Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa 2014 adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban di lokasi melihat anak bulan yang telah ditetapkan. Kepada pembaca yang belum mengetahui bagaimana cara tarikh permulaan puasa Ramadhan ditentukan sila baca entri “Tempat melihat anak bulan dan sejarahnya“.
Terkini : Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan 1 Ramadhan 1435H/2014 jatuh pada 29/6/2014.
Ramadhan adalah bulan yang terlalui istimewa kepada semua umat Islam kerana di dalamnya terdapat berbagai kehebatan terutamanya malam Lailatul Qadar yang menjadi impian kepada semua. Persiapan yang rapi perlu dibuat untuk menghadapi Ramadhan supaya bulan yang hebat ini tidak berlalu begitu sahaja seperti bulan-bulan yang lain. Dengan persediaan yang rapi semuga kita memperolehi puasa Khawasul Khawas iaitu puasanya orang-orang Shalih, para Auliya, dan para Nabi.
Untuk mendapat Puasa Khawasul Khawas kita perlu ada persediaan menjelang Ramadhan paling utama adalah mengulang kaji ilmu puasa Ramadhan dengan membaca kitab-kitab dan hadir ke majlis ilmu di surau dan masjid. Antara majlis menjelang Ramadhan yang tidak boleh terlepas adalah sessi ilmu bersama Ustaz Nouman Ali Khan pada 8.30 pm, 26/6/2014 di Dataran Ilmu Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Mohon pembaca sebarkan maklumat ini kepada semua sahabat melalui sosial media kerana lokasi ini boleh memuatkan lebih 5 ribu pengunjung. Jangan ambil mudah bersangka kita tahu semua ilmu puasa Ramadhan sehingga kita tidak memperolehi nikmat sebenar Ramadhan di dunia dan akhirat.
Selain melipat gandakan amalan di siang dan malam hari apa kata Ramadhan tahun ini kita azam untuk memberi makan setiap hari kepada yang berbuka puasa biar pun hanya seorang. Kepada yang tahu fadilat memberi makan kepada yang berbuka puasa pasti buka seorang tetapi akan berusaha untuk memberi seramai mungkin yang termampu setiap hari.
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)
[box]Peluang Menaja Berbuka Puasa Pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur Muar
Tuan/puan boleh pilih untuk menaja Pelajar atau Hari. Kiranya seperti berikut :
1. Pelajar : RM7 sehari untuk 1 pelajar x 27 hari = RM189 jadi kalau ambil 10 orang pelajar RM189 x 10 = RM1890
2. Hari : RM7 x 250 pelajar madrasah = RM1750 sehari jadi kalau nak menaja 5 hari RM1750 x 5 = RM8,750
Sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank Ustaz Nur Effendy (Noehas.com), no akaun 151043978127 dan sila maklumkan melalui sms/wassap kepada Ustaz Firdaus 0176984640.[/box]
Dengan ilmu yang banyak di dada inshaa Allah kita juga dapat mengurangkan kesalahan-kesalahan sewaktu berbuka puasa yang kekadang kita lakukan tanpa sengaja. Jangan lupa ulangkaji bacaan dan niat berpuasa bulan Ramadhan bersama anak-anak kerana kekadang mereka terlupa.
Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWTmemberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.
Mari kita bersama-sama berdoa semuga ALLAH pilih kita semua untuk mendapat nikmat Ramadhan 2014 dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
165 Comments
Alhamdullilah ramadhan akan tiba dalam masa 4hari lagi, masa kita untuk tumpu kepada ibadat dan tambah pahala sebanyak- banyaknya insyaallah…
Curahan rasa Kereta Sewa Selangor & KL @ ..Info Kereta Sewa – Senarai Harga Kereta Sewa
4 hari memang sekejap je nanti. sama-sama kita manfaat peluang yang ada dibulan puasa.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Semoga bertambah pahal dan berkat di bulan mulia itu nanti. Denaihati Network tak buat majlis berbuka puasa dan solat terawih blogger ke tahun ini?
Curahan rasa Ismail N @ ..World Cup 2014 Top Scorer
mudahan diberikan kesempatan tahun ni, InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
Semoga dapat bertemu Ramadhan. Rindu dengan ramadhan. Semoga dapat memasuki Universiti ramadhan dan graduate dengan baik.
Suasana ramadhan tu lain rasanya.
Semoag bro dipemudahkan dan mendapat keberkatannya nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
bln yg penuh keberkatan hmpir menjelma lg.. bila tgk pic mkn beramai ramai tu.. teringat masa zaman bljr dulu..
Curahan rasa jiesusanos @ ..Hitam, Putih Dan Simple
zaman belajar, kalau tak berbuka kat asrama/rumah sewa/masjid, kat gerai je…tapi tak kurang meriahnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
Zaman belajar kat KL dulu hampir sebulan jugalah berbuka di masjid..sungguh meriah.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
macam tak perasan dah sampai ramadhan tahun ni..semoga diberikan kekuatan untuk kita semua.
memikirkan keadaan saya berbuka puasa dengan bayi 4 bulan.
excited nak makan bubur lambuk
Curahan rasa tutyrahiza @ ..Kulit Kusam Jadi Berseri Dengan Produk Penjagaan Muka Terbaik
memang tak terasa dah sampai Ramadhan semula. agak mencabar bagi anak menyusu badan, semoga dipermudahkan nanti yer.
