Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hari yang dinanti telah tiba. Tak sangka di masa kecederaan ramai pulak yang daftar. Terima kasih kepada semua peserta yang telah BERANI mendaftar untuk ikut serta SBDdB13.
Persediaan bermula sejak 18/5 dan berjalan lancar.
Alhamdulillah awal pagi ramai peserta sudah datang memenuhi lobi Hotel Singgahsana.
Majlis perasmian SBDdB13 oleh Tuan Hj Muhamad Sahar, Timbalan Presiden DPIM.
Perkongsian asas saham secara online oleh Tuan Haji Zainal Ariffin, mantan presiden PRIBUMI.
The Singing Blogger, Zarul Umbrella menghiburkan peserta seminar.
Sessi forum SBDdB13 yang dipengerusikan oleh Abangsensem bersama ahli panel Nisa_kay, Titan, Suhaimi dan Tekong.
Blogger dan Wartawan Astro Awani menjadi tuan pengacara majlis.
Wakil Rakan Blogger dari Pekanbaru, Indonesia.
Sessi soal jawab SBDdB13.
Pemenang Samsung Galaxy S3 Mini, Ustaz Abu dari Madrasah Arab Kluang.
Pemenang iPad Mini Zayda Kassim dari Terengganu. Rezeki berganda kerana suami beliau Samsul Bahri dapat power bank.
Tak sia-sia apabila Marlini berberapa kali email untuk kepastian pendaftaran seminar apabila berjaya membawa balik iPad Mini.
Seminar ditutup dengan cabutan bertuah hadiah Samsung Galaxy S4.
Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjadi SBDdB13 suatu majlis yg penuh dengan inspirasi. Jutaan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perjalanan majlis ini. Berjumpa lagi di Junior Class pada 22/6/13 dan Master Class pada 23/5/13. Yang berminat sila buat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my.
82 Comments
Ruginya saya tidak tahu tentang seminar ini. memang menarik, tambah pulak Titan ada. ahh rugi
Curahan rasa Earnic @ ..Domain .MY Percuma 2013
tahniah pada semua..kalau ada masa saya akan turut serta nanti..
Comments are closed.