Alexa Ranking buktikan Blog dengan niche lebih berdaya saing

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang banyak tips yang diperolehi daripada ahli panel “Seminar Buat Duit dengan Blog“. Ramai ahli panel yang telah kami hubungi di kalangan Top Blogger Malaysia dan akhirnya barisan panel yang dipilih oleh ALLAH SWT untuk SBDdB13 adalah Tn Hj Zainal Ariffin Omar (Mantan Presiden PRIBUMI), Zarul Umbrella (The Singing Blogger), Ustaz Efendi Hamid (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur), Nisa Kay (Host Video AmanzTV), Ikhwan Nazri (CEO Amanz.my), Mohd Suhaimy (Founder WangCyber.com), Mohd Faizal (Cikgu), Rayyan Haries (Travel Blogger) dan Halim (GM eQurban). Panel-panel lain tidak terpilih oleh ALLAH atas berbagai sebab.

Panel SBDdB13

Berbagai pengalaman dan ilmu dikongsikan oleh semua panel dengan gaya santai tapi sangat berkesan dan memberi inspirasi kepada peserta. Peserta yang tak ada blog terus bersemangat nak buat blog. Blogger yang dah sejuk terus semangat nak aktif menulis blog. Blogger yang memang aktif semakin semangat untuk mengikut tips buat duit yang dikongsikan oleh ahli panel.

Dalam banyak-banyak tips aku tertarik dengan tips perkongsian oleh Sifu eBook saudara Suhaimy founder WangCyber.com yang aku adalah salah sorang ahli sejuk. Menurut beliau daripada 10 blog paling top di Alexa Ranking Malaysia sembilan adalah blog yang mempunyai niche tertentu dan hanya satu sahaja blog personal. Nak tahu apa blog yang satu tu .. heee … tak lain tak bukan adalah best the best blog 2012 dan the most creative blog 2013 iaitu Denaihati.com.

Sememangnya ramai yang pelik bagaimana blog personal seperti Denaihati.com boleh masuk top 10 Alexa Ranking Malaysia. Tak percaya baca review dari blog PR5 Mybloggertricks.com : ” Denaihati.com another broad-niched blog that features technology, news, and opinions. This makes me wonder, how do they manage such broad-niched blogs? But nonetheless, the ranking are in front of you. This blog has achieved a great ranking, and a large fan-base. But if we were to suggest anything to the blogger, it’d be improvement in the visuals to make it more attractive. That way, the power of the blog could be tapped and utilized for better purposes, and we think this blog can achieve greater heights.”

Ok lupakan kisah blog Denaihati.com. Jom kita tengok senarai top 10 blog mengikut Alexa Ranking pada 21/5/2013 :

  1. Beautifulnara.com (PR4)
  2. MyNewsHub.com (PR3)
  3. PenPatah.blogspot.com (PR1)
  4. Paultan.org (PR4)
  5. RotiKaya.com (PR3)
  6. Denaihati.com (PR4)
  7. Amanz.my (PR6)
  8. Blogserius.blogspot.com (PR4)
  9. Papagomo.com
  10. OhBulan.com (PR3)

Pasti Rakan Blogger kenal semua Blog di atas melainkan Penpatah.blogspot.com yang baru muncul beberapa bulan lepas. Majoriti blog diatas merupakan blog yang mempunyai niche tertentu dan sering mendapat perhatian daripada pengiklan untuk mempromosi produk mereka mengikut kesesuain pembaca blog tersebut.

Berdasarkan senarai top 10 blog Malaysia mengikut Alexa ranking saudara Suhaimy telah membuat kesimpulan untuk Rakan Blogger membuat duit dengan blog makanya Blogger mesti membina blog mengikut niche tertentu yang mempunyai keunikan tersendiri. Alexa ranking telah membuktikan hanya blog dengan niche sahaja lebih berdaya saing untuk menghasilkan duit yang lumayan.

Pendapat yang sama juga dikongsikan oleh ahli Panel toke cendol Banting Saudara Titan yang telah berkecimpung dalam dunia blog sejak 2003. Beliau mempunyai banyak blog yang dirahsiakan yang dibina mengikut niche affiliate dan hasilnya duit masuk setiap hari walaupun kekadang hanya beberapa sen. Biar sedikit tapi bila dikumpul-kumpul pasti jadi banyak. Aku memang suka dengan konsep bisnis biar kecil tapi menguntungkan daripada bisnis besar tapi rugi.

Itulah sebabnya aku juga buat blog yang ada niche iaitu Denai.my yang fokus kepada minat aku yang suka mengembara. Lagi pun aku jangkakan industri pelancungan akan terus subur berkembang dengan pulangan berbillion ringgit kepada negara jadi kalau aku dapat 0.001% pun dah cukup.

Jadi kepada Rakan Blogger yang nak buat duit dengan blog jangan pening-pening buat je blog dengan niche yang unik, kreatif dan ada kelainan. Kepada yang ada blog personal jangan risau kekalkan kerana kebanyakan Blogger yang berjaya mereka bukan hanya ada satu blog malah aku pernah berjumpa Top Blogger Indonesia yang ada beratus blog.

Nak dapat hasil yang lumayan kenalah kerja lebih tapi smart tak gitu!!!

Berjumpa kita lagi di Junior Class pada 22/6/13 dan Master Class pada 23/6/13. Yang berminat sila buat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my.


Spread the love

130 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!