Projek T-Shirt Denaihati Network

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ada macam-macam cara nak iklan blog iaitu secara online dan offline. Nak iklan secara online bukanlah murah kalau Blogger nak tampal banner di blog popular seperti iklan banner Denaihati di SINI. Pernah juga tanya iklan advetorial di SINI memang tahap 5 bintang harganya kalau setakat Blogger biasa memang tak mampu nak bayar. Tapi jangan salahkan mereka itulah harga mereka setelah bertungkus lumus siang dan malam bekerja. Kita pun boleh jadi macam mereka dengan syarat kerja kuat dan jangan rendahkan martabat Blogger dengan bagi percuma iklan pada syarikat besar sedangkan syarikat PR yang uruskan iklan tersebut dapat bayaran.

Cara lain nak iklan blog adalah dengan cara offline iaitu iklan di surat khabar, gantung banner di lokasi strategik, buat sticker kereta, sponsor majlis yang ramai peserta seperti “Seminar Buat Duit dengan Blog” dan kalau mampu beli papan iklan tepi highway. Ramai juga Blogger yang buat T-Shirt dengan design URL blog terpampang di depan atau di belakang t-shirt. T-shirt kena buat banyak baru dapat promosi yang meluas. Kos nak buat t-shirt yang berkualiti bukan murah paling tidak RM15-20 dan kalau nak print 200 helai maka kosnya sudah cecah rm3000 – 4000 .. banyak tu.

Untuk jimat kos Denaihati Network mencadangkan satu Projek T-Shirt sempena “Seminar Buat Duit dengan Blog”. Design t-shirt telah dipilih dengan meletakkan url Blog di bahagian belakang t-shirt. Berikut adalah design t-shirt :

t-shirt Denaihati Network

URL Blog terpampang di belakang t-shirt :

t-shirt Denaihati Network

Projek T-Shirt Denaihati Network adalah projek untuk mempromosi 20 Blog. Sebanyak 250 T-Shirt akan di print dan dijual semasa seminar dan secara online. Hasil jualan projek ini akan disumbangkan untuk pembinaan Sekolah Pusat Islam Kemboja. Ada Blogger berminat dengan Projek T-Shirt Denaihati Network?

t-shirt Denaihati Network

Cara menyertai projek T-Shirt Denaihati Network :

  1. Harga untuk setiap URL Blog ialah RM150. Bayaran boleh dibuat ke MBB Denaihati Resources 562834616817
  2. Pilih lokasi URL blog mengikut no yang telah ditetapkan
  3. Kirimkan bukti bayaran, no lokasi URL, nama Blogger, no hp Blogger dan URL blog ke admin@denaihati.com
  4. Hanya terbuka kepada 20 Blogger paling cepat
  5. Blogger yang ikut serta akan mendapat sehelai t-shirt
  6. Sebarang pertanyaan boleh di kirimkan di SINI.

Video Promosi di Keek Denaihati

Dengan modal hanya RM150 Blogger akan dipromosi oleh 250 pemakai t-shirt tersebut selagi t-shirt tersebut tidak musnah dan paling menarik dapat berbakti menyumbang membina Sekolah untuk umat islam di Kemboja yang manafaatnya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat inshaa Allah.

Senarai Blog yang dah confirm

1. Melastikbintang.com

2. Aimedia.my

3. BloggerSentral.com

4. Mazamohd.com

5. Sitiatikah.com

6. Azri.my

7. Ladfeamir.com

8. Deqnoor.com

9. Sumijelly.com

11. Untuqsemua.blogspot.com

12. Bicaramakdara.com

18. ogysijemariseni.blogspot.com

19. Wanwidget.com

20. MalaysiaNetworks.my

KEPADA YANG BELUM DAFTAR “SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG” JANGAN TUNGGU SAMPAI SAAT TERAKHIR NANTI MELEPAS PULAK. JOOM DAFTAR SEKARANG DI SINI.

Sekolah Integrasi Nurul Iman, Pusat Islam Kemboja yang sedang dibina oleh Koperasi Muslim Kemboja (CMC) hasil infaq dari seluruh dunia termasuk Rakan Denaihati Network. Sila klik SINI utk melihat aktiviti CMC.

Sekolah Pusat Islam Kemboja

Sekolah Pusat Islam Kemboja

Sekolah Pusat Islam Kemboja


Spread the love

111 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!