Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Carian Google Paling Trending Malaysia 2017“. Kali ini Abang nak berkongi tips pembangunan diri dalam Facebook cara Dr Azizul Azli Ahmad. Ini bukan kali pertama Abang kongsikan idea bijak Dr Azizul, sebelum ini tajuk “Panduan Beli Kereta Baru Bergaya” telah mendapat maklumbalas yang hangat.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah nama Dr. Azizul Azli Ahmad semakin meniti di bibir warga Malaysia. Selain Facebook follower yang sudah mencecah angka 114,389 (ketika entri ini ditulis), Dr Azizul juga semakin sering keluar di layar TV Astro dan Media Prima. Tulisan-tulisan Dr Azizul di Facebook beliau sangat bermanafaat dan memberi inspirasi kepada warga Malaysia. Kepada yang belum follow akaun FB beliau boleh lah klik Dr Azizul Azli Ahamd, rugi tak follow.
Kepada yang tidak kenal Dr Azizul Azli Ahmad. Ini sedikit bidoata beliau.
Azizul Azli Ahmad merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina Dalaman, Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur. Selain mengajar dalam bidang Seni Bina Dalaman, beliau juga merupakan pelabur yang aktif dalam bidang hartanah. Mula membeli kediaman pertama pada usia 25 tahun sebelum membeli kereta, beliau aktif melabur dalam hartanah bermula dari tahun 2012 apabila mula membeli hartanah lelongan. Hasilnya beliau berjaya memiliki beberapa kediaman impian untuk dijadikan sebagai trofi pelaburan. Beliau menjadikan pelaburan hartanah ini sebagai dana pendidikan dan harta untuk diwariskan serta sebagai punca pendapatan pasif keluarga. Dimasa hadapan ia bakal menjadi wakaf untuk dana ‘ke depan’.
Jika sebelum ini Abang sudah kongsikan tips pembangunan diri dalam Facebook cara Sifu Khairul Hakimin, kali ini Abang nak kongsikan tips pembangunan diri dalam Facebook cara Dr Azizul Azli. Mari kita belajar dari dua insan yang sudah mempunyai Facebook follower melebihi seratus ribu serta berjaya dalam bidang yang mereka usahakan. Nak berjaya kena ikut formula insan yang sudah berjaya tak perlu cipta formula sendiri.
Jika kita ada impian jadikan Facebook medium pemasaran kita, mari kita mulakan awal tahun ini kawan.
1. Cari gambar profile yang jelas, jika baru bermula biar semua orang nampak muka dan biji mata kita. Janga terlalu artistik.
2. Cari bidang kepakaran kita apa, nak jadi pakar bidang apa tentukan awal tahun ini. Nak jadi perunding imej, agen hartanah, takafulman, dietman, juru jamu, perunding kahwin dan lain lain.
3. Belajar menulis konten setiap hari, ia akan bina kredebiliti dan orang akan percayakan kita nanti. Buat secara konsisten, jadualkan tulisan kita.
4. FB kita adalah channel TV kita, kita tentukan apa ‘rancangan’ yang kita nak siarkan. Jangan rancangan yang sama, sesekali siarkan drama. Orang kita suka drama ini.
5. Buat posting sehari minimum 2 kali. 80.3% pengguna fb post sehari dua kali.
6. Waktu petang tulis status yang ringkas dan padat, orang dah letih bekerja. Mereka suka humor dan cerita kelakar hambar kita.
7. Sasaran tahun ini penuhkan rakan bagi cukup 5000 dan ada 3000 pengikut dulu. Follo mereka yang berpengaruh dan page yang besar untuk tahu issu semasa.
Banyak manfaat jika kita ada pengaruh yang baik di Facebook ini. Boleh juga daftar masuk kelas saya jika berminat nanti.
