Tips mendapat ramai follower Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri-entri PRU14. Kali ini Abang nak berkongi tips pembangunan diri dalam Facebook. Ini bukan kali pertama Abang kongsikan idea-idea untuk membangunkan diri dalam sosial media sebelum ini sudah kongsikan ilmu “Tips pembanguna diri dalam FB gaya Dr Azizul Azli” dan “Tips pembangunan diri dalam FB gaya Sifu Khairul Hakimi“.

Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking top 50 Malaysia dengan lebih 2.1 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Kali ini Abang nak kongsikan cara Abang untuk menambah follower Facebook. Penting ke nak tambah Follower FB ni? Teringat ketika Abang membawa sahabat Abang, Prof Madya Dr Shamsul Bahri ketika bertemu Dato Hussamuddin, bos Karangkraf tujuan untuk kerjasama menerbitkan buku tentang kelulut. Soalan pertama Dato Hussam, berapa follower FB Prof? Ketika itu follower hanya 120 orang sahaja. Dato minta Prof naikan follower ke angka lebih daripada sepuluh ribu orang, insyaAllah dia akan bantu untuk terbitkan buku. Jom bantu Prof dengan follower FB beliau @Shamsul Bahri Abd Razak (Pakar Kelulut Malaysia).

Budaya pemasaran sudah jauh berubah. Kuasa sosial media sangat mempengaruhi pasaran dunia. Kepada individu yang dapat menguasai sosial media maka dia juga dapat menguasai pasaran dunia. Cara bisnis di Facebook adalah menguasai sosial media dengan mempunyai follower yang ramai. Salah satu cara untuk mendapat follower yang ramai adalah belajar dengan sifu dan guru sosial media yang sudah berjaya. Jadi Abang cadangkan kepada anak Abang, Aina Sahira (jom follow FB anak Abang ni) yang sedang belajar jurusan komunikasi di KUIS untuk join kelas Bapak Viral Kebangsaan tuan Khairul Hakimin Muhammad. Alhamdulillah sudah dua kali anak Abang join kelas sifu Khairul.

Ikut kelas bukan bermakna boleh jadi macam sifu kalau tak diamalkan segala ilmu. Jadi Abang cadangkan kepada Aina Sahira untuk membaca banyak penulisan sifu-sifu sosial media yang sudah ada lebih 50K follower. Selain kena rajin baca paling penting mesti tinggalkan komen pada status sifu-sifu viral yang lain seperti Dr Azizul Azli Ahmad, Tuan Aqif Azizan, bro paling ensem dan poyo Meor Zaidee dan senior universiti Datuk Roslan Ab Hamid. Mereka semua ada keistimewa masing-masing. Abang pilih lima sifu ini sebab sudah kenal dan pernah berjumpa mereka. Kalau sahabat-sahabat kenal sifu-sifu viral yang lain boleh juga follower mereka.


Bagus sangat bila kita dapat baca status lima idola hebat ini setiap hari dan yang  paling penting tinggalkan komen yang berkualiti setiap hari kalau tak semua, sebahagian daripada status mereka. Tujuannya untuk mengukuhkan jenama anda dikalangan beratus ribu follower sifu-sifu ini. Tapi jangan pulak sibuk mempromosi produk anda diruangan komen seperti yang dilakukan oleh ramai penjual kerana itu menjengkelkan dan nampak kurang cerdik. Kita tinggalkan komen bukan untuk sifu itu kenal kita tapi kita nak beratus-ratus follower mereka kenal kita. Kekadang kalau kita bernasib baik komen yang berkualiti tersebut akan diangkat oleh sifu tersebut untuk menjadi status Facebook, memang beruntung sangat dan pasti follower kita akan laju bertambah.

Tips ini Abang guna pada awal-awal jadi blogger dulu. Abang pilih lima top blogger dan tinggalkan komen berkualiti setiap hari pada entri-entri blog mereka sehingga follower lima top blogger itu kenal Abang. Lagi satu bila ada yang komen pada komen yang kita tinggalkan pada status FB sifu tersebut jangan lupa untuk balas komen tersebut itu namanya engagement sebab follower suka pada engagement. Amalkan dengan istiqomah paling kurang enam bulan pasti ada hasil yang membuka mata dan menebalkan kocek.


Ini nasihat pendek dari insan yang baru ada lima ribu follower. Kepada yang belum follower Abang jom follow @Amir Denaihati. sebab Abang pun nak juga ada lebih lima puluh ribu follower.

Follower ni apa? Sama ke dengan friends?. Panjang lebar Abang bercerita tapi mesti ramai kelirukan antara Friends dan Follower FB. Friends dan Follower tak sama. Friends adalah follower kita yang kita dah approve sebagai kawan. Sifu ajar Abang kalau kita tak kenal rapat follower kita biarkan sahaja mereka sebagai follower tak perlu approve sebagai friends. Maksima friends untuk satu akaun hanya lima ribu orang tetapi follower tiada batas sebab itu sifu-sifu kita mempunyak berpuluh ribu malahan ada yang beratus ribu follower peribadi.

Jumlah Follower tercatat di info peribadi.

Sekiranya ilmu ini bermanafaat sila kongsikan kepada rakan-rakan supaya mereka juga berjaya dalam bisnis yang mereka usahakan. Ada banyak lagi tips pemasaran digital, insyaAllah lain kali Abang kongsikan ilmu yang boleh bagi manafaat pada semua.

Sekian terima kasih.

115 Comments

  1. Facebook sangat penting terutama buat yg jualan produk kerana penggunanya makin ramai dan kos iklannya murah berbanding cara lain

  2. Nah skang sayan dah konfem ikut cara ni -kita tak kenal rapat follower kita biarkan sahaja mereka sebagai follower tak perlu approve sebagai friends.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!