Tragedi Mina 2015 ramai terkorban
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia masih belum lupa lagi dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan lebih 100 jemaah daripada berbagai negara termasuk 8 orang daripada Malaysia. Kejadian kren tumbang hanya beberpa hari sebelum wukuf mendapat reaksi daripada seluruh dunia apabila terdapat kelalaian berlaku. Belum pun selesai penyiasatan kes tersebut berlaku satu lagi tragedi menyayat hati di street 204 Mina.

Berbagai teori yang keluar terutama apabila diberitakan jemaah Iran berjalan pada laluan bertentangan dengan jemaah yang lain. Biarkan pihak berkuasa menyiasat perkara sebenar. Insyaa Allah jemaah yang terkorban dengan masih berihram akan mendapat balasan Syurga. Jangan sampai kita menyebarkan berita yang tidak pasti sekiranya sumber tidak menyakinkan apatah lagi sumber daripada puak syiah yang sememang anti kepada suni.
Walaupun berita sedih menimpa sebahagian jemaah namun ibadah wajib haji melontar jamarat terus berlansung dengan tersusun. Suasana Jamarat tiada beza dengan suasana Jamarat ketika haji akhbar pada tahun 2014. Semuga semua jemaah haji tetamu ALLAH 2015 mendapat haji mabrur. Kepada yang belum melaksanakan rukun Islam ke lima azam sungguh-sungguh dan sangat bagus pergi ketika usia muda kerana kerja haji memerlukan stamina dan fizik tubuh yang kuat.
Kepada yang faham pada kesempurnaan Islam tidak akan lansung memberi alasan untuk menunda pemergian ke Tanah Suci untuk mengerjakan Ibadah Haji. Jangan sampai pergi umrah berkali kali kali tetapi mengemudiankan rukun Islam yang ke lima.











