Tips penjenamaan untuk berjaya lebih lama dalam bisnis

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips duit buat duit dan buat duit“. Kali ini Abang nak berkongsi tips pejenamaan untuk berjaya lebih lama dalam bisnis.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Nak sukses dalam bisnis perkara pertama mesti bina adalah JENAMA. Membina jenama bukan nak jadi seperti Apple atau Samsung, satu dunia tahu. Kita mula penjenamaan di peringkat lokal. Membina jenama seperti Apple dan Samsung adalah yang terbaik kerana dapat capaian tahap dunia. Jadi tidak musthail selepas peringkat lokal kita boleh kembangkan sayap ke peringkat global.

Fokus membina jenama peringkat lokal sehingga bila orang sebut nama kita dia  teringat produk yang kita jual contohnyaa nasi lemak sotong sebab kita jual nasi lemak, orang nampak kita sudah terbayang penawar berdengkur sebab kita jual Asonor, bila minum kopi mereka teringat kita jual Codi Cafe, bila keluarga kita sakit belakang teringat pada kita sebab jual Biobax.

Nak berniaga memang jangan malu bila kita dilabelkan dengan produk yang kita jual. Jangan malu digelar minah nasi lemak, mat dengkur, minah kosmetik atau mat syok sendiri. Itu bermakna penjenaman sudah berlaku. Bila sudah ada jenama pasti bajet untuk marketing akan berkurangan.

Bila sudah ada jenama seperti Apple, mereka boleh jual apa sahaja produk menggunakan label Apple dengan kos marketing yang lebih rendah dan bisnis boleh bertahan lama.

Semuanya perlu kesabaran, masa dan istiqomah.

Sebut Denaihati pasti ramai terbayang sebagai seorang blogger.

Anda nak diri dikenal orang sebagai apa?

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

52 Comments

  1. Salam. Saya pun masih berusaha untuk penjenamaan bisnes cuci gambar saya lakukan. Teringin juga bila sebut nama bisnes kita, mereka tahu apa yang kita jualkan. Doakan saya dapat capai penjenamaan macam tu.

  2. Penjenamaan tidak hanya untuk mendapatkan target audience anda untuk memilih anda berbanding pesaing lain, tetapi juga tentang mendapatkan prospek anda bagi melihat anda sebagai pembekal tunggal kepada penyelesaian masalah atau keperluan mereka.

    Untuk berjaya dalam penjenamaan, anda kena memahami keperluan dan kehendak pelanggan dan prospek anda.

    Ini dicapai dengan mengintegrasikan strategi jenama anda dengan produk dan servis anda

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!