Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Carian Google Paling Trending Malaysia 2017“. Kali ini Abang nak berkongi tips pembangunan diri dalam Facebook cara Dr Azizul Azli Ahmad. Ini bukan kali pertama Abang kongsikan idea bijak Dr Azizul, sebelum ini tajuk “Panduan Beli Kereta Baru Bergaya” telah mendapat maklumbalas yang hangat.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah nama Dr. Azizul Azli Ahmad semakin meniti di bibir warga Malaysia. Selain Facebook follower yang sudah mencecah angka 114,389 (ketika entri ini ditulis), Dr Azizul juga semakin sering keluar di layar TV Astro dan Media Prima. Tulisan-tulisan Dr Azizul di Facebook beliau sangat bermanafaat dan memberi inspirasi kepada warga Malaysia. Kepada yang belum follow akaun FB beliau boleh lah klik Dr Azizul Azli Ahamd, rugi tak follow.
Kepada yang tidak kenal Dr Azizul Azli Ahmad. Ini sedikit bidoata beliau.
Azizul Azli Ahmad merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina Dalaman, Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur. Selain mengajar dalam bidang Seni Bina Dalaman, beliau juga merupakan pelabur yang aktif dalam bidang hartanah. Mula membeli kediaman pertama pada usia 25 tahun sebelum membeli kereta, beliau aktif melabur dalam hartanah bermula dari tahun 2012 apabila mula membeli hartanah lelongan. Hasilnya beliau berjaya memiliki beberapa kediaman impian untuk dijadikan sebagai trofi pelaburan. Beliau menjadikan pelaburan hartanah ini sebagai dana pendidikan dan harta untuk diwariskan serta sebagai punca pendapatan pasif keluarga. Dimasa hadapan ia bakal menjadi wakaf untuk dana ‘ke depan’.
Jika sebelum ini Abang sudah kongsikan tips pembangunan diri dalam Facebook cara Sifu Khairul Hakimin, kali ini Abang nak kongsikan tips pembangunan diri dalam Facebook cara Dr Azizul Azli. Mari kita belajar dari dua insan yang sudah mempunyai Facebook follower melebihi seratus ribu serta berjaya dalam bidang yang mereka usahakan. Nak berjaya kena ikut formula insan yang sudah berjaya tak perlu cipta formula sendiri.
Jika kita ada impian jadikan Facebook medium pemasaran kita, mari kita mulakan awal tahun ini kawan.
1. Cari gambar profile yang jelas, jika baru bermula biar semua orang nampak muka dan biji mata kita. Janga terlalu artistik.
2. Cari bidang kepakaran kita apa, nak jadi pakar bidang apa tentukan awal tahun ini. Nak jadi perunding imej, agen hartanah, takafulman, dietman, juru jamu, perunding kahwin dan lain lain.
3. Belajar menulis konten setiap hari, ia akan bina kredebiliti dan orang akan percayakan kita nanti. Buat secara konsisten, jadualkan tulisan kita.
4. FB kita adalah channel TV kita, kita tentukan apa ‘rancangan’ yang kita nak siarkan. Jangan rancangan yang sama, sesekali siarkan drama. Orang kita suka drama ini.
5. Buat posting sehari minimum 2 kali. 80.3% pengguna fb post sehari dua kali.
6. Waktu petang tulis status yang ringkas dan padat, orang dah letih bekerja. Mereka suka humor dan cerita kelakar hambar kita.
7. Sasaran tahun ini penuhkan rakan bagi cukup 5000 dan ada 3000 pengikut dulu. Follo mereka yang berpengaruh dan page yang besar untuk tahu issu semasa.
Banyak manfaat jika kita ada pengaruh yang baik di Facebook ini. Boleh juga daftar masuk kelas saya jika berminat nanti.
Azizul Azli Ahmad
66 Comments
tips no 1 pun dah ramai yang fail – Cari gambar profile yang jelas, jika baru bermula biar semua orang nampak muka dan biji mata kita. Janga terlalu artistik.
Tertarik dgn tips no 5, buat posting sehari minimum 2 kali. 80.3% pengguna fb post sehari dua kali.. adakh ini masih sama utk tahun 2019?
