Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
20 November tarikh keramat yang sentiasa akan diingat selagi nyawa dikandung badan. Permulaan 20 November ini bukan mudah seperti yang pernah dikongsikan dalam entri “pengorbanan seorang wanita“. Bukan semua wanita mampu melalui perjalanan hidup yang susah apabila mereka mempunyai pilihan yang lebih baik untuk keseronokan dunia apatah lagi kepada wanita yang mempunyai kerjaya dengan pendapatan ribuan ringgit.
Suami tak ikut cakap boleh jalanlah sebab dia ada pendapatan yang tinggi untuk menampung hidup dunia tanpa perlu melutut pada suami tapi wanita di sisi aku bukan begitu.
Ketika kawan-kawan merungut dengan berbagai masalah rumah tangga yang terlalu besar mereka rasakan, aku bersyukur dengan kehilangan anak sulong pergi untuk selamanya menjadi tetamu Allah lebih awal menjadi ingatan kepada aku dan isteri. Keperitan ketika kehilangan anak pertama pada 18 Mei hanya tuhan dan mereka yang pernah melalui dapat merasai tetapi hari ini keperitan itu menjadi ubat penyembuh berbagai penyakit hati.
Hari ini apabila Allah menguji dengan berbagai ujian pasti keperitan di awal perkahwinan dan kehilangan anak sulong akan menjadi pemujuk hati. Ujian tidak pernah akan lekang dari kehidupan manusia kerana itu janji Allah kepada hamba-NYA yang terpilih. Kami tidak pernah mengeloh dengan apa juga ujian ALLAH kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya apabila kita redho dan ikhlas menghadapi.
Jangan lari dari masalah kerana masalah akan terus menghambat kita dari belakang. Terima masalah dan ujian seadanya dengan redho dan tunggu ujian yang lain tetapi jangan lupa sentiasa berdoa semuga ALLAH memberi ujian yang termampu oleh kita sahaja.
Ada yang tanya bagaimana boleh bertahan bersahabat dan hidup bersama selama 25 tahun. Jangan kata kami tak pernah bergaduh, bermasam muka malah berkata kasar (terutamanya aku lah tu) … semua itu asam garam berumah tangga yang menjadikan kita lebih matang seiring dengan usia.
Tips rumah tangga yang paling penting yang kami amalkan adalah jangan merasa suami atau isteri itu milik kita sehingga dunia ini terlalu sempit. Suami atau isteri adalah milih ALLAH itu yang mesti kita sematkan dalam hati barulah terasa dunia ciptaan ALLAH sangat luas.
Dengan rasa suami bukan milih nya itu yang bolehkan aku mengembara keseluruh pelosok dunia melihat dunia ciptaan ALLAH. Aku juga bebas buat apa sahaja selagi ianya mengikut syariat Islam dan tak kurang selalu juga isteri menegur kalau dia melihat aku terlecong dari jalan yang lurus.
Biasalah bila kena tegur merah jugalah telinga tetapi bila difikir-fikirkan memang betul setiap teguran yang diberi pasti aku akan perbetulkan alignment diri. Sifat isteri yang tidak mengongkong adalah antara sebab kami masih kekal hingga sekarang walaupun melalui berbagai ujian. Sifat mengongkong akan hanya ada apabila kita merasai suami atau isteri itu milik kita.
Belum tentu suami yang sentiasa berada di depan mata menjadikan rumah tangga itu lebih bahagia. Bila isteri bagi kebebasan jangan pulak suami ambil kesempatan buat perkara tak baik. Pesanan Imam Syafie pasti boleh dijadikan pertunjuk.
[box type=”shadow”]Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat #
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah,
engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan dijinakkan # Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya # nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan # Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya # dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas. – Imam Syafie [/box]
Jangan mengharap kebahagian berumah tangga tapi carilah kebahagian dengan mengamalkan amalan yang telah ditunjukan oleh ALLAH. Hadapi setiap ujian berumah tangga dengan tulus dengan menjadi suami yang bertanggungjawab seperti telah digariskan oleh Al Quran dan menjadi isteri yang terbaik kepada suami.