Azizul Azli Ahmad
66 Comments
penting untuk kita menaikkan kredibiliti kita di media sosial untuk tonjol diri. orang bisnes memang wajib buat mcm tu
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Tahap perkembangan anak
Ada waktu kita harus bina kredibiliti di media sosial, kemudian bawa mereka ke blog untuk baca artikel kita yang kerap jadi rujukan semasa di media sosial.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan B41
Self branding kalu dah kuat, senang je nak tarik trafik atau sale. Tak semua yang bertuah jadi femes ni
kalu tengokkan styl Aliff Syukri, DSVida, diorang memang tonjolkan peribadi diorg kan, self branding orang panggil
Apa yang di siarkan di fb bukan gambaran sebenar hidup seseorang tu
Berpada padalah ikut seseorang
Ambil yang baik dan elakkan taksub
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Hantar mak ayah pergi umrah!
nice sharing. saya akan gunakan sedikit gaji saya hujung bulan untuk membeli buku motivasi atau ayat2 inspirasi.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Farid Kamil Tampar Polis. Kini Ditahan Disyaki Pengaruh Dadah.
Sesuatu yang kita buat dengan sebaik usaha insyaallah akan memberikan hasil
kalau buat bosan lepas tu tinggal tak dapat apa apa
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Homestay Melaka Di Tempat Menarik Tarikan Pelancong!
ni baru tatacara utk gunakan facebook dan laman sosial lain utk kebaikan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kegunaan Hand Sanitizer Selain Mencuci Tangan
itu rupanya rahsia untuk memantapkan account facebook. saya setuju betul dgn nombor 6 tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kegunaan Hand Sanitizer Selain Mencuci Tangan
baiklah. target tahun 2018 ni nak ada 5000 kawan di facebook. dan 3000 orang followers. jauh juga target nak dapat tu. tapi insyaAllah. pasti boleh dapat 🙂
Curahan rasa mrejoy @ ..Jangan sesekali pingirkan anak yang tidak cerdik didalam Akademik
Good Luck!!
In Shaa Allah, tak mustahil boleh tercapai semua impian tersebut…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak daftar jadi ejen Affiliate MyHomestay4U. net
wah… orang kampung masuk blog Denaihati… hebat nih.
Semoga menjadi ikutan dan teladan yang baik buat semua.
Tahniah #abahkacaksangat
Dulu kita orang kampung, sekarang kena fikir macam mana nak jadi orang bandar, tambahkan pengikut dan pengaruh.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Homestay Shah Alam Seksyen 25 Di Pangsapuri Damai
orang kampung pun ada sambungan interent yang laju sekarang. Memang tak mustahih diorang juga pembaca setia blog DH
banyak perlu dipelajari selok belok dalam facebook ni. yang penting dapatkan ilmu tepat dan aplikasikannya
Curahan rasa Raihanah @ ..Review Omega Guard Dan Neurogain
yup, ilmu dicari dan digunakan sebaiknya yang penting. Jangan ikut jenis rajin pergi kelas, tapi bila nak execute ilmu, tak mula sampai ke sudah hehe
sosial media tak ramai datangkan trafik lagi entah kenapa bisa berlaku seperti itu
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Resep Bebek Goreng Bali
Ada masanya, saya lebih gemar hasilkan artikel di blog, sebab status di media sosial tak mesra SEO.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
Gabungan sosial media dan SEO lagi tambah power utk hasil yg lumayan
Saya setuju juga dengan Pendapat Tuan Denaihati… zaman sekarang siapa yang ada pengaruh di media sosial mempunyai kelebihan..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak daftar jadi ejen Affiliate MyHomestay4U. net
kalau tuan dah kata begitu, Mama pun nak cuba juga
Peluang dah ada siapa yang usaha akan dapat
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Cara memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka kita!
skang ni memang zamn social media influencer..tapi seo di website atau blog tetap relevan.. forever kot
macam tu rupanya.patut la selalu je ada yang update gaya macam tu
tu la. haru berubah , gaya update pun berubah. Tahun 2010 tak tahu lah gaya macam mana lagi kan
Saya kagum dengan pencapaian Dr. Azizul Azli Ahmad.. selain berjaya dalam bidang akademik juga berjaya dalam bidang pelaburan hartanah..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak daftar jadi ejen Affiliate MyHomestay4U. net
betul tu..kagum dan respek dengan kejayaan yang beliau kecapi..dah tu sanggup berkongsi di fesbuk lak
Info yang menarik.. masalahnya saya kurang konsisten untuk aktif di media sosial.. ada masa aktif, ada masa tak aktif..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak daftar jadi ejen Affiliate MyHomestay4U. net
nak ada media sosial memang senang kan bro. Nak menten aktif dan berpengaruh tu yang mencabar. bukan senang
Comments are closed.