Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hanya perkataan syukur kepada ALLAH SWT boleh diucapkan setelah selesai majlis SBDdD13. Melihat peserta tidak berganjak dari kerusi sehingga selesai majlis memang sangat mengembirakan. Keeks di bawah menjadi saksi.
May 19, 2013 | Alhamdulillah syukur peserta #SBDdB13 tak berganjak walaupun dah duduk lebih 3 jam. by denaihati on Keek.com
Peserta tidak berganjak duduk penuh minat bukan kerana iPad mini atau Samsung Galaxy S4 tetapi perkongsian ilmu yang sangat menginspirasikan daripada panel-panel hebat walaupun Tekong agak terkedu dengan nyanyian Happy Birthday dari lebih 220 peserta. Semuga Tekong akan lebih berjaya dunia dan akhirat sera mendapat redha Allah SWT.
May 19, 2013 | Suprise ucapan hari jadi untuk @tekong amanz.my #SBDdB13 by denaihati on Keek.com
Terima kasih tak terhingga kepada penaja utama Little Scarf Collection (tahniah Fanpage dah melebihi 1k) dengan gabungan penaja Ummi Umairah, Ajwa Travel Sdn Bhd (jangan lupa join kelab kembara ajwa),Serverfreak Web Hosting (menyediakan diskaun hosting 50%) dan eQurban (dengan website dan sistem baru). Juga tak lupa semua penaja hadiah cabutan bertuah AE Consultancy, miGlobal Millionaires Network, Eizil Network, Ciklaili.com, Lensapujangga.com, Mindaaktif.com, Mindasyukri.com, Hazmanfadzil.com, Ejamothman.com, CS Holidays Sdn Bhd dan Ilham Resources.
Ucapan Tuan Hj Muhamad Sahar, Timbalan Presiden DPIM tentang Jihad Bisnis dan Wakaf Bisnis adalah input yang sangat baik kepada semua peserta seminar dan sangat memotivasikan. DPIM juga menjemput semua Blogger menjadi ahli dengan yuran hanya RM250 seumur hidup. Peserta seminar yang dijangka hanya 180 telah meningkat sehingga 220 dengan pendaftar di saat akhir dan ada yang daftar terus di dewan seminar. Alhamdulillah pengurusan Hotel Singgahsana telah memberi kerjasama yang baik walaupun ada penambahan di saat akhir.
Tak sangka pulak semua VIP stay sehingga habis seminar yang terlajak waktu lebih satu jam. Semua kerana kehebatan ahli panel Tuan Hj Zainal Ariffin (mantan presiden PRIBUMI), Zarul Umbrella, Abang Ensem Sangat, Tekong, Nisa Kay, Titan, Suhaimy aka Shuth (Founder WangCyber.com), Rayyan Haries si comel dan Halim (GM eQurban) dan tak lupa ustaz Efendi dan the best MC Hilal Azmi. Semuanya santai menjadikan majlis selesa. Tidak keterlaluan kalau nak dikatakan SBDdB13 lebih berjaya dari SBB2013.
Idea paling best dari Hilal Azmi adalah ambil hadiah cabutan bertuah di kaunter yg sangat menjimatkan masa dan paling suprise hadian cabutan bertuah yg ditampal bawah kerusi utk mengelakan peserta mengantuk.
Penganjur memohon jutaan ampun dan maaf sekira ada salah silap sepanjang majlis. Kalau ada cadangan untuk meningkatkan kualiti penganjuran sila kongsikan untuk tindakan kami.
Terima kasih ALLAH … Terima kasih semua semuga majlis ilmu ini mendapat redha ALLAH dan memberi manafaat kepada seluruh alam.
Berjumpa lagi di Junior Class pada 22/6/13 dan Master Class pada 23/5/13. Yang berminat sila buat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my.
76 Comments
Yeay!!! Alhamdulillah… Kita berjaya jadikan ia Seminar yang best!!! Thanks bro kerna sudi jemput sy join..ahahaha
Curahan rasa lAl @ ..Patutkah lelaki ada diari??
takda rezeki lagi nak join kali ni, bertembung dengan kerja.. insyaAllah tahun depan 🙂
Curahan rasa tarmizishukri @ ..Tips Fotografi Dengan Telefon Pintar
moga moga tahun depan ada lagi..
Curahan rasa Norfanil @ ..Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang
saya teringin juga untuk join seminar macam ni untuk menambahkan ilmu tetapi saya tinggal di pantai timur di samping sibuk dengan kerja tetap
syabas & tahniah DH kerana telah menganjurkan seminar yang amat bermanfaat kepada semua.