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
Semoga diberi kesempatan untuk ramadhan yang akan datang nie…
kena ada azam nie…
Curahan rasa fazrol @ ..Jom join ID workshop dan Digital Sofa Maker Contest!
Semoga kita semua diberi kesempatan dariNya, InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Ramadhan tahun ini diharapkan akan lebih baik dari yang lepas-lepas. Banyak yang perlu direbut ketika Ramadhan kerana keberkatannya. Laparnya adalah lain dari lapar yang biasa kita rasa…keletihannya juga adalah lain dari keletihan yang biasa…semua itu mempunyai nilai yang hebat di sisi Allah.
Nampaknya ambe tak dapat lagi merasa nikmatnya Qiam bersama ayah mertua kerana beliau sudahpun meninggal dunia pada hari raya puasa yang kedua tahun lepas.
Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua team Denaihati yer.
Curahan rasa mohdridzwan @ ..Lelaki Berkahwin Lebih Berkarisma
Al-Fathiah buat ayah mertua bro. Selamat menyambut Ramadhan pada bro juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
Ramadhan kesempatan buat saya bertaubat dan meningkatkan iman dan berharap ampunan kepada Allah Swt. Marhaban Ya Ramadhan
Bulan Ramadan ini melimpah ruah dengan keberkatan, keampunan dan janji terlepas daripada api neraka.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
Sabar menanti Ramdhan yang bakal tiba..Moga diberi kesempatan 🙂
Mudah-mudahan kita semua diberikan kesempatan dariNya, InsyaAllah
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
in sya allah sudah bersedia …
semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan jangan lupa juga pada mereka yang kurang berkemampuan ..
p/s : teringan arwah abg jai – Al-Fatihah ..
Curahan rasa namiacinta @ ..Menjadi Kanak-Kanak Riang
sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah pada sahabat kita, arwah jejai.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
InsyaAllah dah ready. tak sabar nak teraweh. mudah-mudahan panjang umur untuk sama-sama menyambut bulan mulia ni 🙂
Curahan rasa Lizz @ ..Boleh Kaya Ke Menabung Dengan 3 Tabung Ni?
Aminnn. mudahan kita semua berkesempatan berRamadhan kali ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
Ramadhan just around the corner. Dengar di radio ikim tempoh hari, ustaz ckp kita perlu buat perancangan, apa yg kita nk buat sepanjang Ramadhan dr awal lg, sblm masuk bulan Ramadhan. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 🙂
Curahan rasa Sya Isya @ ..KOLEKSI BAJU RAYA 2014 | BAJU KURUNG MALAYSIA (MINI KURUNG) CANTIK
tu lah perancangan yang baik/berjaya merancang insyaAllah hasilnya pun lebih keberkatannya. jom buat salah satu perancangan dengan menaja anak-anak Madrasah Tahfiz An Nuur Muar.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
sudah semakin hampir, persediaan perlu dilakukan kini bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia
Curahan rasa myrujukan @ ..Enable Cloudflare Serverfreak Untuk Kelajuan Blog Maksimum
mesti kena buat ulangkaji supaya dapat buat yang terbaik untuk keredhaannya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
Di Indonesia telah diumumkan resmi oleh salah satu ormas Islam (Organisasi Masyarakat) Muhammadiyah bahwa pelaksanaan mulai berpuasa Ramadhan 1435 H tahun 2014 ini akan dimulai pada hari sabtu 28 Juni 2014 ini.
Sedangkan pemerintah akan melakukan sidang isbat pada hari Jumat untuk menentukan awal Ramadhan tahun 2014.
kemingkinan perbedaan menjalankan puasa awal ramadhan akan terjadi di Indonesia, akan tetapi Hari Raya Idul Fitri akan bersamaan Insya Allah Senin 28 Juli 2014.
Yang terpenting semoga kita bisa menjalankan amalan-amalan di bulan Ramadhan tahun ini jauh lebih baik daripada tahun tahun sebelumnya aamiin…aamiin
Curahan rasa Hamizan @ ..Penetapan 1 Ramadhan Dan 1 Syawal 1435 H
ya, ada kemungkinan Indonesia puasa awal sehari dari Malaysia, cuma tarikh melihat anak bulan semestinya sama, 27Jun, Jumaat. Hari Raya sama lebh meriah sebab ramai warga Indonesia beraya disini.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Semoga ramadan tahun ini akan lebih diberkati dari ramadan sebelumnya.. aminn…
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Ayam Kampung Malaysia
Aminn. sama-sama kita ulangkaji sikit-sikit supaya melengkapan apa yang kurang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
Comments are closed.