison. Abe Miz ada cucu kepada Sheikh Suleyman yang pernah menjadi Menteri Pengankutan Turki tetapi kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Khabarnya rombongan kami bernasib baik kerana bukan semua dapat bertemu Abe Miz.
Yayasan Suleymaniyyah sudah mempunyai lebih 5000 madrasah di Turki dan berpuluh ribu di lebih 145 negara seluruh dunia termasuk lima buah di Malaysia. Kehebatan Yayasan ialah membawa sistem dan disiplin yang sama yang dibina berpuluh tahun ke seluruh dunia. Kami bersolat jumaat bersama warga MTS Umraniye. Selesai solat kami dibawa makan di bazar anjuran Yayasan. Setiap tahun seluruh MTS di Turki akan menganjurkan bazar untuk mengutib dana dan sambutan yang diterima sangat hebat.
Tepat jam petang kami bergerak ke Sabiha Gokcen International Airport untuk ke Gaziantep menaiki Pegasus Airlines. Harga tiket dari Istanbul ke Gaizantep lebih kurang RM400 tapi biasalah pesawat tambang murah boleh dibeli secara online dan lebih awal beli lebih murah. Sabiha Gokce International Airport adalah airport ke dua di Istanbul yang menampung penerbangan tempatan dan negara-negara jiran seperti Sepanyol. Kami sampai agak lewat di airport tetapi masih lagi sempat check in. Sempatlah aku lelap selelapnya dalam pesawat yang terbang lebih kurang 1 jam 10 minit. Kami sampai di Gaziantep International Airport pada jam 8.10 pm dengan disambut oleh wakil Yayasan. Kami dibawa ke bazar di Gaziantep untuk makan malam. Selesai makan kami dibawa ke tempat penginapan di sebuah asrama Yayasan.
Macam mana ensem tak kami? Di sini budaya berpakaian memang sentiasa kemas jadikalau nak pakai t-shirt pun rasa malu. Hari pertama rasa kekok juga setelah bertahun-tahun berpakaian santai, semuga hari seterusnya akan jadi lebih selesa. Semuga ALLAH permudahkan perjalan kami dan jadi asbab turunnya hidayah di seluruh alam sebagaimana usaha Yayasan Suleymaniyyah memperkasakan Islam diseluruh dunia tanpa disedari ramai.
Semuga ada ilmu yang pelajari dari kisah kembara Turki kami bermula dengan entri “Turki aku datang“.Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati
141 Comments
memang beruntung tuan dapat menjelajah di bumi yang masyhur dengan keagungan Islam suatu ketika dahulu..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Petua Ajaib Elak Nasi Hangit
Alhamdulilah, diberikan rezeki kali ini, mudahan ada lagi lepas ni….
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia
Tiket murah tu .RM 2500 je pulang balik 🙂
Curahan rasa rahimah @ ..Antara Emas Dan Hartanah, Yang Mana Anda Pilih ?
ya…lebih kurang RM2500 pergi dan balik untuk 8000km ++.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hati Seorang Pengantin
sangat menarik..beluum sampai lagi ke turki ni..insyaAllah akan datang
jaga diri bro di sana yaa..
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Isteri Sihir Suami, Suami Balas Dendam Sihir Isteri
boleh pasang niat dah tu. insyaAllah kena jaga diri dan juga kesihatan dengan cuaca macam ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hati Seorang Madu
Banyak juga tempat menarik di Turki. Entah bila boleh jejak kaki ke sana, hanya mampu tengok gambar je la. Moga dipermudahkan perjalanan semua anggota rombongan.
Curahan rasa Iza @ ..Superbike Untuk Di Jual
Memang banyak sejarah empayar Islam. http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Uthmaniyyah
Amin Ya Rabbal’alamin. terima kasih doanya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Video koleksi SBB2014
Assalam.,
Wah bestnya..
Jauh perjalanan, luas pengalaman, tambah pengetahuan.
Memang bestlah, beberapa hari ni pun dah banyak belajar benda baru.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia
Murah rezeki Tuan Denaihati dapat kembara ke Turki, negara yang penuh sejarah Islam.
