Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur dengan izin Allah kali ini aku telah terpilih buat pertama kali untuk menjejaki kaki ke bumi Turki. 2012 aku bersama tiga sahabat menjejaki bumi Europe, 2013 aku bersama tiga keluarga menjejaki bumi New Zealand serta kembara Palestine dan kali ini 2014 kembara aku bersama rombongan Karangkraf yang diketuai oleh Datuk Husammuddin dan Jemaah Maahad Tahfiz Suleymaniyyah (MTS) Malaysia yang diketuai oleh Abe Mustafa asal Turki. Misi kami kali ini adalah menjejaki legasi islam di Turki yang dibina oleh Yayasan Suleymaniyyah sejak 1936. Kami akan menziarahi asrama Yayasan Suleymaniyyah dan jejak Para Nabi serta keagungan Islam di lebih 10 buah bandar selama 13 hari di Turki. Antara yang bakal kami lawati adalah tempat lahir Nabi Ibrahim a.s, makam Nabi Ayyub a.s dan makam Nabi Ilyasa a.s serta banyak lagi tapak sejarah Islam.
Rombongan kami bertolak dari KLIA pada 11.15 pm, 1/5/2014. Terima kasih kepada keluarga, Kak Sweetkurma dan Eizil serta isteri kerana sudi menghantar kami. Kami menaiki pesawat Turkey Airlines yang telah ditempah lebih awal jadi taklah mahal sangat harga tiket lebih kurang RM2500 pergi balik. Alhamdulillah pesawat bertolak mengikut jadual dan tiba di Istanbul Atartuk Airport di Istanbul pada jam 5.45 am. Waktu di Turki lewat 5 jam berbanding waktu Malaysia.
Aku melangkah kanan jejaki bumi Istanbul dengan rasa penuh syukur kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk berjalan di muka bumi-NYA. Kami disambut dengan hujan renyai-renyai dan cuaca yang sederhana sejuk. Proses imigerasi berjalan lancar dengan bantuan Abe Mustafa dan semuanya selesai lebih kurang satu jam. Dua buah kenderaan telah siap menunggu kami di luar dengan bantuan Ustaz Abdullah asal Indonesia. Destinasi pertama kami adalah menziarahi makam pengasas Yayasan Suleymaniyyah iaitu Almarhum Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan yang juga merupakan seorang Ulama Turki yang sangat terkenal.
Setelah selesai berdoa kami di bawa ke pejabat Yayasan Suleymaniyyah Asia pasifik untuk sarapan pagi yang disediakan oleh pelajar-pelajar. Seronok juga dapat naik feri selama 15 minit menyeberangi Selat Boshporus untuk ke Istanbul bahagian Asia dari Istanbul bahagian Europah. Selepas sarapan pagi kami dibawa menziarahi Ibu Pejabat Yayasan Suleymaniyyah. Alhamdulillah syukur ALLAH beri peluang kami bertemu dengan Ketua Umum Dunia Abe Miz, Ahmad Ariff Denison. Abe Miz ada cucu kepada Sheikh Suleyman yang pernah menjadi Menteri Pengankutan Turki tetapi kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Khabarnya rombongan kami bernasib baik kerana bukan semua dapat bertemu Abe Miz.
Yayasan Suleymaniyyah sudah mempunyai lebih 5000 madrasah di Turki dan berpuluh ribu di lebih 145 negara seluruh dunia termasuk lima buah di Malaysia. Kehebatan Yayasan ialah membawa sistem dan disiplin yang sama yang dibina berpuluh tahun ke seluruh dunia. Kami bersolat jumaat bersama warga MTS Umraniye. Selesai solat kami dibawa makan di bazar anjuran Yayasan. Setiap tahun seluruh MTS di Turki akan menganjurkan bazar untuk mengutib dana dan sambutan yang diterima sangat hebat.
Tepat jam petang kami bergerak ke Sabiha Gokcen International Airport untuk ke Gaziantep menaiki Pegasus Airlines. Harga tiket dari Istanbul ke Gaizantep lebih kurang RM400 tapi biasalah pesawat tambang murah boleh dibeli secara online dan lebih awal beli lebih murah. Sabiha Gokce International Airport adalah airport ke dua di Istanbul yang menampung penerbangan tempatan dan negara-negara jiran seperti Sepanyol. Kami sampai agak lewat di airport tetapi masih lagi sempat check in. Sempatlah aku lelap selelapnya dalam pesawat yang terbang lebih kurang 1 jam 10 minit. Kami sampai di Gaziantep International Airport pada jam 8.10 pm dengan disambut oleh wakil Yayasan. Kami dibawa ke bazar di Gaziantep untuk makan malam. Selesai makan kami dibawa ke tempat penginapan di sebuah asrama Yayasan.
