Petua Hubungan Seks Ketika Hamil

Mohon maaf jika artikel ini agak menyinggung ketenteraman sesetengah pihak. Tujuan kami hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat kerana banyak trafik yang masuk ke blog ini dengan menggunakan keyword “Hubungan Seks Ketika Hamil”.

Apabila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan anda semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:

1. Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.

2. Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk di atasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat, kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

3. Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

4. Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil. Hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh, anda boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!