Suami Bercinta Kali Kedua

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak bawa cerita rumahtangga yang sering berlaku di depan mata. Awalan rumahtangga biasa dibina dari kesukaran samada kewangan atau fasiliti keluarga. Biasa isteri berkorban demi membina kehidupan keluarga supaya lebih berjaya dengan berkerja membantu suami dan menguruskan rumahtangga yang bukan kerja mudah.

Malangnya apabila keadaan keluarga dan kewangan keluarga semakin stabil sang suami mula berpaling kepada yang kedua. Kejayaan kehidupan akan dikongsikan dengan orang baru dan meninggalkan atau membiarkan isteri pertama bersama anak-anak yang telah berkorban jiwa dan raga.

Seks Suami Isteri

Memang berkahwin lebih dari satu tidak menjadi kesalahan dalam Islam tetapi yang menjadi salahnya apabila sudah kaya sudah berduit sang suami mencari isteri baru dipusat hiburan atau tempat yang tidak sesuai mencari bakal isteri. Kalau sang suami mencari pasangan baru dengan mencanang keburukan isteri pertama maka pasti kehidupannya akan gagal kerana jika kesempurnaan dicari pasti tidak akan bertemu.

Jika isteri pertama ada kelemahan sudah pasti isteri kedua, ketiga, keempat malah keseratus sekali pun ada kelemahan. Kelemahan seeorang isteri adalah menjadi tanggungjawab kepada sang suami untuk mendidik bukan membiarkan dan kemudian dicanang keburukan mereka pada wanita lain.

Baca juga : Suami curang ketika isteri mengandung

Suami adalah khalifah untuk mengetuai isteri dan anak-anak membawa bahtera bukan sahaja di dunia malah matlamat yang paling besar mengemudi keluarga sehingg ke Syurga. Jangan nanti kelak semua pahala suami akan diberi kepada isteri dan anak-anak kerana di dunia mereka tidak dipimpin dengan betul.

Memang seronok bercinta kedua setelah berkahwin tetapi sebelum masuk gelanggang minta nasihat dari mereka yang sudah ada pengalaman beristeri lebih dari satu kerana bila sudah masuk gelanggang masa tidak boleh diundur lagi dan kesannya akan dibawa hingga ke akhirat.

Sang suami Pejamkan mata ingatkan pengorbanan susah senang isteri pertama dan kepada semua isteri jadilah isteri yang terbaik sehingga apabila suami bertemu wanita lain diluar mereka akan berkata isteri aku di rumah adalah yang terbaik. Setiap suami pasti akan diuji oleh Allah dengan wanita lain dan hanya yang sabar dan redha akan berjaya dengan ujian tersebut.


Spread the love

120 Comments

  1. salam,
    saya setuju dengan saudara…suami kenang & renungkanlah kembali pengorbanan & susah payah isteri pertama….
    Curahan rasa DiDa Licious @ ..Ada Apa Pada NamaMy Profile

  2. Dalam Islam, beristeri lebih dari satu tidak dilarang oleh Allah jika perkahwinan itu mendapat keizinan dar iisteri pertama dan meringankan beban bakal isteri kedua itu disebabkan kesusahan yang menimpa. Berkahwin lebih dari satu dengan berlandaskan syariat Islam amat digalakkan tetapi jika berkahwin lebih dari satu atas sebab menurut hawa nafsu, itu memang ditegah dan dilarang oleh Islam.

          1. Memang betul tu maksimumkan yg ada isteri yg satu itu dgn kehidupan yg warna warni baru best kalau kita yg buat kehidupan itu bosan maka jadilah hubungan itu bosan.

          2. lol GP!!! sebaiknya satu.. tapi kalau boleh adil.. I ok jer.. asal.. yg nombor dua respect me as number one sudah.. kalau tidak.. siap! hahahahahah

            1. Ni masalahnya yg no 2 lebih sudu dari kuah nak menguasai buka je suami tapi seluruh harta benda … Apa cerita tu? Bila suami masalah ditinggalkan begitu sahaja. Siapa salah? Pastilah suami sebab pilih 2nd wife cara tak betul.

            2. itu mmg masalah tu.. nak kena educate number 2 tu.. and educate husband skali.. pasang lawyer.. habih citer!

      1. Beberapa pria mungkin menemukan rutinitas kehidupan rumah tangga yang membosankan. Kondisi ini biasanya membuat hubungan terasa hambar sehingga cenderung mengedepankan hubungan lain dan ingin merasakan sesuatu hal diluar yang mendebarkan.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Manchester United Vs Schalke 04My Profile

  3. Kawen satu pun belum lepas… Tak terpikir nak kawen byk. Tapi dah kawen nanti xtau la.. Semoga tak berubah arah..

    1. Biasalah lah bro belum ada satu nak dapat memang susah bila dah ada mederet pulak nak kan kita walaupun tak handsome mana

      1. Memang tak ada manusia yang sempurna, dibalik sifat-sifat baiknya tentu ada juga sifat-sifat yang kurang kita senangi, inilah ujian, seorang suami yang shaleh kadang punya istri yang bertolak belakang, suaminya demen beramal shodaqoh,istrinya pelitnya minta ampun, atau sebaliknya.

        bersabar menghadapi akhlaq yang tidak baik pasangan kita merupakan suatu amalan yang besar pahalanya.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Manchester United Vs Schalke 04My Profile

          1. Setuju sangat dengan tulisan abg iwan kalau kita suami tak bisa mengubah diri menjadi lebih baik apakah bisa isteri bisa berubah seperti kehendak kita

    1. Semoga Allah swt memberikan keluasan sanubari pada saudara saudara kita agar termuliakan dengan mencintai sunnah, kita tidak mewajibkan poligami, tidak pula mengingkarinya, bagi yg ingin mengamalkannya maka syariah telah memperbolehkannya, bagi mereka yg takut tidak adil maka masih banyak sunnah yg lain yg menantinya,
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Manchester United Vs Schalke 04My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!