Semak keputusan UPSR secara Online dan SMS

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ibu bapa mana yang tidak tertunggu keputusan apabila ada anak yang menduduki peperiksaan UPSR dan PSRA. Begitu juga kami apabila Abang Amirul Irfan juga merupakan calon UPSR dan PSRA 2015.

Kepada ibu bapa yang tertunggu boleh semak keputusan UPSR 2015 secara Online dan SMS dengan cara berikut :

Semak keputusan UPSR secara SMS

Taip UPSR<jarak>ANGKAGILIRAN & SMS ke 15888 selepas tarikh pengumuman.

Cth: UPSR AZ1211221 hantar sms ke 15888

Semak keputusan UPSR secara SMS

Semak keputusan UPSR secara ONLINE

Semak keputusan SPM secara Online

Semuga semua calon UPSR Sekolah Rendah Agama Ar Rahman mendapat keputusan yang cemerlang seperti keputusan PSRA 2015.

SPM 2013

Alhamdulillah semalam keputusan PSRA telah diumumkan dan Abang Amirul Irfan mendapat pangkat muntaz bersama 22 calon yang lain. Sahabat sekoleh abang menjadi pelajar perempuan terbaik selangor dengan peratusan 99.8. Tahniah kepada guru besar dan semua guru-guru Sekolah Rendah Agama Ar Rahman, Bandar Tun Hussin Onn. Pengorbanan mengajar anak bangsa tidak sia-sia diberi ALLAH dengan keputusan terbaik sehingga terpilih sekolah terbaik Ulu Langat. Tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana mendidik anak kami Amirul Irfan. ALLAH juga yang bakal membalasa jasa semua guru-guru.

PSRA Terbaik mengikut Daerah Negeri SELANGOR

1- Petaling – SRA BT13 -99.4

2- Kuala Langat – SRA KEBUN BAHARU -99.4

3- Kelang – SRA B.KAPAR – 99.6

4- Ulu Selangor – SRA KALUPANG – 99.2

5- Sepang – SRA TAQWA – sg Merap luar

6- Ulu langat – KAFAI ARRAHMAN – 99.8

7- Kuala Selangor – SRA MELAWATI – 99.2

8- Gombak – SRA SG CINCIN – 99.4

9- S.bernam – SRA – 99.4

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Perjalanan hidup masih jauh lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun UPSR tidak cemerlang.

178 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!