Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa 2014 adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban di lokasi melihat anak bulan yang telah ditetapkan. Kepada pembaca yang belum mengetahui bagaimana cara tarikh permulaan puasa Ramadhan ditentukan sila baca entri “Tempat melihat anak bulan dan sejarahnya“.
Terkini : Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan 1 Ramadhan 1435H/2014 jatuh pada 29/6/2014.
Ramadhan adalah bulan yang terlalui istimewa kepada semua umat Islam kerana di dalamnya terdapat berbagai kehebatan terutamanya malam Lailatul Qadar yang menjadi impian kepada semua. Persiapan yang rapi perlu dibuat untuk menghadapi Ramadhan supaya bulan yang hebat ini tidak berlalu begitu sahaja seperti bulan-bulan yang lain. Dengan persediaan yang rapi semuga kita memperolehi puasa Khawasul Khawas iaitu puasanya orang-orang Shalih, para Auliya, dan para Nabi.
Untuk mendapat Puasa Khawasul Khawas kita perlu ada persediaan menjelang Ramadhan paling utama adalah mengulang kaji ilmu puasa Ramadhan dengan membaca kitab-kitab dan hadir ke majlis ilmu di surau dan masjid. Antara majlis menjelang Ramadhan yang tidak boleh terlepas adalah sessi ilmu bersama Ustaz Nouman Ali Khan pada 8.30 pm, 26/6/2014 di Dataran Ilmu Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Mohon pembaca sebarkan maklumat ini kepada semua sahabat melalui sosial media kerana lokasi ini boleh memuatkan lebih 5 ribu pengunjung. Jangan ambil mudah bersangka kita tahu semua ilmu puasa Ramadhan sehingga kita tidak memperolehi nikmat sebenar Ramadhan di dunia dan akhirat.
Selain melipat gandakan amalan di siang dan malam hari apa kata Ramadhan tahun ini kita azam untuk memberi makan setiap hari kepada yang berbuka puasa biar pun hanya seorang. Kepada yang tahu fadilat memberi makan kepada yang berbuka puasa pasti buka seorang tetapi akan berusaha untuk memberi seramai mungkin yang termampu setiap hari.
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)
[box]Peluang Menaja Berbuka Puasa Pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur Muar
Tuan/puan boleh pilih untuk menaja Pelajar atau Hari. Kiranya seperti berikut :
1. Pelajar : RM7 sehari untuk 1 pelajar x 27 hari = RM189 jadi kalau ambil 10 orang pelajar RM189 x 10 = RM1890
2. Hari : RM7 x 250 pelajar madrasah = RM1750 sehari jadi kalau nak menaja 5 hari RM1750 x 5 = RM8,750
Sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank Ustaz Nur Effendy (Noehas.com), no akaun 151043978127 dan sila maklumkan melalui sms/wassap kepada Ustaz Firdaus 0176984640.[/box]
Dengan ilmu yang banyak di dada inshaa Allah kita juga dapat mengurangkan kesalahan-kesalahan sewaktu berbuka puasa yang kekadang kita lakukan tanpa sengaja. Jangan lupa ulangkaji bacaan dan niat berpuasa bulan Ramadhan bersama anak-anak kerana kekadang mereka terlupa.
Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWTmemberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.
Mari kita bersama-sama berdoa semuga ALLAH pilih kita semua untuk mendapat nikmat Ramadhan 2014 dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
165 Comments
Terima kasih, jangan berhenti berbagi, sharing terus ilmunya bang. wassalam
Curahan rasa Maros Big Fair 2014 @ ..Beberapa Hal Yang Menarik Pada Event Maros Big Fair 2014
Terima kasih kunjungannya sahabat dari jauh, InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Pasang niat awal2 untuk bersedeqah agar kita mampu memberi lebih daripada biasa di bulan yang mulia ini.
Curahan rasa ustazahain @ ..Muat Turun Soalan / Instrumen Bahan Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT3 ) bagi Mata Pelajaran Sejarah dan Geografi 2014.
terima kasih ustazah, bila pasang niat awal dah dicatit amalanya…
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
Ramadhan tiba lagi…tak sabar da rasanya menunggu bulan Ramadhan tiba…masa untuk memperbanyakkan amalan…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Kek Secret Recipe Percuma
Kejap je masa sehari sehari ye.. Ramadhan menjelang lagi..