* dah sampai ke kereta baru teringat tak sempat ambil gambar bersama Tuan DH 🙂
Curahan rasa ciklaili.com @ ..Name Card Blogger #SBDdB13
insyaAllah peluang yang akan datang bila berkesempatan…
Curahan rasa Denaihati @ ..Seminar Buat Duit dengan Blog penuh Inspirasi
Sebuah event berbentuk ilmiah yang sangat berguna..dan berupaya untuk menaikkan semangat yang mungkin agak luntur ..
Saya yakin, selepas balik dari seminar, tentu ramai yang berkobar-kobar semangat untuk tingkatkan usaha jana pendapatan secara online.
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Komisen Pertama Dari Program Job Di Rumah
idea utk ambil hadiah cabutan bertuah di kaunter pendaftaran tu mmg brilliant! terima kasih ALLAH.. terima kasih semua penaja
Curahan rasa sha @ ..Pergerakan pertama bayi dalam perut
Tahniah di atas kejayaan penganjuran kali ini.
Tak dinafikan saya agak senyap masa seminar kali ini. Mungkin kerana ingin beri tumpuan pada input yg diberikan oleh ahli panel.
Semoga terus success dengan seminar yg berikutnya
Curahan rasa Ladfe Amir @ ..Dakwah Itu Jihad
pasti banyak yang nak dikongsikan nanti 🙂
Curahan rasa auc @ ..Dari Volt ke Sahifa
Alhamdulillah syukur kerana dapat join Seminar pada kali ini, banyak juga ilmu yang telah diperolehi dari panel2 jemputan…
Lepas ini boleh join pula Seminar cara basic bina blog dengan lebih detail pula…Pasti akan dapat kehadiran yang menggalakkan lagi dari rakan-rakan yang ingin belajar bina blog sendiri dengan mengikut step2 yang akan dibentangkan.
Curahan rasa kozumi_ro @ ..Cara Buat Blog Sendiri
wahhh….mmg nampak best….. tahniah atas kelancaran program ni…. kalau tak terikat dgn aktiviti lain kemungkinan jgk turut serta…. tahniah sekali lg….
Curahan rasa Zie Fauzi @ ..Rumah Penginapan TNB di Cameron Highlands
Memang terbaik pada IA.. memang kali pertama mengikuti event dari team Denaihati.. Lain kali takkan serik lagi.. Kelas masterclass tu pun baik untuk IA join..
Curahan rasa Irwan Alessa @ ..Tahniah Peserta Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
memang terbaekkkkkk lah seminar ni
Curahan rasa sweetkurma @ ..mempersenda poligami
nak juga hadir ke kelas wordpress tapi belum dapat gaji.. mungkin next time saje
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Seminar Buat Duit Dengan Blog
boleh buat loan dengan saudara mara dulu…heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Seminar Buat Duit dengan Blog penuh Inspirasi
nak buat loan tu yang segan .. he heee… bole daftar last minit tak tuan? oh ye buat dekat mana ye kelas wordpress ni
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Belajar Masak Sebelum Kahwin
Subhanallah. Tgkpun dah tahu lebih best dari SBB2013 =)
Moga ada lagi seminar2 camni..inshaAllah. Tahniah buat team DN dan penganjur..
Walaupun ambe tak pergi, dpat jugak rasai dan baca perkongsian rakan blogger…thanks rakan blogger yg sudi berkongsi…korang mmg the best!
Curahan rasa hafizmd @ ..Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Sudirman 2013
best! berbaloi join seminar ini byk perkongsian ilmunya dan dapat berkenalan dgn lebih dekat blogger-blogger hebat yg selama ini cuma kenal di alam maya~
Curahan rasa Akuro San @ ..Persiapan Untuk Seminar Buat Duit Dengan Blog
makin jeles ambe…hehe
moga akuro san jugak makin sukses lepas ni!
Curahan rasa hafizmd @ ..Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Sudirman 2013
Emm seronok membacanya..lagi seronok kalau dapat hayati bersama dalam majlis ni..hehe..Junior Class untuk apa bro?
Curahan rasa Hafizul @ ..Nak Semangat Dalam Bekerja
Utk detail junior class sila rujuk http://akademi.denaihati.com
Curahan rasa denaihati @ ..Surat Dari PM DS Najib Razak Pasca PRU13
Comments are closed.