Suami Bercinta Kali Kedua

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak bawa cerita rumahtangga yang sering berlaku di depan mata. Awalan rumahtangga biasa dibina dari kesukaran samada kewangan atau fasiliti keluarga. Biasa isteri berkorban demi membina kehidupan keluarga supaya lebih berjaya dengan berkerja membantu suami dan menguruskan rumahtangga yang bukan kerja mudah.

Malangnya apabila keadaan keluarga dan kewangan keluarga semakin stabil sang suami mula berpaling kepada yang kedua. Kejayaan kehidupan akan dikongsikan dengan orang baru dan meninggalkan atau membiarkan isteri pertama bersama anak-anak yang telah berkorban jiwa dan raga.

Seks Suami Isteri

Memang berkahwin lebih dari satu tidak menjadi kesalahan dalam Islam tetapi yang menjadi salahnya apabila sudah kaya sudah berduit sang suami mencari isteri baru dipusat hiburan atau tempat yang tidak sesuai mencari bakal isteri. Kalau sang suami mencari pasangan baru dengan mencanang keburukan isteri pertama maka pasti kehidupannya akan gagal kerana jika kesempurnaan dicari pasti tidak akan bertemu.

Jika isteri pertama ada kelemahan sudah pasti isteri kedua, ketiga, keempat malah keseratus sekali pun ada kelemahan. Kelemahan seeorang isteri adalah menjadi tanggungjawab kepada sang suami untuk mendidik bukan membiarkan dan kemudian dicanang keburukan mereka pada wanita lain.

Baca juga : Suami curang ketika isteri mengandung

Suami adalah khalifah untuk mengetuai isteri dan anak-anak membawa bahtera bukan sahaja di dunia malah matlamat yang paling besar mengemudi keluarga sehingg ke Syurga. Jangan nanti kelak semua pahala suami akan diberi kepada isteri dan anak-anak kerana di dunia mereka tidak dipimpin dengan betul.

Memang seronok bercinta kedua setelah berkahwin tetapi sebelum masuk gelanggang minta nasihat dari mereka yang sudah ada pengalaman beristeri lebih dari satu kerana bila sudah masuk gelanggang masa tidak boleh diundur lagi dan kesannya akan dibawa hingga ke akhirat.

Sang suami Pejamkan mata ingatkan pengorbanan susah senang isteri pertama dan kepada semua isteri jadilah isteri yang terbaik sehingga apabila suami bertemu wanita lain diluar mereka akan berkata isteri aku di rumah adalah yang terbaik. Setiap suami pasti akan diuji oleh Allah dengan wanita lain dan hanya yang sabar dan redha akan berjaya dengan ujian tersebut.


Spread the love

120 Comments

  1. salam buat semua…

    kalu diikutkan pada cerita nie…kadang2 ia benar2 berlaku…pernah juga berlaku pada diri sndiri tp sy yakin..allah s.w.t sentiasa bersama-sama dengan org yg beriman n sabar…sy juga slalu berpegang pada “what goes around comes around”..tidak di nafikan ia benar2 berlaku…

    kepada sesiapa yg pernah lalui suma ini…jd kan ia sebagai ujian…makin kita sabar makin di uji…tp kebenaran akan jelas terbukti satu persatu percayalah….

  2. setakat ini, andai btemu dgn lelaki yg bckp ttg kelemahan isteri pertama sy akn argue. wbgpun, sy sentiasa mengambil iktibar.. alhamdulillah org yg sy kenali sentiasa meletakkan isteri d tempat yg pertama d hatinya

  3. Isu berkahwin lebih dari satu sering menjadi isu. Sebenarnya semuanya bergantung kepada niat. Kalau untuk mendapat redha Allah kahwin berapa pun tak apa tetapi untuk adil kena fikir baik-baik.
    Curahan rasa Azian @ ..Royal Wedding Di Rumah Kami…My Profile

  4. Bagi saya, kalau betul caranya, kahwin 4 pun ok. Tapi kalau mencanangkan keburukan isteri pertama, memang tidak patut. Jangan buat alasan kata isteri pertama kurang itulah, kurang inilah hanya sebab nak kawin lagi satu.

    1. Bukankah itu kah cara mojoriti lelaki bila mencari no 2 dgn mengadu nasib mengata keburukan isteri pertama sehingga menimbul belas bakal isteri kedua tanpa disedari esok lusa perkara yg sama akan berulang kepada dirinya.

      1. Itulah, majoritinya begitu, nak cari yang betul2 jujur memang payah. Tapi kalau yang jujur pula, takut isteri pertama tak bagi pula, ya tak? Tapi ada segelintir isteri pertama yang bagi ‘lampu hijau’. Contoh terdekat makcik saya. Bila dia dah bagi ‘gree light’, pakcik saya tak mahu pula kahwin dua. Hehe. Tak thrill kot.

