Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips untuk menerbitkan buku sendiri.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sahabat baik Abang, Prof Dr. Shamsul Bahri Abd Razak, pakar kelulut Malaysia wassap nak jumpa untuk berbincang cara mertabatkan industri kelulut secara digital. Prof juga minta nak jumpa Dato’ Hussamuddin Yaacub untuk berbicang menerbitkan koleksi buku travelog kelulut.
Alhamdulillah Dato’ Hussam sudi melapangkan masa bertemu dan berbincang dengan kami selepas solat Jumaat bersama di Masjid Karangkraf dan makan tengahari Nasi Kak Wok kanten Karangkraf.
Pertemuan yang hebat bersama insan-insan yang hebat. Perjalanan jauh, penat tidak terasa. Berguru dan menadah pujangga dengan Dato’ Hussamuddin Yaacub, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf. Pertemuan dengan YB Dr Yaacob Sapari ada cerita menarik pengalaman beliau tulis buku. Terimakasih blogger tersohor tuan Amir Denaihati aturkan pertemuan – Prof Dr Shamsul Bahri
Jutaan terima kasih kepada Dato Hussamuddin Yaacub berkongsi ilmu dan tips sangat penting sebelum seseorang nak terbitkan buku sendiri. Sekarang memang ramai yang berminat nak terbit buku sendiri termasuklah Abang sendiri. Kalau Abang kongsi ilmu yang Dato bagi nanti banyak pulak persaingan.
Selesai perbincangan bersama Dato Hussamuddin Yaacub dan Prof Dr Shamsul Bahri Abd Razak, kami dibawa melihat buku-buku di Kedai Karangkraf.
Cemburu di hati melihat buku terbaru tuan Khairul Hakimin Muhammad tersusun cantik di meja jualan terlaris di Kedai Karangkraf. Bilalah agaknya giliran buku Abang nak disusun sebaris dengan buku Bapak Brownies Kebangsaan ni?
Abang kena sabar sebab belum layak menulis buku kalau mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Dato Hussam dan Tuan Khairul. Datuk Roslan Ab Hamid pun bagi tahu kedai buku bukan tempat yang sesuai menjual buku sekarang.
Tempah sekarang buka paling HOT tulisan Sifu Aqif Azizan Case Study Iklan Sale 7 Angka Setahun
Abang ada offer nak kongsi tips untuk menerbitkan buku sendiri di status FB, tak ramai yang nampak, hanya Abie Abdullah dan Dhuha Rashidi yang tinggal komen nak tahu rahsia yang dikongsikan oleh Dato Hussam. Nanti kita ngopi utk bincang rahsia dan syarat penting sebelum nak menulis buku.
Kepada rakan-rakan nak tahu Tips untuk menerbitkan buku sendiri, sentiasa follow rapat-rapat nanti Abang akan ceritakan pada entri khas yang lain.
Jangan lupa FB Prof Dr. Shamsul Bahri Ab Razak untuk berbagai ilmu kelulut asli.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
23 Comments
terima kasih udah di share artikel nya menarik lah like it thanks,
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik like it , salam indonesia
Saya juga ada rancangan untuk terbitkan buku sendiri dalam bidang kerja kerajaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Untuk Lebih Masa Dengan Famili
mesti banyak subscriber dan follower bang ikhwan yang sudah menunggu keluarnya buku tersebut
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Cara Mengatasi Rambut KEring dengan Bahan Alami
Banyal lagi rahsia yang perlu dipelajari berkenaan ilmu penulisan dan penerbitan ini. Pendedahan daripada tuan sangat membantu untuk mencapai sesuatu yang dihasratkan. Tips yang dititipkan oleh Dato Hussam boleh dijadikan panduan untuk menerbitkan buku sendiri.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia Seyal
Tak sabar nak tunggu entry tips untuk terbitkan buku sendiri ni. Saya pun selalu half way je menulis novel dan cerpen. Masa sekolah menengah selalu tulis cerpen dan puisi. Pernah juga hantar artikel dekat majalah Karangkraf pasal Lawatan di Cameron Highland masa form 3 dan artikel tu da pun disiarkan dalam salah satu majalah terbitan Karangkraf…hehe…cuma terkilan dengan sebuah cerpen yang saya tulis tentang Mualaf yang asalnya seorang Chinese memeluk Islam setelah kecewa dengan seorang wanita Melayu tak dapat diselamatkan sebab waktu tu saya tulis handwriting je dan minta kawan type guna komputer sebab waktu tu saya tak ada komputer lagi tapi sampai sudah cerpen saya tak dipulangkan…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..5 Types of Investment in Malaysia
Kita sama sama tunggu, jadi mudahlah kalau nak terbitkan buku sendiri lepas ni.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nilai Hartanah Bakal Menyusut Lagi
Perghh .. orang-orang hebat di keliling Abang Denaihati … harapnya tercapailah hasrat untuk terbitkan buku sendiri .. 🙂
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Win A Trip For 4 To Japan #MHGiveaway
Berminat juga nak ada buku sendiri, tak tahulah rasa syok sendiri ataupun memang rasa berbakat.
Tapi kalau tak syok sendiri dulu, macam mana nak tahu talented atau tak kannn~
Curahan rasa Faezah @ ..Vita E Complex : Terbaik Untuk Masalah Jerawat
banyak jugak syarat yang ditetapkan. elok jugak sebab setiap buku yg diterbitkan mesti berkualiti dan memberi input kpd pembaca`
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Berminat nak tahu tips rahsia menjadi penulis hebat tu. Boleh saya ikut rapat-rapat. Mudah2an.amin.
Ya betul.. saya pun tak sabar nak tahu tips rahsia Dato Hussam terbitkan buku sendiri..
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
In Shaa Allah… nak follow tuan haji Amir raoat-rapat supaya dapat korek ragsia Dato Hussam terbitkan buku sendiri..
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Berminat jugak nak tahu..
Pada tahun 2013 saya pernah bercadang nak mohon ISDN untuk terbitkan buku sendiri..
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Tapi syarat yang ditetapkan oleh perpustakaan negara, menyebabkan saya tak jadi nak mohon ISDN.
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Seingat saya.. syaratnya kena cetak beberapa buah buku tersebut. Tak ingat. Rasanya 100 buah cetakan. Kemudian kena hantar satu cetakan ke perpustakaan negara dalam tempoh (tak ingat samada 2 minggu atau sebulan) selepas dapat nombor ISDN.
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Sekiranya gagal hantar cetakan tersebut dalam tempoh yang diminta, kita akan dikenakan bayaran sebanyak RM3000
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Bila dah baca syarat tu, terus tak jadi nak terbitkan buku.. terbitkan ebook sahaja..
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Alhamdulillah… sekarang saya dah ada 3 buah ebook.. In Shaa Allah, satu hari nanti berhajat juga nak terbitkan buku sendiri.
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Tapi tak tahu nak tulis buku tentang apa yang boleh laku keras di pasaran..
Curahan rasa anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
sekarang banyak penerbit yang siap terbitkan buku free tapi takde guna juga bila tak laku di pasaran
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Cara Mengatasi Rambut KEring dengan Bahan Alami
Comments are closed.