Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa 2014 adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban di lokasi melihat anak bulan yang telah ditetapkan. Kepada pembaca yang belum mengetahui bagaimana cara tarikh permulaan puasa Ramadhan ditentukan sila baca entri “Tempat melihat anak bulan dan sejarahnya“.
Terkini : Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan 1 Ramadhan 1435H/2014 jatuh pada 29/6/2014.
Ramadhan adalah bulan yang terlalui istimewa kepada semua umat Islam kerana di dalamnya terdapat berbagai kehebatan terutamanya malam Lailatul Qadar yang menjadi impian kepada semua. Persiapan yang rapi perlu dibuat untuk menghadapi Ramadhan supaya bulan yang hebat ini tidak berlalu begitu sahaja seperti bulan-bulan yang lain. Dengan persediaan yang rapi semuga kita memperolehi puasa Khawasul Khawas iaitu puasanya orang-orang Shalih, para Auliya, dan para Nabi.
Untuk mendapat Puasa Khawasul Khawas kita perlu ada persediaan menjelang Ramadhan paling utama adalah mengulang kaji ilmu puasa Ramadhan dengan membaca kitab-kitab dan hadir ke majlis ilmu di surau dan masjid. Antara majlis menjelang Ramadhan yang tidak boleh terlepas adalah sessi ilmu bersama Ustaz Nouman Ali Khan pada 8.30 pm, 26/6/2014 di Dataran Ilmu Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Mohon pembaca sebarkan maklumat ini kepada semua sahabat melalui sosial media kerana lokasi ini boleh memuatkan lebih 5 ribu pengunjung. Jangan ambil mudah bersangka kita tahu semua ilmu puasa Ramadhan sehingga kita tidak memperolehi nikmat sebenar Ramadhan di dunia dan akhirat.
Selain melipat gandakan amalan di siang dan malam hari apa kata Ramadhan tahun ini kita azam untuk memberi makan setiap hari kepada yang berbuka puasa biar pun hanya seorang. Kepada yang tahu fadilat memberi makan kepada yang berbuka puasa pasti buka seorang tetapi akan berusaha untuk memberi seramai mungkin yang termampu setiap hari.
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)
[box]Peluang Menaja Berbuka Puasa Pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur Muar
Tuan/puan boleh pilih untuk menaja Pelajar atau Hari. Kiranya seperti berikut :
1. Pelajar : RM7 sehari untuk 1 pelajar x 27 hari = RM189 jadi kalau ambil 10 orang pelajar RM189 x 10 = RM1890
2. Hari : RM7 x 250 pelajar madrasah = RM1750 sehari jadi kalau nak menaja 5 hari RM1750 x 5 = RM8,750
Sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank Ustaz Nur Effendy (Noehas.com), no akaun 151043978127 dan sila maklumkan melalui sms/wassap kepada Ustaz Firdaus 0176984640.[/box]
Dengan ilmu yang banyak di dada inshaa Allah kita juga dapat mengurangkan kesalahan-kesalahan sewaktu berbuka puasa yang kekadang kita lakukan tanpa sengaja. Jangan lupa ulangkaji bacaan dan niat berpuasa bulan Ramadhan bersama anak-anak kerana kekadang mereka terlupa.
Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWTmemberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.
Mari kita bersama-sama berdoa semuga ALLAH pilih kita semua untuk mendapat nikmat Ramadhan 2014 dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
165 Comments
Sangat menarik dan aktual. Akan selalu ditunggu informasi yang up todate. Biar tambah lagi pembaca yang masuk ke tempat anda, selamat dan sukses.
Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing Manis
semakin ramai yang masu ke sini, semakin ramai dapat manfaat. info persediaan bulan ramadhan ini salah satu contohnya. memang bermanfaat
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Ya betul tu tuan faizal. Dengan baca blog tuan DH ini, sedikit sebanyak saya dapat ilmu yang baru.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Alhamdulillah,hari ini dah masuk hari pertama Ramadan
Curahan rasa wazy @ ..Selamat Menyambut Ramadan 2014 1435 Hijrah
InsyaAllah. Moga-moga ramai yang mahu menolong anak-anak ini……….
Curahan rasa Qashmere @ ..Ramadhan 2014 Tiba Lagi
Ramadhan dah tiba. Jom kita teruskan dgn mencari redha Allah…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Rebut Hikmah Ramadhan & Selamat Berpuasa!
kita tunggu pengmuman malam ni
Curahan rasa brohantu @ ..Jadual Air Pasang Surut
Semoga Allah panjangkan umur kita untuk sama-sama menghayati dan memperoleh berkat bulan Ramadhan nanti.
Curahan rasa myliferia @ ..Benarkah Susu Ibu Boleh Tercemar?
perbanyakkan amalan yang menfaat di Bulan yang Mulia ini
Curahan rasa brohantu @ ..Jadual Air Pasang Surut
Ya. Moga bulan ini menjadi pemangkin untuk kita terus meningkatkan amal pada bulan-bulan yang lain juga.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Semoga Ramadhan tahun ini Ramadhan yang terbaik untuk kita..
sama sama lah kita berusaha untuk memanfaatkan bulan Ramadhan sebaiknya. 🙂
Curahan rasa lina @ ..My Tuesday Is
Bulan puasa .. akan banyak yang tawarkan Buffet Ramadhan .. malah hotel2 pun ada, jadi umat Islam kena hati2 dan pilih mana yang benar-benar kena, kalau boleh mesti ada sijil halal Jakim baru yakin.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
masak sendiri lebih menjimatkan..
Curahan rasa brohantu @ ..Jadual Air Pasang Surut
Subhanallah…. nikmat di bulan ramadhan itu emang bener2 ajibb deh
Curahan rasa Jual Makanan Olahan Dari Ikan @ ..Jual Film
sekejap je rasa… tau2 dah nak masuk Ramadhan kan
Curahan rasa eyra @ ..Ulu Yam Di Liverpool – Aku Bukan Mat Salih Celup!
indah bulan bakal tiba rasa nak melonjak sambil titiskan air mata. harap saya moga ini pelung terbaik dekat lebih diri dari Maha Kaya
Curahan rasa suri @ ..KECEMASAN !! Menjadi Sebuah Mimpi Yang Buruk
Semoga amalan kita di bulan ramadhan nnti ada yang lebih baik drp tahun2 sebelumnya. ameen
Curahan rasa eXplorasa @ ..Popia Premium Simpul Kasih Memang Best
Jom persiapkan diri utk berpesta ibadat di bulan ramadhan ini
Curahan rasa sohoque @ ..Kipas Susah Mati Germany
berbuka dab berkongsi makanan bersama orang lain sungguh tak dapat pada bualn lain kecuali masa bulan ramdan sahaja
Curahan rasa suri @ ..Zikir Indah Tidurlah Duhai Anakku
Jom lah menaja sekali untuk untuk Berbuka Puasa Pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur Muar…
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
Selamat menunaikan ibadah puasa bagi yang muslim,..
Curahan rasa jaerul @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
agar kita di kurniakan kesihatan yang baik hendaknya ya. amin.
Curahan rasa suri @ ..Rukun Talak : Lafaz Sarih, Lafaz Kinayah
selamat menunaikan ibadah piasa pada satu dunia umat islam.
Curahan rasa Denaihati @ ..BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia
Comments are closed.