Suami Bercinta Kali Kedua

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak bawa cerita rumahtangga yang sering berlaku di depan mata. Awalan rumahtangga biasa dibina dari kesukaran samada kewangan atau fasiliti keluarga. Biasa isteri berkorban demi membina kehidupan keluarga supaya lebih berjaya dengan berkerja membantu suami dan menguruskan rumahtangga yang bukan kerja mudah.

Malangnya apabila keadaan keluarga dan kewangan keluarga semakin stabil sang suami mula berpaling kepada yang kedua. Kejayaan kehidupan akan dikongsikan dengan orang baru dan meninggalkan atau membiarkan isteri pertama bersama anak-anak yang telah berkorban jiwa dan raga.

Seks Suami Isteri

Memang berkahwin lebih dari satu tidak menjadi kesalahan dalam Islam tetapi yang menjadi salahnya apabila sudah kaya sudah berduit sang suami mencari isteri baru dipusat hiburan atau tempat yang tidak sesuai mencari bakal isteri. Kalau sang suami mencari pasangan baru dengan mencanang keburukan isteri pertama maka pasti kehidupannya akan gagal kerana jika kesempurnaan dicari pasti tidak akan bertemu.

Jika isteri pertama ada kelemahan sudah pasti isteri kedua, ketiga, keempat malah keseratus sekali pun ada kelemahan. Kelemahan seeorang isteri adalah menjadi tanggungjawab kepada sang suami untuk mendidik bukan membiarkan dan kemudian dicanang keburukan mereka pada wanita lain.

Baca juga : Suami curang ketika isteri mengandung

Suami adalah khalifah untuk mengetuai isteri dan anak-anak membawa bahtera bukan sahaja di dunia malah matlamat yang paling besar mengemudi keluarga sehingg ke Syurga. Jangan nanti kelak semua pahala suami akan diberi kepada isteri dan anak-anak kerana di dunia mereka tidak dipimpin dengan betul.

Memang seronok bercinta kedua setelah berkahwin tetapi sebelum masuk gelanggang minta nasihat dari mereka yang sudah ada pengalaman beristeri lebih dari satu kerana bila sudah masuk gelanggang masa tidak boleh diundur lagi dan kesannya akan dibawa hingga ke akhirat.

Sang suami Pejamkan mata ingatkan pengorbanan susah senang isteri pertama dan kepada semua isteri jadilah isteri yang terbaik sehingga apabila suami bertemu wanita lain diluar mereka akan berkata isteri aku di rumah adalah yang terbaik. Setiap suami pasti akan diuji oleh Allah dengan wanita lain dan hanya yang sabar dan redha akan berjaya dengan ujian tersebut.


Spread the love

120 Comments

  1. Bekas bos saya ada bisness workshop dengan 4 cawangan. Ada banyak kontrak dengan berbagai agensi besar. Bila berada dipuncak, dia mula mengorat pekerja bawahannya sampai tahap merisik dan hampir membeli rumah untuk kegunaan mereka selepas kahwin sedangkan isterinya pun kerja bersama suami. Bila tembelang pecah, perang dingin la. Sekarang semua workshop dah ditutup. Dengar cerita dia bekerja dengan org yang dia pinjam duit mencari kontrak pembinaan. banyak lagi yang ingin saya ceritakan tapi tak sempat
    Curahan rasa Norasikin @ ..Aktiviti Bulan April Yang Betul-betul MenyesakkanMy Profile

  2. Ha!3X Selalu dengar ini,”Lelaki tak boleh terlebih wang, pasti lain jadinya….” Ada benarnya. Tapi terdapat juga yg ‘budget’ kecil tapi selera besar. Ini kes ‘double trouble’. Dia nak kasi anak bini makan atau dia yang nak kena ‘sponsor’. Dia sahajalah yg tahu. Pasti ada ‘loosen screw’ . Pandailah mengukur baju dengan bentuk dan saiz badan sendiri…

    1. Kes gini lagi parah tapi banyak berlaku dan aku ada kawan yg kahwin 2 dan kedua-dua wife sibuk bekerja dia pulak sibuk main pompuan lain.

  3. bagi aku, seorang suami harus bijak dalam membuat sebarang keputusan, dan cuba cari jalan penyelesaian yg boleh memuaskan hati semua pihak, walaupun bukan 100%. tak pentingkan diri sendiri, dan akhir sekali, kalau masalah timbul antara suami isteri, si suami patut cuba mencari jalan untuk selesaikan dan menceriakan semula si isteri, itu cara aku.. 🙂

  4. “Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih,walau manis bagiku tapi hempedu bagimu,terkadang harus terima suratan darinya tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya…” bait-bait lirik lagu dari kumpulan Ukays.

    Semoga sang suami adillh dalam setiap perhubungan berpoligami,jgnlh ada prasangka buruk dan aib setiap isteri didedahkan.
    Curahan rasa Fauziana @ ..Kawen-kawen-kawenaku bila lagiMy Profile

  5. kebanyakan wanita bukan menolak poligami cuma mereka takut akan kejadian yang tidak diingini berlaku, sprti suami tidak adil dan anak2 terabai.. tak dinafikan mereka juga bimbang kasih suami akan berkurangan terhadap diri mereka.. sbb kebanyakan kes yg kita dgr sebegitu.. mungkin de yg merelakan, tapi kdg2 hati pasti terusik jua.. tapi tak semua la kan..
    Curahan rasa fiezaradzi @ ..Kat Mana Korang Simpan DuitMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!