Tips di atas ni sesuai di amalkan oleh apa jua bisnes. Tak kiralah bisnes online atau tidak
Betul tu. Lebih kepada genral untuk mereka yang berbisnes di FB. Wajib cuba tips tu
Terbaik ni. Orang baru sentiasa penuh dengan semangat. Semoga terus istiqamah bro
Curahan rasa JMR @ ..Dividen ASB Tahun 2018 7.00 sen Seunit, ASN 3.25 sen Seunit.
Tips yang menarik. Rasanya masih belum terlambat untuk diamalkan pada tahun 2019 ni
Tips di atas tu relevan utk digunaka. Pada bila bila masa selagi fb masih relevan
Terima kasih tuan. Satu ilmu yang baik untuk orang yang baru nak mula seperti saya.
Semoga mendapat istiqamah dalam usaha ini.
Curahan rasa Zulfikarullah @ ..Kunci bahagia 4
Semoga bisnes baru tuan itu akan terus maju. Jgn lupa amalkan tips di atas
insyaAllah kalu ada minat dan niat yang betul, rezeki takkan ke mana. Kena istiqamah dalm berusaha
artikel yang sangat menarik, setelah membaca artikel ini jadi dapat ilmu baru lagi,.
makasih gan,,
sentiasalah mencari ilmu baru. Kemudian share dengan kawan-kawan lain, makin berkembang ilmu ini
Ini adalah ilmu bisnes yg di kongsikab oleh mereka yg dah berjaya.
nice semoga infonya bermanfaat artikelnya sangat menarik i like thanks good
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
nice tips.. saya nak coba panduan ini. kali aja bisa menjadikan page saya popular.. amiin..^^
Curahan rasa b.c @ ..Kontraktor Gudang dan Pabrik Bergaransi
Mudah mudahan popular seperti blog Denai Hati, bukan mudah nak bina jenama hebat dalam masa yang singkat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..18 Tempat Yang Menarik Di Shah Alam Untuk Dilawati
tu la..page Denai hati ni pun boleh tahan lama dah kan. Dan still relvan dan bertahn sehingga hari ini
Apakah tempoh yang paling singkat utk bina satu satu jenama? Memang sukar, tapi tak mustahil kan?
semoga terus istaqah dalam develop page.. bukan senang nak senang kan, terus usaha!
ikon yang berjaya dan sentiasa berkeyakinan tinggi.Dr.azizul memang selalu bagi motivasi yang bernas.
Curahan rasa Ira @ ..7 Risiko Dihadapi Oleh Mak Ayah Kita Saat Ini
Beliau pensyarah UiTM Seri Iskandar, tempat saya belajar dahulu, cuma fakulti yang berlainan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
Wah, pensyarah bro ke. Pensyarah dan anak didiknya sama hebat. Bangga kenal bro
Apa lagi, kena sentiasa baca update drp Dr Azizul la ni setiap hari. Nak rasa dimotivate setiap hari. yosh
Dr Azizul mmg terbaik. Ni contoh ikon yang berjaya di dalam bidang pendidikan tapi berjaya juga di dalam bidang perniagaan. GV suka tips beliau bagi. Terbaik. 🙂
Curahan rasa Galaksi Viral @ ..10 KOMIK MALAYSIA PALING TERKENAL DI NEGARA KITA
Dr Aziziul Azli memang selalu saya follow untuk ketahui tips yang berguna terutamanya pasal hartanah
Tip hartanah beliau lebih menonjol bersama tips tips kewangan, berbanding tips yang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Kesilapan Bisnes Yang Sering Dilakukan
Ye la kan, tip hartanah beliau lebih menonjol bersama tips tips kewangan, berbanding tips yang lain.. semua best best
Tips yang menarik. Walaupun kita pernah tahu, tahu details yg Dr share lebih menarik kan.
Ibu dah kurang pakai fb sebab buang banyak masa, melainkan meniaga di fb memang lain lah kan
Itu semua ada strategi masing masing
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Homestay Melaka Di Tempat Menarik Tarikan Pelancong!
Strategi masing masing. Ada yang nampak buang masa, ada yang buat duit setiap masa.
menarik juga juga..
saya nak tambah kawan dalam FB.
masih kena sekata kerana permintaan jadi kawan sebelum ini belum diluluskan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Duda Terlajak Laris Bukan Pilihan Hati
kena berkawan biar ramai dlm FB. Dlm tips ni cakp kena follow sifu2 kan. Sekarang ni memang banyak sifu sifu hebat
Comments are closed.