Curahan rasa Nasuha @ ..10 Tips Penjimatan Elektrik Penyaman Udara
Alhamdulillah, dengan izinNya dapat menikmati keindahan dan kota penuh sejarah ciptaannya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barack Hussein Obama agamanya dipertikaikan
Menarik Turki ni, tambah-tambah kat Istanbul sebab terletak di antara dua benua. So, pegi Istanbul umpama melawat Asia dan Eropah sekaligus. Hehe
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Kenapa Dulu, Kini dan mungkin Selamanya Aku tak Yakin dengan Pengangkutan Awam di Malaysia
macam tajuk drama tv…cinta antara dua benua kalau tak silap…heee. boleh dikatakan pertemuan dua budaya juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?
Wah, banyak betul tempat menarik di Turki kan? Kene pertimbangkan for the next vacation nie.
Curahan rasa muhammad hizwan @ ..Laman Iklaneka Khusus Motosikal Malaysia http://www.biker.my
bagus pertimbangkan bro, dengan budaya yang sangat berbeza, kesan sejarah Islam tu yang lebih penting.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hati Seorang Pengantin
beruntung tuan punya blog dapat menjejakkan kaki ke bumi Turki yang kaya dengan sejarah Islam yang hebat. Semoga ilmu yang didapati disana dapat dimanfaatkan untuk perkongsian di sini 🙂
Curahan rasa kenit cinonet @ ..Tumbang Sebab Batuk!
Alhamdulillah Allah izinkan kami menjejaki kesana, insyaAllah akan dikongsikan nanti…
Curahan rasa Denaihati @ ..Barack Hussein Obama agamanya dipertikaikan
Syukur Alhamdulillah.. Dan tahniah kepada Tuan Denaihati kerana dapat menjejakkan kaki ke Turki… Semoga robongan tuan ke sana dapat menambah pengalaman tuan dalam misi kembara ke negara-negara lain di dunia..
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki Melalui Blog Sempena Cuti Hari Pekerja
Alhamdulillah, terimak kasih, doakan kami dipermudahkan sepanjang perjalanan pengembaraan ini.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hati Seorang Madu
Turki mmg kaya dgn sejarah para nabi2 terdahulu. Menjejak ke sana adalah impian sy. Moga Allah izinkan kesana dlm waktu trdkt
Curahan rasa eXplorasa @ ..Terjah eXplorasa Minggu Ini
Mudahan bro akan sampai kesini satu hari nanti, tengok kesan peninggalan sejarah depan mata memang mengujakan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia
Fuuuh.. Best nya melawat turki.
Curahan rasa Sohoque @ ..Cabaran Raja Tarik F&N Datang Lagi!
Memang havoc dapat pegi Turki istanbul ni..
Tempat terakhir saya nak berbulan madu.. hik3
Lagi2 dapat melawat makan para Nabi… MasyaAllah..
Thanks bos kobgsi gambar kembara pd kami
Curahan rasa nurmisnan @ ..Medina Nutri ShineWhite – Elemen sunnah untuk cantik sihat semulajadi
berbulan madu kat negara nyaman macam Turki ni memang best, mudahan sis dipermudahkan berbulan madu kali keberapalah agaknya nantu tu….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Barack Hussein Obama agamanya dipertikaikan
Subhanallah. Yayasan dgn lebih 500 madrasah.
Terima kasih tuan dh sentiasa sudi berkongsi penglaman menarik.
Pasti ada cerita menarik spjg kembara kali ni.
Curahan rasa hafizmd @ ..Hoki:Keputusan Terkini Malaysia vs Ireland Cabaran Juara-Juara 1
insyaAllah memang banyak yang akan dikongsikan. jangan lupa follow http://instagram.com/denaihati.
Curahan rasa Denaihati @ ..Video koleksi SBB2014
Patutlah semua berkot bagai rupanya orang2 Turki juga suka berpakaian kemas yer bukan seperti kita yg berbaju T dan jeans pun dah OK.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
faktor cuaca sejuk dan dari segi sejarah negara Turki banyak pengaruh barat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay
cuacu tempat malaysia panas
Comments are closed.