Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak pakar kelulut Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kehebatan sahabat Abang seorang pakar kelulut Malaysia.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang dan Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak mula berkenalan dan jadi sahabat baik ketika belajar di UKM. Kami dalam fakulti yang sama tetapi Jabatan yang berbeza, Abang belajar di Jabatan Pemakanan manakala sahabat Abang belajar di Jabatan Botani. Di tahun satu kami tinggal di kolej yang sama iaitu Kamsis Ungku Omar tetapi bilik berbeza. kami mula berkenalan apabila sama-sama aktif dalm kem bina semangat. Kalau tak silap kali pertama bertemu ketika kelas pidato di Pantai Morib.

Setelah tamat pengajian masing-masing membawa haluan sendiri, ketika beliau mula bekerja di Lembaga Getah Malaysia (LGM) Sg Buloh selalu juga Abang menjengok. Pada tahun 2000 beliau menyambung pengajian Master dan PhD di University of Durham, United Kingdom dalam bidang Biologi Sel Tumbuhan. Kami tidak pernah berhubung semasa ini kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan pengajian. Lagi pun mungkin dalam hati Abang rasa dia lagi pandai sebab belajar sampai PhD.

Setelah bergelar doktor, sahabat Abang kembali ke Malaysia dan menyambung perkhidmatan di LGM sehingga beliau berpindah ke Univiersiti Malaysia Terengganu (UMT) pada tahun 2013. Dari dunia sel dan tisu tumbuhan berhijrah menjadi pakar lebah kelulut yang menjadi rujukkan penternak kelulut Malaysia juga Asian.

Alhamdulillah dengan izin ALLAH Dr Shamsul telah menerbitkan buku ilmiah kelulut di bawalh label UMT bertajuk “Repositori Kelulut Indo Malay Sekayu” yang boleh dibeli secara online di Denaisell (klik untuk belian).

Sahabat Abang ini memang hebat sebab telah menang berbagai anugerah antaranya :

  1. Gold medal, the 3rd International Invention, Innovation, Industrial Design and
  2. Technology Exhibition (ITEX 2002),, 2002, International
  3. Gold medal, (INPEX 2002), Monroeville Expomart, Pittsburg USA, 2002, International
  4. Bronze medal, the 30th International Exhibition of Inventions, New Techniques and Products, 2002, Palexpo, Geneva, 2002, International
  5. Rubber Research Best Technical Paper Award 2002, Malaysian Rubber Board, 2002, Department
  6. Silver medal, Malaysia Technology Expo (MTE 2011), 2011, National
  7. Bronze medal, The 2nd Exposition on Islamic Innovation (i-Inova 2011), 2011, National
  8. Gold medal, The 23rd International Invention, Innovation and Technology Exhibition ITEX 2012, 2012, International
  9. Gold medal, The 3rd Exposition on Islamic innovation (i-Inova 2012), 2012, National
  10. Silver medal, Seoul International Invention Fair 2012 (SIIF 2012), 2012, International
  11. Anugerah khidmat bakti, Microscopy Society Malaysia, 2013, National
  12. ITEX Silver medal, Malaysian Invention and Design Society, 2014, International

Akhir tahun lepas Dr Shamsul Bahri datang berjumpa Abang dengan harapan besar nak bersama berjuang dalam era ekonomi digital. Terharu Abang sebab nama besar terkenal dengan kepakaran kelulut seantaro Asia ingin belajar dengan seorang insan kerdil. Tak sangka juga sebab sudah lama kami tidak berjumpa tapi mungkin kehadiran doktor dan isteri di Sepetang Bersama Blogger edisi kedua pada tahun  2013 telah mengubah cara fikir.

Selain hasrat untuk memperkasa ilmu ekonomi digital, doktor juga ingin menerbitkan buku ekspidisi kelulut di bawah label Kumpulan Media Karangkraf. Dr Shamsul bersama rakan-rakan kelulut telah menganjurkan berbagai ekspidisi kelulut di dalam dan luar negara. Abang bawa sahabat bertemu Dato Hussamuddin pengasas Karangkraf. Soalan pertama Dato ketika bertemu, berapa jumlah follower FB Dr Shamsul Bahri. Ketika itu follower FB doktor baru 123. Dato Hussam bagi tips untuk menerbitkan buku sendiri mesti ada follower paling sikit 10K.

Video ekspidisi kelulut Kemboja

Alhamdulillah dengan kehebatan status kisah kelulut dan gambar-gambar kelulut yang di snap sendiri telah menambah follower beliau. Hobi doktor memang suka megambil gambar sejak Abang kenal di UKM lagi, sebab itu gambar yang dipaparkan di status FB beliau sangat hebat. Pada hari entri ini ditulis follower FB doktor sudah meningkat kepada 323. Suatu pencapaian yang hebat dan pasti akan bertambah ke angka 10K.

Sahabat pembaca tak salah menjadi follower insan hebat Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak kerana banyak yang anda akan belajar. Jom kita ramai-ramai follow FB :

Prof Madya Dr  Shamsul Bahri Abd Razak
Prof Madya Dr  Shamsul Bahri Abd Razak
Prof Madya Dr  Shamsul Bahri AbdRazak

Amir Denaihati
Founder  Denaihati
(jangan lupa  klik dan follower FB Abang ini untuk banyak lagi kisah motivasi)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

39 Comments

  1. Salam.. saps tak truja kan… posting ini sangat best..sy sendiri dari ukm dan tumpang berbangga untuk ilmuwan ukm ni…hehehe…terbaik ler

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!