  5. bro.. berat topik ni nak komen…
    saya masih baru lagi dalam alam rumah tangga…
    tapi apa yang bro tulis dalam entry ni…
    sangat2 betul…

    biasanya jika ini terjadi…
    perkahwinan kedua sang suami pun tak kan berjaya…
    malah akan menambahkan lagi beban…
    kononnya ingin mencari kesempurnaan…
    tapi… makin banyak lagi masalah yang akan timbul..

    tambah2 jika sang suami mencari salah dan keburukan daripada isteri pertama yang banyak berkorban untuk dia…

    banyak kes macam ni terjadi… bukan kata di kaca tv…tapi di alam reality juga…

    last2… sang suami akan ke balik pada isteri pertama juga…

    kerana isteri pertama tak kan boleh dilupa…

    pernah dengar tak cerita ini?

    seorang usahawan berjaya…
    [biasalah…apabila insan yang berjya…terutama lelaki…akan ada seorang wanita yang mendukung semangat kan…]
    mengalami muflis. apa bila beliau menceraikan isteri pertamanya…dalam sekelip mata semua hancur… akhirnya…dipangku isteri pertama usahawan itu meninggal…

    kat sini juga saya pernah membaca beberapa kisah kebenaran…

    yang seorang lelaki…jika berjya dan lupa diri serta menceraikan atau mengabaikan isteri pertama…[jika isteri pertama itu baik dan setia] lelaki itu akan mengalami banyak musibah…

    Wallahualam…

    oleh itu sebelum melakukan sebarang keputusan…lelaki perlu berfikir panjang… terutama nya…lelakikan pemimpin… jadi pemimpin sepatutnya mengikuti landasan yang betul…andai tidak betul…masih banyak ruang untuk belajar…selagi nyawa tidak di ambil oleh allah…

    🙂

    seorang kawan saya pun pernah mempunyai konflik seperti ini…suaminya mengugut mahu meninggalkan dia…andai senang…

    samapi sekrang masih juga tidak senang2…tapi segala perbelanjaan pulak ditanggung oleh sang isteri…

    apa pun yang berlaku… Allah itu maha adil…dan apa pun yang berlaku..allah maha mengetahu… Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk hambanya…

    jika tidak di berikan nikmat di dunia… akhirat pasti akan akan mendapat ganjaran yang setimpal…

    Insyaallah…:)
    Curahan rasa Whitey Mommy @ ..Blog Redesign For Kak EidaMy Profile

  6. hmm… i always say.. apa yg Allah halalkan, jangan kita manusia haramkan and vice versa.. and poligamy ni mmg dihalalkan jadi if it happens to me i tak boleh nak kata tak boleh.. TETAPI.. and this is a big BUT… sebagai isteri pertama atau kedua atau ketiga.. kita mesti tahu hak masing2.. jgn let your husband bully you.. tuntut hak sama rata even if terpaksa ke mahkamah.. Ramai org pompuan kita terlalu lembik and terlalu mengalah. I rasa if kita didik sang suami yg ingin beristeri dua or four for that matter. and dia tahu kita tau hak kita.. dia tak akan berani mensia2kan any of the isteri..

    Isteri2 pulak mestilah tau hak masing2 jugak.. if isteri kedua tak reti apa itu keadilan.. susah lah.. then in that case.. i suggest perpisahan.. and kita ada syariah court.. so again tuntut your hak.. I know mmg easier said than done.. but kita org pompuan banyak ikut perasaan jadi asyik nangis jer and instead of getting even, they breakdown.. ITU SALAH.. Allah tak suruh kita mengalah kalau kita betul!

    Sekian..heheh
    BTW.. i bukan pro-poligamy.. but like I know my hak and i make sure my husband knows it too… alhamdulliah he understands..
    Curahan rasa LadyJava @ ..Busy Loves Cinco – You will too!My Profile

    1. Setuju kesimpulannya mesti ada ILMU berumahtangga dan tau hak apa bila ada masalah melalui saluran yang betul. Apa yg cuba nak diketengahkan dalam entri bukan menentang poligami tapi biar caranya betul dan ditempat yg betul.

      Terima kasih perkongsian yg sangat mencerahkan (pinjam kata2 indonesia).

            1. Nak comment lagi skit..
              Dalam hal begini.. bila si suami lupa diri and look for other woman outside yg apparently tak sesuai.. perhaps seblum isteri pertama sign on the dotted line mengizinkan the second marriage.. another agreement can be made to make sure isteri pertama dapat hak dia yg setimpal? am not sure how syariah court disini can help but worth a try right? kalau suami paksa atau kawin lari.. then tak ada cara lain.. perhaps perpisahkan terpaksa dilakukan but make sure mutaah and nafkah anak dituntut dengan seadilnya.. failing which.. send the bugger to jail.. which is what someone i know did to her ex-husband for not paying nafkah anak on time..

              my two cents 🙂
              Curahan rasa LadyJava @ ..Busy Loves Cinco – You will too!My Profile

            2. Mesti tajuk best ni. Lelaki ni memang ego cuma tahap sikit banyaknya tu berbeza2. Apabila ada masalah rumahtangga perlu dapat nasihat dari penasihat yg betul. Pejabat agama pun kadang tak boleh harapkan sangat yg terbaik lantik lawyer yg bagus utk uruskan kes. Biar selesaikan dengan makamah jadi bila ada perkara berbangkit mudah nak diuruskan. 2 komen you macam boleh buat entri jemputan utk tajuk tips utk isteri bermasalah dgn suami heee

  7. Belum ada mana2 lelaki dalam hati saat ini.
    Sentiasa juga berusaha dan berdoa agar ditemukan dengan lelaki yang baik (di samping kena jugalah berusaha baiki kekurangan diri). Ye la. Takkan nak lelaki baik tapi diri tak berapa nak baik kan?

    :’)

    Thanks berkongsi bang~
    Curahan rasa Lord Zara @ ..Ini Tidak Perlukan TajukMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!