Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa 2014 adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban di lokasi melihat anak bulan yang telah ditetapkan. Kepada pembaca yang belum mengetahui bagaimana cara tarikh permulaan puasa Ramadhan ditentukan sila baca entri “Tempat melihat anak bulan dan sejarahnya“.
Terkini : Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan 1 Ramadhan 1435H/2014 jatuh pada 29/6/2014.
Ramadhan adalah bulan yang terlalui istimewa kepada semua umat Islam kerana di dalamnya terdapat berbagai kehebatan terutamanya malam Lailatul Qadar yang menjadi impian kepada semua. Persiapan yang rapi perlu dibuat untuk menghadapi Ramadhan supaya bulan yang hebat ini tidak berlalu begitu sahaja seperti bulan-bulan yang lain. Dengan persediaan yang rapi semuga kita memperolehi puasa Khawasul Khawas iaitu puasanya orang-orang Shalih, para Auliya, dan para Nabi.
Untuk mendapat Puasa Khawasul Khawas kita perlu ada persediaan menjelang Ramadhan paling utama adalah mengulang kaji ilmu puasa Ramadhan dengan membaca kitab-kitab dan hadir ke majlis ilmu di surau dan masjid. Antara majlis menjelang Ramadhan yang tidak boleh terlepas adalah sessi ilmu bersama Ustaz Nouman Ali Khan pada 8.30 pm, 26/6/2014 di Dataran Ilmu Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Mohon pembaca sebarkan maklumat ini kepada semua sahabat melalui sosial media kerana lokasi ini boleh memuatkan lebih 5 ribu pengunjung. Jangan ambil mudah bersangka kita tahu semua ilmu puasa Ramadhan sehingga kita tidak memperolehi nikmat sebenar Ramadhan di dunia dan akhirat.
Selain melipat gandakan amalan di siang dan malam hari apa kata Ramadhan tahun ini kita azam untuk memberi makan setiap hari kepada yang berbuka puasa biar pun hanya seorang. Kepada yang tahu fadilat memberi makan kepada yang berbuka puasa pasti buka seorang tetapi akan berusaha untuk memberi seramai mungkin yang termampu setiap hari.
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)
[box]Peluang Menaja Berbuka Puasa Pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur Muar
Tuan/puan boleh pilih untuk menaja Pelajar atau Hari. Kiranya seperti berikut :
1. Pelajar : RM7 sehari untuk 1 pelajar x 27 hari = RM189 jadi kalau ambil 10 orang pelajar RM189 x 10 = RM1890
2. Hari : RM7 x 250 pelajar madrasah = RM1750 sehari jadi kalau nak menaja 5 hari RM1750 x 5 = RM8,750
Sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank Ustaz Nur Effendy (Noehas.com), no akaun 151043978127 dan sila maklumkan melalui sms/wassap kepada Ustaz Firdaus 0176984640.[/box]
Dengan ilmu yang banyak di dada inshaa Allah kita juga dapat mengurangkan kesalahan-kesalahan sewaktu berbuka puasa yang kekadang kita lakukan tanpa sengaja. Jangan lupa ulangkaji bacaan dan niat berpuasa bulan Ramadhan bersama anak-anak kerana kekadang mereka terlupa.
Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWTmemberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.
Mari kita bersama-sama berdoa semuga ALLAH pilih kita semua untuk mendapat nikmat Ramadhan 2014 dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
165 Comments
siapa belum ganti..rajin-rajinlah ganti cepatt..
Curahan rasa titan @ ..14 Teknik Segera untuk dapat trafik yang CONVERT sales.
masih ada masa kecederaan untuk buat puasa ganti….
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
memang besar fadhilat memberi makan kepada orang berbuka..sebab tu kalau orang yang berpuasa di mekah tidak perlu kisah tentang juadah berbuka kerana ramai orang berpusu-pusu bersedekah
Curahan rasa faizal @ ..Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Ya, di negara kita pun ada banyak cara, salah satunya jomlah Menaja Berbuka Puasa Pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur Muar.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
Pejam celik pejam celik Ramadhan dah nak menjengah..Alhamdulillah.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
dengan 5 hari lagi, kita mantapkan persediaan kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
Insha Allah.. bertemu lagi ramadan yang mulia ini.. moga kita sama-sama menjalani ibadah dengan jayanya…
Curahan rasa KiD @ ..Penipuan Alam Siber
Aminn. mudahan kita semua sempat bertemu ramadhan kali ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
terima kasih atas informasinya
Sama-sama. mudahan kita mendapat manfaatnya dalam menempuh Ramadhan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
Selamat berpuasa. Menunggu2 tetamu besar yang akan tiba kepada kita.
Selamat berpuasa. Tetamu Yang Bernama Ramadhan yang penuh keberkatan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
Tak terasa, tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan. MARHABAN YAA RAMADHAN…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Menghasilkan Uang Melalui Blog
tinggal 5 hari saja lagi kang. biasanya Indonesia dan Malaysia mula ramadhan serentak.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
sungguh cepat masa berlalu…. Ramadhan akan tiba lagi..mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Curahan rasa ema @ ..Kerabu Maggi Thai
Memang rasanya cepat sangat Ramadhan datang lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
tak sabar rasanya nak bertemu Ramadhan …
Curahan rasa puteraduyong @ ..AYUH FAHAMI APA MAKSUD CEREBRAL PALSY
Mudahan kita semua berkesempatan untuk Ramadhan tahun ni…InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
izin berkunjung gan, artikel yang aku simak sangat bermafaat. semoga sukses selalu okey !
Silakan sahabat, mudahan kita semua mendapat manfaatnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
Moga kita beroleh manfaat dan syafaat pada Ramadhan kali ini..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Resepi Koaw Teow KUNGFU
Aminnn. mudahan ibadah Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya, insyaAllah,
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
X sabar dah nk puasa ni..
Curahan rasa weschairs @ ..Heartbleed (bahaya heartbleed)
semakin terasa keronokan ramadhan bila makin dekat…
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
Bulan Ramadhan bakal kembali lagi..Jom pakat2 extrakan kita punya amalan..In shaa allah..terima kasih Bro DenaiHati atas perkongsian seterusnya memberi peringatan kepada semua…Allah Zidka Khaira 😉
Curahan rasa montana @ ..Harga Petrol Turun
Jom lah menaja berbuka puasa Pelajar Madrasah Tahfiz An Nuur Muar…
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Ramadhan yang sentiasa dinantikan. Bulan yang penuh keberkatan. Insha Allah ingin memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan kali ini.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Pemenang Mini Giveaway Cash RM150 MrJocko
Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dan kenikmatan Ramadhan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
Dekat dah nak Puasa. Tak sabar rasanya nak tengok kemeriahan masjid di bulan Ramadhan ni.
Curahan rasa Ammar @ ..Punca Kekalahan Sepanyol dalam Piala Dunia 2014 Terbongkar
Biasanya minggu pertama biasanya ramai orang, melimpah ruah macam sembahyang Jumaat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarikh Bermula Ramadhan 2014 sudahkah bersedia
Minggu yg last2 tuh biasanya semua dah sibuk2 dengan persiapan raya dan ada yg dah pulang ke kampung halaman..time nih biasanya surau & masjid kat kampung pulak melimpah ruah..hehe..in sha Allah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
Comments are closed.