Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia dikejutkan dengan kejadian serangan bersiri di Paris yang mengorbankan lebih seratus nyawa yang tidak berdosa. Memang aku terasa sebab sudah dua kali kembara di Paris kota unik dengan berbagai keindahan jadi tarikan palancong seluruh dunia. Ini bukanlah serangan pertama di Paris kerana sebelum ini digemparkan dengan tragedi Charlie Habdo yang mengorbankan 12 orang.
Siapa yang tidak sedih dan simpati dengan mangsa yang terkorban dan keluarga. Melihat video serangan Paris memang menyentuh hati. Lebih sengsara kehidupan umat Islam di Paris selepas tragedi yang dipandang sangat negatif oleh masyarakat bukan Islam. Ini terbukti selepas kejadian serangan Charlie Hebdo bagaimana susahnya kehidupan umat Islam di Paris. Aku sendiri merasai ketika solat di Masjid Omar El Kattab Paris, keliling masjid dikawal oleh polis seperti Islam ini terlalu jahat.
Menyalahkan pelarian Syria menyerang Paris satu kerja paling terancang. Aku terbayang sahabat blogger Rayyan Haries di Greece yang berkorban masa dan tenaga membantu pelarian Syria yang menjadi Greece pintu masuk untuk ke negara-negara Eropah yang lain. Sekarang mereka kata terdapat terrorist ISIS masuk melalui Greece untuk menyerang Eropah jadi sudah pasti akan ada masalah selepas ini untuk pelarian Syria lari dari kekejaman di Syria. Terkini keluar pula nama Abdeslam Salah yang menjadi buruan serangan Paris yang merupakan orang Islam tempatan.
Selepas kejatuhan block Komunis, berlaku serangan September 11, 2001 maka keluarlah nama Al Qaedah sebagai terrorist paling bahaya di dunia yang dikaitkan dengan Islam. Sebelum itu dunia di momokkan dengan Taleban yang ganas yang juga dikaitkan dengan Islam. Hari ini ISIS juga dikaitkan dengan Islam yang mengganas membunuh siapa sahaja termasuk Islam dan kini dikatakan cuba memporak perandakan Eropah. Al Qeadah, Taleban dan ISIS jenama yang siapa cipta sebenarnya kerana mereka menjadi begitu kuat lengkap dengan berbagai senjata moden. Negara Islam tidak ada teknologi sejata semoden itu untuk menyerang dunia.
Pendapat peribadi aku semua tragedi ini ciptaan tangan ke tiga iaitu gerakan freemason yang mengawal dunia untuk memusnahkan agama khasnya Islam sehingga pada akhir zaman apabila Dajjal bagunkan, kita semua percaya dialah tuhan sebenar. Semuanya tragedi saling kait mengait tidak ketinggalan juga tragedi MH370 dan MH17. Akhir pada sebuah tragedi pasti Islam juga disalahkan kerana Islam sedang berkembang sangat pesat di Eropah. Pengalaman aku menjejaki kaki di bumi Tel Aviv melihat sendiri pintu Lud kawasan di mana Dajjal bakal ditewaskan oleh Nabi Isa menjadikan aku insan yang sangat terkesan dengan setiap tragedi sedih yang menimpa dunia.
Kerana itu pentingnya kita kembali kepada ALLAH kerana ALLAH sahaja yang berkuasa melindungi kita dari fitnah akhir zaman yang berusaha berbagai cara menDajjalkan dunia.
155 Comments
Satu lagi kisah sedih dunia yang menampakkan Islam itu adalah puncanya. Walhal dunia Islam sudah lama bersedih kerana kekejaman berterusan daripada orang lain.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Tech Kingdom – Majalah Digital Interaktif Berinformatif Terkini
seluruh dunia berkabung terhadap paris. tanpa mereka sedar negara islam sentiasa diserang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my
france balas balik dengan menyerang syria. kanak2 dan bayi menjadi mangsa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my
saya masih tak percaya yg isis tu islam. kalau islam pun mereka bukan islam sejati. islam tak membunuh.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my
tak pasal2 syria pulak yang diserangnya… memang cari alasan jer sebenarnya. ISIS kumpulan yang diragui…
Curahan rasa zik @ ..15 Tips berbelanja secara bijak
Kenapa tiada siapa pun yang mengutuk serangan balas Perancis yang menyerang hospital dan tempat awam di Syria..Allahu Akbar sungguh sedih melihat nasib mereka
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Kan, sungguh kejam mereka. Terang terangan menyerang balas walaupun bukti sahih tiada.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Alhamdulillah ~ Dah 10 Tahun Berlalu
itulah itu.
masalahnya..dah terang-terang jelas dah diorang cari pasal dengan kita.
geram betul dibuatnya nih.
