Blog Review : Diary Mama Pecinta Makanan dan Travel

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Denaihati.com dah banyak buat entri review blog yang menarik untuk dibaca. Semua blog yang pernah direview terdiri daripada blog dengan niche yang tersendiri. Entri kali ni joom kita baca review blog DiaryMama.com pula. Untuk pengetahuan semua, pemilik blog DiaryMama.com ni merupakan salah seorang bekas pelajar Akademi Denaihati.

Diary Mama Pecinta Makanan dan Travel

“Bagai orang mengantuk disorongkan bantal”. Dapat peluang buat review dalam blog Denaihati.com memang sesuatu yang dinanti-nantikan. Memang teruja sangat.

Blog DiaryMama.com ialah personal blog. Saya menulis tentang perjalanan kehidupan diri sendiri sama ada duka atau gembira menjadi ibu tunggal kepada 3 orang anak dan kini hanya menjaga seorang daripada 3 anak tersebut.

Bukan untuk mengaibkan diri sendiri dengan bercerita pasal diri sendiri kepada orang luar, tapi saya nak kisah yang saya tulis dijadikan satu pedoman dan pengajaran buat sesiapa sahaja di luar sana agar berhati-hati memilih kehidupan yang penuh onak dan duri. Apa yang saya tulis, yang baik jadikan pedoman dan yang tidak jadikan pengajaran.

Kecintaan Pada Makanan dan Travel

Dalam blog DiaryMama.com juga saya selitkan kecintaan saya pada makanan dan pelancongan. Saya minat makan. Apa yang saya cuba dan saya dapati menarik dan sedap saya akan kongsikan dalam blog saya. Begitu juga pasal melancong. Dari dulu memang saya suka berjalan. Jadi saya kongsikan setiap pengembaraan yang saya lalui di setiap tempat yang saya lawati.

DiaryMama.com - Blog lifestyle, food, travel

Permulaan saya menulis dalam blog sekitar tahun 2010 bila saya terbaca kisah Redmummy.com. Dari situ timbul minat menulis dalam blog. Perlahan-lahan saya belajar sendiri bagaimana nak buat blog dan menulis dalam blog. Waktu tu saya belum berani lagi nak publishkan. Dalam tahun 2012 barulah saya beranikan diri dan nekad publishkan setiap entry yang saya tulis.

Daripada suka menulis dalam diary kini beralih ke blog. Daripada tidak ada domain sendiri kini saya ada nama domain sendiri. Terima kasih kepada silenceblogz.com rakan seangkatan dalam dunia blogging yang banyak membantu saya perihal berblog. Dia juga banyak betulkan salah dan silap yang saya lakukan dalam berblog ini.

Belajar Blogging di Akademi Denaihati

Kini saya mula berjinak pula dalam WordPress dan telah sertai Kelas Junior Wordpress anjuran Akademi Denaihati. Saya juga ada buat business sikit-sikit iaitu skincare product dan health product. Jadi saya nak mengukuhkan dan mengembangkan lagi perniagaan saya agar mendapat rezeki yang halal bagi membesarkan anak saya.

Perkongsian dari pengalaman

Belajar Blogging guna WordPress di Akademi Denaihati

Banyak kelebihan kita akan dapat bila join Kelas WordPress Akademi Denaihati. Seperti mana yang telah diberitahu, Kelas WordPress yang diadakan pada minggu lepas adalah kelas kedua terakhir bagi tahun ini. Kelas WordPress sesi bulan Disember nanti merupakan kelas terakhir bagi tahun 2013. Selepas itu, kelas akan dihentikan bagi memberi laluan untuk lebih fokus kepada misi dan visi tahun 2014.

Rakan blogger yang teringin untuk menjadi lebih baik dalam bidang blogging disarankan join WordPress Master Class. Di samping menimba ilmu, banyak projek bersama Denaihati Network bakal anda dapat terutamanya dalam projek khas #TeamWork yang sedang giat diadakan untuk bekas pelajar Master Class sebelum ini.

Anda juga boleh bersama-sama dalam projek ini dengan syarat perlu daftar penyertaan WordPress Master Class di Akademi Denaihati terlebih dahulu. Pendaftaran boleh dibuat di Halaman Akademi Denaihati.

wordpress master class anjuran akademi denaihati
Antara pelajar WordPress Master Class anjuran Akademi Denaihati sesi November 2013.

wordpress master class anjuran akademi denaihati


Spread the love

99 Comments

  1. wahh best jer baca..untung la tuan empunya blog dapat review dari DH..ana pun tangah belajar selok belok berblog juga nie..sikit2 dari entry ni dapat membantu ana juga
    Curahan rasa adna2029 @ ..Fakta GaramMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!