Semuga ALLAH SWT permudahkan #SBDdB13

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT hari yang dinanti 19/5/2013 tinggal sehari lagi, untuk buat kali pertama Denaihati Network akan menganjurkan “Seminar Buat Duit dengan Blog” yang terbuka untuk umum bukan sahaja Rakan Blogger. Tercetusnya idea untuk menganjurkan SBDdB13 setelah berjaya menganjurkan SBB2012 dan SBB2013 serta mendapat sokongan daripada Rakan Blogger yang sentiasa sahaja ingin mencari ILMU baru.

Seminar Buat Duit dengan Blog” dianjurkan oleh Denaihati Network dengan kerjasama Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) ditaja oleh Little Scarf Collection sebagai penaja utama dengan gabungan co-sponsor Ajwa Travel Sdn Bhd, Serverfreak Web Hosting, Ummi Umairah dan eQurban.com.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah mendaftarkan diri tanpa mengira jarak sebagai alasan dari Brunei, Indonesia dan Malaysia demi mencari sedikit ILMU yang bakal mengubah kehidupan. Penganjur memohon maaf kepada peserta kerana tiada email balasan dan jemputan setelah pembayaran dibuat. Kelemahan ini akan diperbaiki untuk penganjuran seminar yang akan datang. Semua peserta yang telah membuat pembayaran diterima sebagai peserta dan nama boleh di periksa di SINI. Untuk melihat aturcara majlis sila klik SINI.

Terima kasih kepada Tuan Haji Mohammad Sahar bin Mat Din, Timbalan Presiden DPIM yang sudi untuk merasmikan SBDdB13 sebagai tanda sokongan kepada industri online yang merupa bidang kerjaya yang berpotensi tinggi.

Terima kasih kepada penaja cabutan bertuah AE Consultancy, miGlobal Millionaires Network, Eizil Network, Ciklaili.com, Lensapujangga.com, Mindaaktif.com, Mindasyukri.com, Hazmanfadzil.com, Ejamothman.com, CS Holidays Sdn Bhd dan Ilham Resources. Alhamdulillah lebih daripada 30 hadiah berupa gadget, buku, voucher, tudung dan lain-lain telah terkumpul untuk cabutan bertuah.

Antara hadiah cabutan bertuah yang menarik :

  1. Package Kembara Kemboja
  2. iPad Mini ditaja AE Consultancy dan miGlobal Millionaires Network.
  3. Samsung Galaxy S4
  4. Samsung Galaxy S3 Mini
  5. Samsung Corby
  6. Power Bank 13000 mah

Hadiah Seminar Buat Duit dgn Blog

Peserta seminar digalakan untuk membawa duit lebih untuk sumbangan tabung bantuan dan membeli produk seperti makanan kesihatan, tudung muslimah dan t-shirt ekslusif dengan tanda tangan Zarul Umbrella dan t-shirt Denaihati Network.

Terima kasih kepada semua orang penting yang bakal menghiasi pentas berkongsi ilmu dan pengalaman kepada semua peserta.

  1. Abang Ensem (Blogger Harta Tanah)
  2. Ikhwan Nazri (CEO Amanz.my)
  3. Tuan Haji Zainal Ariffin Osman (Timbalan President PRIBUMI)
  4. Hilal Azmi (Blogger dan Wartawan Astro Awani)
  5. Mohd Suhaimi (Founder WangCyber.com)
  6. Ahmad Faizal (Blogger dan Cikgu)
  7. Nisa Kay (Blogger dan Host AmanzTV)
  8. Rayyan Haries (Travel Blogger)
  9. Ustaz Nur Efendi Hamid (Blogger dan Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur)
  10. Zarul Umbrella (The Singing Blogger)

Terima kasih juga kepada official Photoghaper dan Videographer Ultimate Brilliant dan Ai Media Network.

Jutaan terima kasih kepada Team Denaihati Network iaitu SweetKurma, AbangEnsem, Eizil, Anarm dan Shakiddo yang telah berkerja siang dan malam untuk menjadikan SBDdB13 menjadi impian jadi keyataan. Terima kasih juga kepada semua sukarelawaan yang akan membantu.

Kepada kaki tweet hashtag rasmi untuk “Seminar Buat Duit dengan Blog” adalah #SBDdB13 mari kita banjirkan dunia twitter Malaysia.

Mari kita sama-sama berdoa semuga dimudahkan urusan, majlis berjalan lancar mencapai matlamat, semua yang terlibat diberi kesihatan, diberi keselamatan dalam perjalan pergi dan balik dan mendapat redha dari ALLAH SWT. Jumpa kita semua di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya tepat jam 8.30 pagi 19/5/2013.

Semuga SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG akan dapat membantu semua peserta menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesional yang bukan sekadar mendapat pulangan lumayan tetapi memberi manafaat kepada seluruh alam.

50 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!