Curahan rasa Yana @ ..Terlalu Kurus Risiko Pelbagai Penyakit
Kejap je masa sehari sehari.. Ramadhan bakal menjelang lagi..
insyaallah sama2 kita memperbanyakkan sedekah
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton Vietnam @ ..2 Tips Memilih Kain Cotton
tak sabar nk puasa. ^_^
Curahan rasa fyna @ ..Entri Blog Yang Sesuai Untuk Bulan Ramadhan
tak ada pengalaman melihat anak bulan lagi
Curahan rasa suri @ ..Jom Hadapi Migren Dengan Mudah
bulam sabit biasa tengok, anak bulan belum pernah lagi, kena pakai teropong khas.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
hahhaha 😀 Lihatnya pake kain tipis yah
Curahan rasa Maros Big Fair 2014 @ ..Beberapa Hal Yang Menarik Pada Event Maros Big Fair 2014
Beruntung bagi mereka yang dapat menemui Ramadhan lagi dan memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Curahan rasa Ahmad Albab @ ..KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN EPISOD 17
mudahan kita semua pun berkesempatan kali ni…
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
Sama-sama kita manfaatkan kemuliaan Bulan Ramadhan
Curahan rasa brohantu @ ..BX Jointed Minnow Gewang Terkini Rapala
debaran makin terasa saat ini.rasa tak sabar sungguh-sungguh
Curahan rasa suri @ ..Cara Kukuh Menjahit Butang Baju Empat Lubang
samalah, tak sabar juga ni…heee. harap kita semua berjaya tempuh Ramadhan tahun ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Kehadiran Ramadhan usah dipersia-siakan. Peluang terbaik untuk kita nak tambah saham akhirat. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
manfaatkan masa dengan sebaiknya untuk mengejar ganjaran yang amat besar.
Curahan rasa Denaihati @ ..BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia
Alhamdulillah.. Lebih mudah kita beramal sekarang.. Banyak saluran yang disediakan..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ovarian Cyst Yang Menjejaskan Kesuburan Dan Rawatannya
kalau kita nak buat mudah sungguh memetik pahalakan
Curahan rasa suri @ ..Cara Mudah Membuat Cucur Pisang Buntal
biasanya memang banyak, kalau kat masjid tempat sendiri pun macam-macam ada, contohnya sponsor untuk berbuka puasa juga. kalau spnsor untuk Pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur Muar pun tak kurang baguanys.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
Antara ganjaran besar yang dijanjikan oleh Allah pada bulan Ramadhan adalah dengan melakukan sedekah. Amalan ini memang dituntut
Bagusss
http://metrobestmom.blogspot.com
Macam-macam saluran sedekah ni sebenarnya, yang penting kita berjaya laksanakan.
Curahan rasa Denaihati @ ..BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia
Kena ikut syarat seperti di atas ke atau boleh ikut keikhlasan diri. Contohnya nak menaja RM7x10 pelajar sahaja ?
Nak menyumbang seikhlas hati pun boleh juga tetapi niat nak menaja seorang pelajar setiap hari untuk 27 hari puasa akan tak tercapai. Kalau tuan nak menaja RM7 x 10 bermakna tuan menaja 10 pelajar untuk sehari pun boleh juga. Ini semua matematik sahaja yg penting niat yg ikhlas.
Curahan rasa denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
duh sungguh tak suka subjek yang satu ini, tapi itulah ilmu bila pelajari sampai bila-bila kita akan gunakannya hatta dalam kehidupan seharian pun
Curahan rasa suri @ ..Ceritera Jahit Sambil Menari Dan Limau Terperuk
Sekarang dah mudah Suri..guna calculator jer tak perlu nak mencongak..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
inilah peluang untuk kita mencari pahala dan keredhaan Allah SWT..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Buku Mengubati Jiwa Yang Resah
sama-sama kita manfaat sebaiknya peluang yang ada dibulan puasa ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
Comments are closed.