Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan entri “Guna Duit Dapat Trafik Cara Yang Hina” kritik cara blog Denaihati menggunakan insentif tunai untuk meningkatkan trafik. 2011 juga berlaku polimik apabila ada Blogger yang menuduh Blogger lain “Blogger Traffic Hunter” kerana menulis isu panas cerita peribadi yang belum tentu kesahihannya. Prinsip aku mudah daripada aku bayar iklan yang belum tentu hasil trafiknya baik aku kongsikan duit dengan Rakan Blogger yang setia bersama melalui insentif tunai dan contest .. kan itu Win Win Situation. Selain tu Tips “20 Cara Meningkatkan Trafik Blog” aku gunakan secara maksimum untuk meningkatkan trafik blog 2011.
Berbanding “Statistik Trafik Blog 2010” memang ada banyak peningkatan. Berikut statistik blog Denaihati untuk tahun 2011.
- Unique Visitors : 0.8 juta
- Number of visits : 1.1 juta
- Pageviews : 20 juta
- Hits : 40 juta
Paling menarik dengan ada blog Denaihati versi mobile trafik mobile telah meningkat berlipat kali ganda daripada tahun 2010 dan majoriti menggunakan iPhone, iPad dan Samsung.
Top 10 entri berdasarkan trafik pula adalah :
- Insentif tunai untuk setiap trafik ke blog denaihati
- Apple iPad 2 Malaysia untuk teman setia
- Semak Saman Trafik Online dan Sms
- iPad 2 tugasan khas
- Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM
- Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Malaysia 2011
- Semak Saman Trafik Online
- Pengalaman main dengan jiran
- Suami Curang ketika Isteri Mengandung
- Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Kusuf
Yang paling ramai tanya sejak dua menjak ini adalah Top 10 Referral 2011 untuk blog Peribadi. Sebagai tanda terima kasih kepada Top 10 blog memberi trafik kepada blog Denaihati terima kasih tajaan Rakan Niaga eQurban kerana sudi memberi kembali kepada Rakan Blogger yang rajin berusaha dengan bermacam cara. Senarai top 10 dan sedikit insentif tunai tanda terima kasih.
- Yanmieonline.com – RM500
- Smp3lembang.blogspot.com – RM300
- Ariffshah.com – RM200
- Amriawan.blogspot.com – RM100
- Kulanzsalleh.com – RM100
- Lizarazak.com – RM100
- Eyriqazz.com – RM100
- Syahrilhafiz.com – RM100
- Blog.Mohdisa.com – RM100
- pendekarberkuda.org – RM100
Kepada semua Top 10 Blog Paling Banyak Memberi Trafik 2011 sila tinggalkan nama penuh, no akaun, no kad pengenalan dan jumlah hadiah yang dimenangi ke saya [at] denaihati [dot] com. Sila maklumkan sekiranya ingin infaq hadiah yang dimenangi kepada Tabung Wakaf Kemboja.
Kepada yang tidak tersenarai anda semuga juga hebat insyallah 2012 jangan lepaskan peluang. Dimaklumkan juga Program Insentif Tunai untuk setiap Trafik ke blog Denaihati masih diteruskan untuk tahun 2012.
Semuga 2012 trafik blog Denaihati akan berlipat kali ganda kerana ianya pasti akan memberi manafaat yang banyak kepada trafik blog Rakan Blogger yang setia bersama.
240 Comments
Sungguh traffik yang tinggi dan tentunya di akhir tahun 2012 kemarin traffik DH semakin banyak
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Rumah Yang Islami
Masih mencari dan merangkak mencari trafik ke blog. tak pa cuba dan terus mencuba
Curahan rasa Suara Pemikir @ ..‘Penghinaan’ Umat Islam Terhadap Islam…
Wah bnyk nye…
Curahan rasa Wanayu.com @ ..Separuh Akhir Piala Malaysia 2012
Comments are closed.