Macam mana ensem tak kami? Di sini budaya berpakaian memang sentiasa kemas jadikalau nak pakai t-shirt pun rasa malu. Hari pertama rasa kekok juga setelah bertahun-tahun berpakaian santai, semuga hari seterusnya akan jadi lebih selesa. Semuga ALLAH permudahkan perjalan kami dan jadi asbab turunnya hidayah di seluruh alam sebagaimana usaha Yayasan Suleymaniyyah memperkasakan Islam diseluruh dunia tanpa disedari ramai.
Semuga ada ilmu yang pelajari dari kisah kembara Turki kami bermula dengan entri “Turki aku datang“.Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati
141 Comments
pernah sampai ke istanbul..tp 2 mlm je stay kt sana transit..x habis pusing lg..kalau ade rezeki nk pg lg 🙂
Curahan rasa Homestay Melaka @ ..Homestay Melaka oleh AS Homestay
Teringin sangat nak pergi turki..harga 2500 pergi balik tu rasanya dah memang murah sangat. Dah kena start menabung ni. then kena beli baju kot. hehehe
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Peluang Terakhir Yeo’s 80 Days Drink To Cash
Baju kot banyak kat MyDin
Usaha murni. 🙂
Kami menunggu apdet yang bakal dikongsikan nanti 🙂
Curahan rasa lina @ ..Lenses For My Mister Hubby
Selamat pergi dan pulang hendaknya..semoga usaha murni yayasan Suleymaniyyah mebuahkan hasil dalam memperkkasakan Islam sedunia..aminnn..
Curahan rasa zara @ ..Perkara Pertama Yang Patut Anda Lakukan Setelah Disahkan Hamil
Aminn.mudahan berhasil dan banyak-banyak terima kasihnya dengan doanya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay
banyaklah kawan tambah jaringan lagi. mesti ada perkara yang menarik bakal di kongsikan nanti
Curahan rasa suri @ ..Sembab Mata Sirih Muda Sudahlah
Bolehlah ke entri terbaru ni…banyak sangat yang menarik….
Curahan rasa Denaihati @ ..Urfa kota para Nabi
Semoga perjalanan Tuan dipermudahkan dapat kongsi dengan pembaca apabila kembali nanti….
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Hazman vs Food – Pizza Hut Taste of Italy Promotion
Aminn dan terima kasih yer. jom tengok http://instagram.com/denaihati untuk live update. insyaAllah semestinya akan dikongsikan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay
Alhamdulillah .. semoga di permudahkan perjalanan ketika berada di sana..jom baca
Curahan rasa wom.my @ ..Destinasi Bulan Madu Paling ‘Best’ Di Malaysia
Aminn dan terima kasih yer. jom tengok http://instagram.com/denaihati.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Jan – April 2014
seronok melihat permandangan di sana…insyaAllah..ada rezeki blh ke sana nanti
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Penginapan di Glory Beach Resort, Port Dickson
semoga dipermudahkan nanti. memang hebat permandangan kat Turki ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay
Alhamdulillah ..selamat mengembara dan jangan lupa kongsi pengalaman sepanjang kembara di sana serta semoga selamat kembali ke Malaysia
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Calon Guru Tajaan KPM Lepasan SPM 2014
InsyaAllah ustazah, boleh follow http://instagram.com/denaihati dn fb bro, juga ada banyak gambar.
Curahan rasa Denaihati @ ..Video koleksi SBB2014
wow best tgk kembara macam ni, kalau ada banyak lagi gambar lagi best
Curahan rasa myrujukan @ ..Cara Mark Wiens Buat Duit Dengan Blog Sebagai Food Blogger
boleh follow http://instagram.com/denaihati dn fb bro, ada banyak gambar.
Curahan rasa Denaihati @ ..Video koleksi SBB2014
Waalaikum salam, semoga artikel ini menjadi ladang amal dan bisa berbagi tentang keindahan ISLAM di Turki, tempatnya indah-indah dan sekolah ISLAMnya megah dan besar, terima kasih sudah berbagi
Curahan rasa Obat Herbal Untuk Diabetes @ ..Obat Herbal Untuk Diabetes Xamthone Plus Solusinya
aminn. insyaAllah akan update dari masa kesemasa dan silallah follow http://instagram.com/denaihati.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay
Wah bestnya. nak gi jugak nak gi jugak nak gi jugak nak gi jugak nak gi jugak nak gi jugak nak gi jugak nak gi jugak nak gi jugak nak gi jugak nak gi jugak nak gi jugak
Curahan rasa Siti @ ..Excellent! Etihad perkenal bilik kabin macam hotel dalam A380!
ini betul-betul nak pergi…hee, boleh lah merancang dari sekarang dan semoga dipermudahkan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan perlawanan Arsenal BPL 2013/14
jauh berjalan luas pengalaman, syok jadi orang hebat…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Cara Mudah Membaca Doa Angin Ahmar
mudahan juga dapat banyak ilmu yang boleh dikongskan dengan rakan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Jan – April 2014
Comments are closed.