Akaun Sosial Media Sinar Harian dan Wawa Zainal dicuri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, awal pagi tadi dapat berita daripada Norfa Nil yang kemudian diberitakan di Oh Bulan pelakon Wawa Zainal kehilangan akaun instagram dengan follower lebih 1.1 Juta. Khabarnya pengodam telah menghantar email verified akaun blue tick dan apabila Wawa menekan verified akaun tersebut terus diambil alih.

akaun instagram wawa zainal kena hack

Terbaru melalui status Facebook sahabat tuan Ahmad Yani orang kuat Kumpulan Media Karangkraf diberitakan akaun FB page Sinar Harian juga telah diambil alih sejak jam 7.20 am oleh seseorang sehingga berita ini ditulis masih gagal  dikesan. Jumlah follower page Sinar Harian melebihi 2.5 juta menjadi antara page berita yang sangat aktif.

facebook Sinar Harian kena hack

Dua kejadian kehilangan akaun sosial media yang besar dalam satu hari mungkin bukan kebetulan tetapi boleh menjadi iktibar kepada kita untuk lebih berhati-hati. Bukan mudah untuk menhalang pencuri-pencuri ini mencuri akaun dan kemudian menjual dengan harga yang mahal untuk mendapat keuntungan sekelip mata dengan meruntuhkan sosial media yang sudah dibina lama.

Facebook Page Denaihati Network baru sahaja mendapat grey tick kalau hilang begitu pasti kami sangat kecewa sebab bukan mudah nak membina sehingga ada lebih 1 juta follower. Semuga kita semua dapat meningkatkan keselamatan akaun sosial media dengan menggunakan segala sekuriti yang dicadangkan oleh instagram dan facebook seperti menggunakan code melalui mobile dan banyak lagi cara-cara lain untuk meningkatkan keselamatan akaun tersebut.

Kalau sudah terkena memang menyesal pun tak berguna terutama orang biasa seperti kita yang sangat susah nak dapat follower.

Nota : Alhamdulillah Facebook page Sinar Harian dapat kembali pada jam 11.00 pm 18.04.16.

138 Comments

  1. Hati Hati Dalam permaian dunia maya.
    Banyak yg tak bertanggung jawab, Akun dibuat penipuan, dll.
    Waspada Dan Waspada

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!