Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas Maghrib pada 31/7/2011 sememangnya ditunggu oleh semua rakyat 1Malaysia untuk pengetahui tarikh sebenar berpuasa. Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Sejarah amalan merukyah atau melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal telah bermula di Malaysia sejak tahun 1933. Kalau nak baca sejarah boleh review balik entri tahun lepas @ link, bagus juga baca untuk tambah ilmu pengetahuan tak lah pening bila anak tanya nanti.
Ramadhan ini bulan kita, umat Rasulullah SAW yang sangat ditunggu untuk mereka yang mengejar ALLAH SWT kerana berbagai ganjaran disediakan. Ramadhan adalah Madrasah Realiti yang mendidik jiwa manusia untuk jadi lebih dekat dengan ALLAH SWT. Tapi jangan tak percaya Ramadhan juga menjadi Neraka kepada yang jauh dengan ALLAH SWT kerana kebebasan untuk makan terhalang. Bagi mereka Ramadhan ini sangat menyusahkan, mungkinkah mereka ini ada disekeliling kita, teman dan rakan rapat kita. Apa yang perlu kita buat? Berdoalah semuga ALLAH SWT berikan Hidayah kepada mereka ini.
Tarikh melihat anak bulan puasa 1432H kelihatan sudah hampir. Berdoalah kepada ALLAH SWT semuga kita dipilih menjadi salah seorang yang dapat beribadah dalam bulan mulia bulan Ramadhan 1432H kerana pasti ramai yang ALLAH SWT akan ambil nyawanya menjelang Ramadhan. Doalah semuga kita bukan antara yang ALLAH SWT ambil nyawanya.
Tempat melihat anak bulan Ramadhan :
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga – BERNAMA.
1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1/8/2011.
78 Comments
semoga Ramadhan kali ini ada kebaikan untuk kita semua 😉
Curahan rasa Kamil ace @ ..Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan
Semoga Allah memanjangkan usia kita untuk menikmati Bulan Ramadan yang pernuh barakah.
Curahan rasa SyahmiShaarani @ ..Ramadan, bersediakah kita?
Cpt benar masa berlalu, Ramadhan kini muncul kembali, Selamat Berpuasa…..semua. Semoga puasa kamu diterima Allah.
semoga puasanya lancar, dapat rahmt dari allah swt
Curahan rasa luthfi @ ..Meriahkan pesta ulang tahun bersama GarudaFood
Tidak lama lagi bulan puasa dah..
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN YANG MULIA.TEMPOHI DENGAN SIFAT KESABARAN DARI KEIMANAN YANG TULIN.MEREKA YANG BERIMAN AKAN BERGEMBIRA MENYAMBUT KEDATANGA BULAN RAMDHAN AL MUBARAK.PENGISIAN BULAN INI DI SAMBUT DENGAN PENUH BERKAT.SEMOGA KITA SEMPAT MENUNAIKANNYA.WASSALAM
Dah dekat puasa rupanya.. bulan nak topup ubadat banyak2 ni.. banyak keberkatan..
Curahan rasa Azham Zanal @ ..Senarai Negara PATI Yang Dibenarkan Memohon Pemutihan Mengikut Sektor
Marhaban ya Ramadhan,smoga kiranya bulan puasa ini kita semua diberikan kekuatan untuk menjalaninya,amiin..
arrayah.info – Lokasi Lihat Anak Bulan Bukan Rujuk Hanya di Malaysia Sahaja
rasa macam baru ja berpuasa tahun lepas, sungguh cepat masa berjalan ye.. selamat berpuasa pada semua muslimin dan muslimat..
akhirnya datang jga bulan yang di nanti…
Marhaban Ya Ramadhan
Nak pergi tengok jugak lah
Comments are closed.