Setiap bisnis mesti ada modal untuk iklan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Usahawan mesti berjiwa besar“, dalam entri  tersebut ada tips untuk berjaya dalam bisnis. Kali ini Abang bawakan kisah pentingnya ada bajet iklan untuk berniaga kalau nak berjaya.

Abang baca status FB yang dicatatkan oleh sifu copy writing yang memang terkenal di Malaysia iaitu saudara Aqif Azizan. Katanya “kalaulah duit bajet iklan facebook ads tahun lepas boleh dijadikan tunai dalam akaun bank sekarang kan best”. Maksud ayat ini beliau sudah membelanjankan jumlah yang banyak untuk iklan di Facebook sepanjang tahun 2016 dan hasilnya pun sangat lumayan.

Beberapa tahun lalu Abang pergi kelas affiliate advance anjuran Fabian Lim jutawan internet. Kelas ni dihadiri 40 orang pelajar dan majoriti bukan orang Melayu. Sifu mengajar selok belok buat duit menggunakan affiliate peringkat dunia. Ramai alumnai pelajar-pelajar kelas ini telah menjana pendapatan bukan sahaja puluhan malahan ratusan ribu USD setiap bulan. Nak terjojol biji mata Abang bila tengok statement pendapatan mereka.

Rahsia mereka menjana pendapatan besar, sebenar tak susah mana pun. Setiap dollar yang mereka dapat hasil daripada bajet iklan dollar juga. Kalau pendapatan ratusan ribu dollar sebulan, bajet iklan yang dikeluarkan lebih kurang USD20k – 30k sebulan.

Kesimpulan setiap pendapatan yang hendak dijana daripada bisnis mesti ada bajet iklan yang mesti dikeluarkan. Contohnya kalau kita hendakkan jumlah jualan RM100 ribu sebulan maka kita mesti bersedia mengeluarkan kos iklan sebanyak RM10 –  20  ribu sebulan. Usahawan perlu ada target sale bersesuainya dengan modal iklan baru ada asasnya. Kalau nak dapat pendapatan lebat tapi lokek nak keluar bajet iklan lebih baik jangan buat bisnis. Iklan pulak jangan hanya fokus pada satu jenis iklan sahaja kerana setiap segmen iklan ada pelanggannya.

Ramai dikalangan kita ingin mempunyai pendapatan tinggi dalam bisnis online tapi susah sangat nak keluarkan duit dari kocek kemudian menyalahkan bisnis tidak bagus. Sedangan Sifu Aqif yang mahir dalam dunia pemasaran masih keluarkan bajet besar untuk iklan online. Siapa kita kalau lokek nak keluarkan bajet untuk iklan.

Nak jadi blogger dengan pendapatan lumayan juga perlukan modal tidak hanya berbekalkan air liur sahaja.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati Network  (like ya! untuk jadikan kami top 10 Malaysia)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

26 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!