ALLAH tidak pernah kejam pada hambanya kerana apabila kita sudah menjadi terbaik kepada pasangan pasti kita tidak dipersiakan. Kalau hari ini kita rasa dipersiakan oleh pasangan kita cubalah muhasabah apa kesilapan yang telah kita lakukan sebelum menyalahkan pasangan kita. Selagi bernyawa belum terlambat untuk memperbaiki diri untuk menjadi terbaik kepada pasangan dan paling penting yang terbaik di sisi ALLAH SWT.
[box type=”shadow”]Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). – Surah Al-Mulk ayat 15 [/box]
Memang benar pepatah Melayu “Susah-susah dahulu senang-senang kemudian” biar kita susah di dunia tapi senang di akhirat. Semuga kami terus dapat melayari bahtera kehidupan walaupun dirempoh badai dan taufan.
124 Comments
Betul kata tuan… tidak semestinya jika di depan mata semuanya bahagia… Pokok pangkalnya adalah hati masing-masing…Ilmu agama perlu ada bagi mengukuhkannya.. Namun kita masih ada Allah tempat bergantung….
Curahan rasa Nursimatun @ ..Bahaya Demam Di awal Kehamilan
wawa sangat tertarik dengan ayat ini jangan mengharap kebahagian berumah tangga tapi carilah kebahagian dengan mengamalkan amalan yang telah ditunjukan oleh ALLAH.
Antara kunci kebahagiaan dalam rumah tangga ialah mengamalkan amalan yang diperintahkan oleh Allah. Kerana DIA yang menentukan jalan hidup kita.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Alahmdulillah, Terima kasih di atas nasihat yang begitu bermanfaat kepada suami isteri diluar sana.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
memang sangat menarik artikel ni..bermanfaat untuk kita kerana setiap masalah ada penyelesaiannya dan setiap kejadian pasti ada hikmahnya
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Benar apa yang tuan denanihati katakan. Jika kita cinta Allah…InsyaAllah semua orang akan mencintai kita. Jika kita bahagia dgn Allah…Maka bahagialah hidup kita…. Segala-galanya kerana Allah swt.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Proton Iriz Baru (PCC) – Variant, Harga Dan Spesifikasi
Nasihat yang berguna dan bermanfaat yang dikongsikan oleh Tuan Denaihati untuk pasangan suami isteri diluar sana.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Never Lose Hope
Penulisan berdasarkan pengalaman ni. Suami isteri mana tak pernah gaduh dan berbalah mesti ada tapi semuanya boleh dikawal kalau ada sifat mengalah dan saling pujuk memujuk, Saya ucapkan semoga tuan denaihati terus bahagia bersama keluarga.
Curahan rasa adarain @ ..Breeks Cafe Di City Square Mall JB
betul tu. tk semua suami isteri sentiasa berbaik. ada hari bergaduh juga. Tapi sekiranya setiap pasangan itu saling bertolak ansur dan memahami, inshaaAllah segalanya akan pulih. Itulah manisnya dalam hubungan suami isteri. Wawa doakan semoga tuan denaihati.com sentiasa bahagia dengan keluarga sehingga kahir hayat.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
perkongsian yang berguna…kita semua akan ada maslah..tapi cuma cara kita selesaikan masalah yang menbezakan kita semua…dalam hal rumah tangga…sedangkan lidah lagi tergigit..ambil masa unutk saling memahami..bergaduh itu perkara biasa…salah satu pihak perlu tahu untuk mengalah agar tidak mengeruhkan lagi keadaan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Misi Naikkan Kembali Ranking Alexa
Nasihat yang sangat bagus untuk panduan semua.
Wan juga pernah alami situasi yang sukar dalam jangka masa 5 tahun pertama. Anak kedua wan juga meninggal di dalam kandungan yang hampir 6 bulan. Ketika itu juga ada masalah besar berlaku.
Alhamdulillah, wan berjaya harungi dengan baik hingga sekarang.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Nasihat yang berguna dari otai.. InsyaAllah apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia
Nasihat yang baik untuk diberi perhatian oleh pasangan-pasangan suami isteri di luar sana. Perkahwinan buka sesuatu yang mudah. Dan juga bukan sesuatu yang sangat susah. Kena follow ajaran Rasullulah dan al quran baru mampu menghidupkan suasana kekeluargaan yang harmoni.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
rumahtangga yg disirami dgn panduan Quran & sunnah pasti akan bahagia di jalan bahagia kan..suka tgk famili tuan DH ni..semoga terus berbahgia ye
Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Comments are closed.