Cara membina jenama blog terkenal

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak kebelakangan ini semakin banyak pembaca yang mencari kata kunci Denaihati. Ini dapat dibuktikan dengan pertambahan peratusan pencarian kata kunci Denaihati di Google Analaytics. Adakah mungkin 2013 kata kunci Denaihati akan dapat menduduki antara top 10 keywords Google Malaysia sebaris dengan kata kunci Fatin Liyana yang telah menjadi google top 10 blog search 2011.

Denaihati
Carian Kata Kunci DENAIHATI di Google Analytics

Blogger INI (setakat kopi secawan manalah nak dapat rahsia) sudah beberapa kali cuba mencungkil rahsia bagaimana jenama Denaihati boleh menyerap menguasai ruang angkasa Nusantara secara perlahan-lahan sedangkan blog Denaihati bukanlah popular seperti top blogger INI yang selalu sahaja bertahta di ruang majalah dan media Malaysia. Adakah semua itu nasib?

37-teknik-luar-biasa-masalah-kekeringan-idea

Kali ini aku nak buka sikit rahsia bagaimana jenama blog Denaihati dibina tetapi tak bolehlah banyak-banyak sangat takut nanti Blogger INI tak boleh cari makan.

Pemilihan nama dalam membina jenama adalah sangat penting. Nama mesti pendek, mudah disebut dan unik serta mungkin misteri. Lihat saja nama-nama domain terkenal seperti GOOGLE, YAHOO, FACEBOOK, AMAZON bukankah pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri.

DENAIHATI terILHAM setelah difikir berminggu-minggu daripada berpuluh-puluh senarai nama yang lain. Nama DENAIHATI mengikut ciri-ciri pemilihan domain terkenal itu pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri. MISTERI menjadikan DENAIHATI lebih unik. Bertahun-tahun pembaca mencari apa itu DENAIHATI dan sehingga sekarang masih ramai lagi pembaca yang masih tercari-cari apa itu DENAIHATI. Semua ini tidak berlaku dengan sengaja tetapi dirancang sebagai satu strategi membina jenama DENAIHATI yang suatu hari nanti akan menjadi satu nama besar di dunia maya.

Nama sangat penting dalam proses membina jenama terkenal jadi kepada Blogger baru yang sedang terfikir-fikir mencari nama untuk blog pastikan pencarian nama mesti dalam radar ciri-ciri pemilihan jenama terkenal seperti yang telah dijelaskan di atas. Kepada Blogger lama tapi masih tersangkut tak naik-naik tak ada salahnya kalau nak buat menjenamaan baru seperti Blogger INI (mungkin kah?), in shaa Allah dengan penjenamaan baru akan mencetus motivasi baru dan rezeki baru.

Pasti Rakan Blogger masih ingat dengan entri bertajuk “Penjanaan Trafik berdasarkan kata kunci“, Eizil menulis bahawa blogger boleh membina nama dari kata kunci yang tidak popular untuk jadi popular sebagaimana YAHOO, GOOGLE dan FACEBOOK pasti bukan kata kunci yang popular pada mulanya.

In sha Allah di lain kesempatan aku akan kongsikan lebih banyak strategi yang telah digunakan oleh blog DENAIHATI untuk membina jenama sehingga menjadi pilihan banyak syarikat pengiklanan besar. Kalau buat eBook pun bagus ni.

Tiada yang mustahil sekiranya semua dirancang dengan baik berserta doa dan tawakal. Kejayaan tidak datang sekelip mata.


Spread the love

169 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!