Merdeka ekonomi dan masa misi utama

Assalamualaikum dan salam merdeka, alhamdulillah sudah 59 tahun Malaysia Merdeka. 59 tahun Malaysia sudah terlalu banyak berubah. Kalau dahulu pemimpin perlu jual tanah untuk memperjuangkan kemerdekaan. Kini pemimpin perlu memberi subsidi untuk mengekalkan kemerdekaan.

Bisnis pun begitu peringkat awal bisnis kita perlu menjual harta benda untuk dapatkan modal permulaan setelah bisnis maju kita perlu keluarkan bajet untuk pemasaran dan penjenamaan. Toke bisnis yg tidak sanggup mengeluarkan bajet pemasaran seperti pemimpin yang sedang merancang untuk tewas pilihanraya akan datang.

Malaysia kini berusia 59 tahun sudah melangkah ke dunia digital jadi kepada rakyat yang cepat melangkah bersama pasti akan berjaya. Kami team Denaihati Network akan mengajar ilmu bisnis digital kepada mereka yg ingin berubah untuk memerdekakan ekonomi dan masa.

kelas digital denaihati
Abang Denaihati rasa kita akan lebih merdeka apabila sudah merdeka ekonomi dan merdeka masa. Kalau masih dibelenggu hutang pasti belum  merdeka diri. Kalau  masih bekerja siang dan malam untuk orang lain juga belum merdeka. Tidak musthail untuk kita merdeka ekonomi apabila kita bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban u ntuk mencapai.

ALLAH sudah merdekakan kita 1437 tahun dahulu seperti maksud ayat 3 surah Al-Maidah.

“….. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sudahkan anda merdeka ekonomi?
Sudahkan anda merdeka masa?

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

24 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!