Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia dikejutkan dengan kejadian serangan bersiri di Paris yang mengorbankan lebih seratus nyawa yang tidak berdosa. Memang aku terasa sebab sudah dua kali kembara di Paris kota unik dengan berbagai keindahan jadi tarikan palancong seluruh dunia. Ini bukanlah serangan pertama di Paris kerana sebelum ini digemparkan dengan tragedi Charlie Habdo yang mengorbankan 12 orang.
Siapa yang tidak sedih dan simpati dengan mangsa yang terkorban dan keluarga. Melihat video serangan Paris memang menyentuh hati. Lebih sengsara kehidupan umat Islam di Paris selepas tragedi yang dipandang sangat negatif oleh masyarakat bukan Islam. Ini terbukti selepas kejadian serangan Charlie Hebdo bagaimana susahnya kehidupan umat Islam di Paris. Aku sendiri merasai ketika solat di Masjid Omar El Kattab Paris, keliling masjid dikawal oleh polis seperti Islam ini terlalu jahat.
Menyalahkan pelarian Syria menyerang Paris satu kerja paling terancang. Aku terbayang sahabat blogger Rayyan Haries di Greece yang berkorban masa dan tenaga membantu pelarian Syria yang menjadi Greece pintu masuk untuk ke negara-negara Eropah yang lain. Sekarang mereka kata terdapat terrorist ISIS masuk melalui Greece untuk menyerang Eropah jadi sudah pasti akan ada masalah selepas ini untuk pelarian Syria lari dari kekejaman di Syria. Terkini keluar pula nama Abdeslam Salah yang menjadi buruan serangan Paris yang merupakan orang Islam tempatan.
Selepas kejatuhan block Komunis, berlaku serangan September 11, 2001 maka keluarlah nama Al Qaedah sebagai terrorist paling bahaya di dunia yang dikaitkan dengan Islam. Sebelum itu dunia di momokkan dengan Taleban yang ganas yang juga dikaitkan dengan Islam. Hari ini ISIS juga dikaitkan dengan Islam yang mengganas membunuh siapa sahaja termasuk Islam dan kini dikatakan cuba memporak perandakan Eropah. Al Qeadah, Taleban dan ISIS jenama yang siapa cipta sebenarnya kerana mereka menjadi begitu kuat lengkap dengan berbagai senjata moden. Negara Islam tidak ada teknologi sejata semoden itu untuk menyerang dunia.
Pendapat peribadi aku semua tragedi ini ciptaan tangan ke tiga iaitu gerakan freemason yang mengawal dunia untuk memusnahkan agama khasnya Islam sehingga pada akhir zaman apabila Dajjal bagunkan, kita semua percaya dialah tuhan sebenar. Semuanya tragedi saling kait mengait tidak ketinggalan juga tragedi MH370 dan MH17. Akhir pada sebuah tragedi pasti Islam juga disalahkan kerana Islam sedang berkembang sangat pesat di Eropah. Pengalaman aku menjejaki kaki di bumi Tel Aviv melihat sendiri pintu Lud kawasan di mana Dajjal bakal ditewaskan oleh Nabi Isa menjadikan aku insan yang sangat terkesan dengan setiap tragedi sedih yang menimpa dunia.
Kerana itu pentingnya kita kembali kepada ALLAH kerana ALLAH sahaja yang berkuasa melindungi kita dari fitnah akhir zaman yang berusaha berbagai cara menDajjalkan dunia.
155 Comments
Haih,,, Tak habis2 nak salahkan Islam. Dunia dunia ,,, Apa2pun kemenangan nanti utk Islam jugak !
Kejadian serangan macam ni memang patut dikutuk tetapi tak payah la nak tuduh orang Islam yang lakukan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Noriza, ini memang sudah menjadi mainan mereka sejak beribu tahun dahulu, media massa memang dikawal oleh mereka untuk memburuk-burukkan orang dan Negara islam.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Selagi belum ada bukti, tak perlulah tuduh menuduh. Jika tidak beginilah jadinya. Sedih!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlalu Sibuk Dengan Kerja? Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak Tersayang!
Bila tragedi macam ni semua nak menuding jari pada umat Islam..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Serangan ini menyebabkan uncertaity kepada iklim politik dunia. Russia juga mendakwa ISIS menjatuhkan pesawat penumpang mereka.
Kita tak tahu apa yang akan mendatang.
Semakin banyak negara yang menyalahkan Islam atas tragedi yang dirancang oleh dajjal ini…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Banyak lagi cara lain nak memerangi pihak yang menentang Isla, bukannya dengan cara menyerang orang awam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam
Kenapa.nak salahkanIslam sedangkan pelakunya pun tak pasti siapa kan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Ini sudah pasti ada pihak di belakang tabir yang memberi segala kelengkapan senjata moden kepada penganas ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam
Apa yang berlaku di Palestin,Syria dan negara Islam lain tidak dipandang pun
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Betul, bila serangan ke atas umat Islam, tiada siapa yang pandang pun….