Curahan rasa titan @ ..KENAPA? Kami ni tak cukup BAIK ke?
Sekarang negara Perancis pula buat serangan balas sehingga mengakibatkan kematian kanak-kanak yang berdosa tetapi tiada pula dunia nak bising kan?
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Kerana hati mereka telah buta dengan kejahatan. Sedihnya bila orang awam yang tak berdosa menjadi mangsa.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Alhamdulillah ~ Dah 10 Tahun Berlalu
Pasti kebenaran akan Allah nampakkan jua. Moga umat Islam terus bersatu berdepan dengan pelabgai agenda rahsia ini
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..SELAMAT HARI PRAMATANG DUNIA!
Kesatuan ummah itu yang penting, kalau tidak kita hanya jadi buih buih di laut, yang tidak memberi manafaat kepada orang lain.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Hakikatnya kita cuma mampu bersuara. Tiada negara Islam besar lain yang sanggup hulurkan bantuan juga.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Alhamdulillah ~ Dah 10 Tahun Berlalu
Sangat berharap negara Islam yang ada kuasa besar seperti Arab Saudi akan bersuara dan bersatu hati menentang puak kafir ni…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
rakyat negara barat selalu tuduh islam tu ganas. mereka dah diajar dari kecil yang islam tu jahat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Renew Kad Pengenalan Denda RM10
Mungkin sistem pendidikan mereka telah ditanamkan dengan propaganda dan ideologi yang meletakkan islam itu adalah jahat dan ganas.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Terutamanya Israel kan?Memang sekutu Islam sehingga kiamat la..
entah-entah yang menjadi dalangnya ialah amerika dan sekutunya juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
sedih juga bila pemimpin sama pemimpin bergaduh, rakyat jadi mangsa.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Renew Kad Pengenalan Denda RM10
Yang nampaknya ia dilakukan oleh gerakan yang memang terang dan nyata ingin memusnahkan umat dan agama islam.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Yang mangsanya tu orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak
Sangat tidak berdosa golongan ini
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Begitulah cabaran menjadi umat Islam di akhir zaman. InsyaAllah moga Allah sentiasa melindungi kita tidak kira di mana jua.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali Kandungan Krim Ajaib Herbal Blend Yang Disukai Ibu -Ibu
Sama sama kita berdoa semoga Allah swt memelihara dan melindungi kita.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Semoga Allah merahmati bumi kita yang masih aman tanpa peperangan ni..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
hati-hati saja barangkali itu pengalihan isu,,masalahnya sekarang palestina lagi diserang oleh israel sdh jutaan orang tak bersalah menjadi korban,,dan itu saudara kita semua umat ISlam
Memang kerja freemason tu. Dulu waktu saya pergi pun ada kes macam ni.Berlambak polis kat luar. Tapi kat Paris ni arab ramai yahudi pun ramai.
Curahan rasa rahimah @ ..6 Hari 5 Malam Bercuti Di Bukittinggi Dan Padang Indonesia
Ialah namun yang sering disalahkan umat Islam juga. Sedih bila jadi begini ~
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlalu Sibuk Dengan Kerja? Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak Tersayang!
Tapi yang menuding jari kepada umat Islam dunia sekutu Amerika dan Yahudi Israel
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Kasihan kat orang Islam. Jika ada bom dimana-mana orang Islam di salahkan kerana mereka kata itu kerja orang Islam. Sebenarnya Islam itu indah. Tak pernah nak bermusuh dengan siapa-siapa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Benar tu. Islam mengajar kita membuat kebaikan walaupun kepada yang bukan Islam. Tiada kekerasan pun sebenarnya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlalu Sibuk Dengan Kerja? Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak Tersayang!
Ajaran Islam adalah yang paling mudah dan paling adil untuk diikuti dan difahami
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Jika bom di tempat Islam pula tiada mulut yang berbunyi sedangkan semua orang pun tahu itu kerja siapa kan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Comments are closed.