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlalu Sibuk Dengan Kerja? Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak Tersayang!
memang sedih dengan tragedi ni. Siapalah dalang sebenarnya kan.
Harap-harap kita semua dilindungi.
Curahan rasa azrin @ ..Promosi Coway di MyCowayWater
Dalang yang sebenarnya pasti sekutu kafir juga..Islam tidak mengajar menyerang orang yang tidak bersalah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Benar tu, kecuali mereka yang telah terpesong daripada ajaran agama Islam yang sebenar.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlalu Sibuk Dengan Kerja? Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak Tersayang!
islam memang selalu di kambing hitamkan di berbagai teror yang terjadi dunia,,,,mirisnya orang yanh tidak tahu apa2 akan merasa hidupnya tidak tenang..
Curahan rasa tanah abang jual sepatu boots wanita @ ..Model Sepatu Casual Wanita Murah E 482
Nampak seperti konspirasi yang dirancang untuk menjatuhkan Islam.
Kita perlu siap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan
Curahan rasa sharimah @ ..2016 : 10 Cuti Panjang Di Malaysia
Ini juga salah satu usaha musuh Islam untuk menjatuhkan umat islam dan Negara Negara yang terbabit.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
senang betul kuasa besar mahu menghancurkan negara islam..upah 2-3 org pengebom..dah dapat tiket serang negara orang
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Kenapa Kucing Takut Dengan Timun ?
Itu susah jadi mainan dan makanan mereka. Kita lihat cerita cerita dari negara barat macam mana mereka melakukan perkara tersebut. Bagaimana mereka melatih tentera atau pengintip pengintip yang sanggup mati untuk melaksanakan tungas. Dan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan itu perkara yang baik atau tidak.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
mungkin ada benarnya…semua ini ada perancangan yang teliti…tujuan utama adalah untuk menjatuhkan Islam…salah satu cara mereka adalah dengan buat propaganda bahawa Islam adalah pengganas…untuk menyekat Islam berkembang lebih pesat…keganasan yang dilakukan oleh bukan Islam pula seakan dipandang sepi..Israel yang secara terang menzalimi Palestine tak pula di anggap sebagai pengganas
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Mereka sudah nampak bagaimana setiap hari ramai orang yang masuk islam dan melihat kebaikan yang ada dalam islam.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Islam dipandang serong… sebab atas nama ISLAM.. sama-sama kita doakan keselamatan mereka.
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Mee Goreng Dinihari
Satu malam di Paris tapi peristiwa sebegini setiap malam di Sirya dan Palestine. Mereka tak ambil endah pun.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Setuju, siapa yang betul2 memahami Islam takkan buat benda benda extreme nih..
Semoga Allah lindungi kaum Islam dan manusia secara amnya dari keganasan golongan yang extremist nih
Curahan rasa Putri @ ..Pertama Kali Iman Nasuha Makan Minyak Ikan Omega Guard – Memercik!
Islam hanya menjadi mangsa. ada hikmah yang ingin ditunjukan. Islam akan kembali gemilang. banyakkan berdoa wahai sahabat
Satu tragedi yang benar benar menyedihkan bukan hanya kita rakyat Islam. Satu kejutan kepada dunia.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlalu Sibuk Dengan Kerja? Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak Tersayang!
dunia hanya terkejut jika mengetahui serangan begini dilakukan oleh pihak dajjal..meskipun sukar untuk dibuktikan namun itu hakikat yang mampu kita yakini buat masa sekarang
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
siapa yang faham tentang Islam tidak akan percaya semua ini..Islam didasari dengan kedamaian dan keharmonian..
agama Islam tidak mengajar umatnya membunuh orang awam,wanita,kanak-kanak..
malah melakukan kerosakan kepada alam sahaja sudah dikaitkan dengan kezaliman ..inikan pula soal bom dan sebagainya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
Benar, islam itu mudah, indah dan untuk kebahagiaan semua. Islam tidak pernah sesekali mengajar kita untuk menjadi kejam.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlalu Sibuk Dengan Kerja? Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak Tersayang!
semoga ada golongan yang bukan Islam membaca artikel ini dan komen yang kita berikan..
provokasi dan tipu muslihat musuh Islam memang mengelirukan namun jika faham tak akan keliru punya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
Samaada ia dilakukukan oleh mereka yang benar-benar pelampau atau mereka yang bertopengkan pelampau yang ditaja oleh musuh-musuh islam.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Siapa pun yang melakukan serangan ini patut dikutuk, ia melibatkan orang awam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam
Benar, yang tak bersalah jadi mangsa. Sama juga macam MH17. Semakin dilupakan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlalu Sibuk Dengan Kerja? Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak Tersayang!
Semoga serangan berdarah seperti ini tidak berlaku di negara kita yang kita cintai ini. Pihak berkuasa di Malaysia sentiasa pantau tentang sebarang ancan untuk mrnyerang Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam
Comments are closed.